DIA MEMBAWA
DUA HADIAH UNTUK GUA
SATU
SURAT DARI PENJARA
YANG GUA TULIS
PADA PETANG RAYA KE LIMA
20/12/2001
KETIKA GUA DI KAMUNTING
TAIPING
KEDUA
DIA HADIAHKAN
BUKU
THE OXFORD ENGLISH COURSE
FOR MALAYA
TERBITAN
OXFORD UNIVERSITY PRESS
1958
BUKU INI MUNCUL
DALAM TULISAN AWAL GUA
CERITA DARI SANA
CERITA DARI SINI
CERITA
TENTANG GUA BELAJAR
BAHASA PERANCHIS
DI WAVRE BELGIUM
MACAM GUA BELAJAR
BAHASA INGGERIS
GUA BERTERIMA KASEH
PADA KAWAN GUA
KAWAN GUA INI
LELAKI CHINA
YANG TELAH
YANG SEDANG
DAN YANG AKAN
MERANCANG
REKAAN MASJID DI KENT
ENGLAND
INI PROJEK
MASYARAKAT ISLAM
BERJANGKA LAMA DI UK
MASJID INI
DIDIRIKAN
BERHAMPIRAN DOVER/FOLKSTONE
DIMANA
RAMAI PELARIAN ISLAM
MENCARI PERLINDUNGI
DI ENGLAND
KAWAN GUA INI
JIKA DAPAT KEBENARAN
AKAN BERANGKAT KE LONDON
JUN DEPAN
UNTUK
PERASMIAN DAN SEMINAR
TENTANG MASJID MASJID
DAN PROJEK INI
DIA SEBELUM PKP
TELAH SELESAI
MENZIARAHI
SEMUA MASJID LAMA
DAN BARU
DI KELANTAN DAN TERENGGANU
DI NEGARA KAPIR LAKNAT
KAWAN GUA
YANG TIDAK MEMILIKI AGAMA INI
DI JEMPUT
UNTUK SAMA SAMA
MENDIRIKAN MASJID
KERANA DIRINYA
SEORANG SENIMAN
PELUKIS DESIGNER
SURAT DAN BUKU
KINI MENJADI MILIK GUA
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan