Khamis, 11 Mac 2021

HARI RAYA KE LIMA TAHUN 2001 - KAMU DIMANA?

 


 

DIMANA KAMU

HARI RAYA KE 5

TAHUN 2001


MALAM TADI GUA MAKAN MALAM
DENGAN KAWAN LAMA GUA
DIA MEMBAWA 
DUA HADIAH UNTUK GUA

SATU
SURAT DARI PENJARA
YANG GUA TULIS
PADA PETANG RAYA KE LIMA
20/12/2001
KETIKA GUA DI KAMUNTING
TAIPING
KEDUA
DIA HADIAHKAN
BUKU
THE  OXFORD  ENGLISH COURSE
FOR MALAYA
TERBITAN
OXFORD UNIVERSITY PRESS
1958
BUKU INI MUNCUL
DALAM TULISAN AWAL GUA
CERITA DARI SANA
CERITA DARI SINI

CERITA
TENTANG GUA BELAJAR
BAHASA PERANCHIS
DI WAVRE BELGIUM
MACAM GUA BELAJAR
BAHASA INGGERIS

GUA BERTERIMA KASEH
PADA KAWAN GUA

KAWAN GUA  INI
LELAKI CHINA
YANG  TELAH
YANG SEDANG
 DAN  YANG AKAN
MERANCANG
REKAAN MASJID DI KENT
ENGLAND

INI PROJEK 
MASYARAKAT ISLAM 
BERJANGKA LAMA DI UK

MASJID INI 
DIDIRIKAN
BERHAMPIRAN DOVER/FOLKSTONE
DIMANA
RAMAI PELARIAN ISLAM
MENCARI PERLINDUNGI
 DI ENGLAND

KAWAN GUA INI
JIKA DAPAT KEBENARAN
AKAN BERANGKAT KE LONDON
JUN DEPAN
UNTUK
PERASMIAN DAN SEMINAR
TENTANG MASJID MASJID
DAN PROJEK INI

DIA SEBELUM PKP 
TELAH SELESAI
MENZIARAHI
SEMUA MASJID LAMA
DAN BARU
DI KELANTAN DAN TERENGGANU

DI NEGARA KAPIR LAKNAT
KAWAN GUA 
YANG TIDAK MEMILIKI AGAMA INI
DI JEMPUT
UNTUK SAMA SAMA
MENDIRIKAN MASJID
KERANA  DIRINYA
SEORANG SENIMAN 
PELUKIS DESIGNER


SURAT DAN BUKU
KINI MENJADI MILIK GUA
AMIN



Tiada ulasan: