TUAN HAJI
MOHD AUDI
INI CAKAP APA?
KAH KAH KAH
INI KESAH BINI
BARU KE?
KAH KAH KAH
BINI BARU
TAK DAPAT
HADIAH KERETA
KAH KAH KAH
WOIT
KALAU TAK PECAH
KENAPA BUAT
BERITA
KAH KAH KAH
Pas tak berpecah, semua setia dengan presiden – Tuan Haji Mohd Audi Khairuddin
PUTRAJAYA – Tiada perpecahan dalam Pas dan tidak ada usaha menyingkirkan presiden parti.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tuan Haji Mohd Audi Khairuddin Aman Razali berkata, partinya mempunyai kehebatan daripada segi tarbiahnya.
Ini kerana kata beliau, kesemua ahli parti itu wala (setia) terhadap presiden parti, Tuan Haji Abdul Hadi Punat Awang.
“Tidak ada perpecahan dalam menguruskan parti dan Insya Allah kita bergerak cergas…untuk kita bergerak pada PRU akan datang Insya Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah Dalam Industri Kayu-Kayan 2021 di sini hari ini.
Tuan Haji Mohd Audi Khairuddin menjawab pertanyaan wartawan yang ingin tahu desas desus mengenai kewujudan dua kumpulan iaitu ‘geng publika’ yang dikatakan kumpulan pro-Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan ‘geng ustaz’ yang memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menyingkirkan Tuan Haji Abdul Punat Hadi.
Mengulas lanjut, Tuan Haji Mohd Audi Khairuddin berkata, khabar-khabar angin bukan berita-berita yang patut disebarkan oleh media.
Sebaliknya ujar beliau, media lebih elok untuk memberikan fokus terhadap apa yang dilaksanakan oleh kerajan ketika ini.
“Kerajaan PN gagah dan Insya Allah Pas akan terus bersama dengan PN (Perikatan Nasional) untuk membuat yang terbaik buat rakyat,” ujar beliau yang merupakan Menteri Perusahaan Perladngan dan Komoditi.
Dalam pada itu mengulas mengenai strategi memantapkan parti sama ada kaedah menggunakan media sosial sebagai platform utama Pas menyalurkan maklumat sebagaimana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli partinya berbuat demikian semalam, Tuan Haji Mohd Audi Khairuddin berkata, perkara itu memang sudah dipraktikan Pas sejak awal lagi.
Katanya, langkah itu sangat penting dan ia turut dilakukan oleh PN kerana ia merupakan medium paling pantas untuk setiap orang berkomunikasi antara satu sama lain. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan