Jumaat, 2 April 2021

BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

 

JANGAN KETAWA

JANGAN SENYUM

JANGAN SINIKAL

KAH KAH KAH

CALON PRESIDEN

TETAP UMNO

KAH KAH KAH

CALON  TETAP PM

KAH KAH KAH

KINI MENCALON

DIRI

AMIN 



Saya pilihan terbaik 

sebagai PM, kata Ku Li


VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri tetapi mengakui mungkin tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, lapor The Vibes.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menolak kemampuan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan menyebutnya sebagai “malas” dan pada masa sama berkata Mohamed Azmin Ali “tidak layak”.

Bagi Presiden PKR Anwar Ibrahim pula, yang berterusan mendakwa mempunyai sokongan diperlukan untuk membentuk kerajaan, Razaleigh memberi amaran pemimpin pembangkang itu akan menyebabkan “negara muflis dalam tiga hari”.

Razaleigh yang berusia 84 tahun itu berkata beliau adalah pilihan terbaik untuk menjadi perdana menteri dan memerlukan sokongan daripada pembangkang.

“Tetapi saya tidak fikir saya akan menjadi (perdana menteri). Saya tidak tahu, saya sepertinya tidak mendapat sokongan parti. Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan Umno,” katanya.

Mengenai Muhyiddin, Razaleigh berkata presiden Bersatu “malas dan tidak mempunyai inovasi”.

“Beliau adalah timbalan saya (di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 1984 hingga 1986). Beliau tidak tahu (apa yang harus dilakukan). Najib Razak, yang pernah bertugas sebagai timbalan saya di Petronas sebelum ini, jauh lebih baik dari segi itu. Antara keduanya, saya akan memilih Najib.

“Najib mempunyai inisiatif dan kreatif. Muhyiddin sangat relaks tentang semua perkara. Oleh itu, ketika dilantik oleh Agong untuk menjadi perdana menteri, saya sangat kecewa. Beliau bukan orang yang tepat untuk negara ini.”

Mengenai Azmin, Razaleigh berkata kedudukannya sebagai menteri perdagangan dan industri antarabangsa disebabkan oleh peranannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari tahun lalu.

“Saya tidak fikir beliau mempunyai kemampuan menguruskan kementerian.

“Ia tidak adil memberinya tanggungjawab itu, kerana kita bercakap mengenai negara. Anda tidak boleh membiarkan Azmin mengendalikan perdagangan dengan mengetahui sepenuhnya beliau tiada kemampuan untuk melakukannya. Bolehkah beliau menangani krisis jika ia berlaku?”

Tahun lalu, Tengku Razaleigh dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan perpaduan untuk menggantikan Muhyiddin dan Perikatan Nasional gagal dilaksanakan. – 2 April, 2021.

 WOIT

UNTUK 

SELAMATKAN

MALAYSIA 

DARI PELACUR

AMIN

UNTUK SELAMAT

DARI ANWAR

AMIN

KU LI ADALAH

TERBAIK

AMIN



 

1 ulasan:

  1. Penjawat awam pencen wajib 60 tahun, hakim pencen 65 tahun, depa ini tarak umur pencen kah ? Apa punya turn...atok ku li nuar semua boleh blah, bagu nurul rafizi khairy yang muda otak fresh jadi pemimpin...yang dah sanpai 60 tahun boleh blah, hantar ramai ramai ke Sg Boleh biar mereka bersidang siang malam, bagi idea dari penjara, kita bagi makan minum exercise bagi sihat supaya semua boleh hidup 100 tahun, pokok nya orang jahat hidup lama lama kah kah kah

    BalasPadam