WAJIB BUKA
KEMBALI KES
BAWA LARI DUIT
KE LUAR NEGARA
AMIN
MASUKKAN
KE PENJARA
AMIN
UNTUK BAGI
MALOAN INI JADI
BIJAK SEDAR
DAN FAHAM
APA DARURAT
AMIN
Darurat bukan sebab untuk ketepikan akauntabiliti, ketelusan, kata Tok Mat
DARUDAT bukanlah jalan untuk kerajaan mengetepikan akauntabiliti dan ketelusan dalam apa-apa keadaaan sekalipun, kata timbalan presiden Umno Mohamad Hasan.
Mohamad, lebih dikenali sebagai Tok Mat, mengulas mengenai pindaan Ordinan Darurat, yang membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan belanjawan tambahan atau menggunakan dana gabungan tanpa persetujuan perundangan.
“Tindakan Kerajaan meminda Ordinan Darurat untuk memberikan kuasa kepada kerajaan menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri adalah sangat membimbangkan,” kata Ahli Dewan Undangan Rantau itu.
“Keabsahan tindakan pindaan Ordinan tersebut tidak semestinya memberikan ia legitimasi moral,” tambahnya.
Katanya sebarang tindakan yang diambil dalam tempoh darurat, walaupun sah di bawah undang-undang, perlulah berdasarkan nilai, moral dan prinsip.
“Apa lagi bila ia melibatkan perbelanjaan dana awam. Tiada keadaan walau serumit dan sesukar mana sekalipun, wajar melepaskan kerajaan dari ‘rigorous scrutiny’ dalam membelanjakan wang rakyat dan hasil negara,” katanya dalam catatan di Facebook.
“Kerajaan kita masih lagi adalah kerajaan awam dan bukannya sebuah Kerajaan junta tentera. Maka bertindaklah dengan norma dan tatakelola yang sesuai dengan sifat sebuah kerajaan awam,” katanya.
“Perdana Menteri mesti dengan segera melakukan perkara yang betul dan sewajarnya untuk negara ini dan kepentingan demokrasi Malaysia. Malaysia dan rakyatnya wajar mendapat kewibawaan yang lebih baik dari pemerintah,” katanya.
Pindaan itu, yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong mula berkuat kuasa pada 31 Mac.
Dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat adalah Seksyen 10a yang menyatakan semua kelulusan perundangan untuk perbelanjaan kerajaan, sama ada Dewan Rakyat atau DUN, akan ditangguhkan sepanjang darurat.
Sebaliknya, kelulusan bagi sebarang “peruntukan kewangan sementara” boleh diberikan oleh Jabatan Perbendaharaan, menteri besar atau ketua menteri.
Dimasukkan juga Bahagian 10b yang menyatakan undang-undang berkaitan penggunaan dana di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 akan digantung selama tempoh darurat.
Darurat yang bermula pada 11 Januari, dijadualkan berakhir pada 1 Ogos. – 2 April, 2021.
Allah masuk Parlimen pun bincang apa apa , asyik jerit maki hamun teriak macam beruk dalam zoo, kah kah kah, patut bula darurat henti gaji ahli patlimen selama darurat, biar depa buat grab food panda supaya tahu kesusahan rakyat, biar mereka menganggur bawa teksi, kerja kontrak, upah kebun kelapa sawit, kah kab kah, ini nak.selesai masalah rakyat tapi mereka pun tak tahu apa masalah rakyat, alami masalah rakyat baru lah sembang hebat, tengok tangan Najib, macam lembut back sutra, mana pernah kerja susah? Mana pernah peluh kerja? Kah kah kah nak.selesai qpa, semua cari jalan merompak negara lah kah kah
BalasPadam