Sabtu, 17 April 2021

JADI CHINA MALAYSIA UNTUK SELAMAT

 

JADI CHINA

MALAYSIA

UNTUK SELAMAT

AMIN

JANGAN JADI

CHINA MERHA

MUSUH BARU

GTANAH MELAYU

AMIN



DAP tidak bantah DEB, tapi tolak salah guna kuasa, kata Guan Eng

DAP tidak pernah menentang Dasar Ekonomi Baharu (DEB) tetapi hanya menolak salah guna kuasa dalam pelaksanaannya oleh golongan elit dan kroni semua bangsa, kata Lim Guan Eng.

“Apa yang ditentang keras oleh DAP ialah penyelewengan dalam pelaksanaan DEB oleh kelompok elit dan kroni dari semua kaum yang menyebabkan berleluasanya salah guna kuasa, rasuah dan pembaziran dana awam yang terus memerangkap orang Melayu dan bukan Melayu dalam kemiskinan.

“Memandangkan majoriti penduduk miskin adalah orang Melayu atau bumiputera dari Sabah dan Sarawak, mereka masih merupakan penerima manfaat terbesar.

“Dengan menyatakakan semua orang Melayu miskini atau semua orang Cina kaya adalah tidak benar, berbaur perpecahan dan ekstrem” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangan tentang DAP berkenaan DEB.

Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini, bekas perdana menteri itu berkata bahawa walaupun DAP lebih terbuka pada hari ini, tetapi masih ada pemimpin parti itu yang mengeluarkan komen sensitif terhadap orang Melayu seperti menentang DEB dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Dr Mahathir berkata tuntutan DAP untuk memberi bantuan berdasarkan merit akan menyebabkan orang Melayu kekal miskin dan tidak mampu mendapat biasiswa bagi menyambung pengajian.

Lim berkata parti itu tidak pernah menolak DEB, tetapi menentang keras salah guna dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu itu oleh pihak tertentu.

“Ratusan bilion ringgit wang yang dibelanjakan tidak berjaya membebaskan rakyat daripada perangkap kemiskinan susulan salah laku tersebut,” katanya.    

Lim juga berkata, DAP menolak pengenalan kemiskinan dan kekayaan dengan kaum tertentu dengan menyifatkannya sebagai menyeleweng dan berpotensi menyebabkan perpecahan.

Beliau berkata, prinsip parti itu ialah semua rakyat Malaysia hendaklah diberikan peluang dan bantuan yang saksama berdasarkan keperluan.

“Sama ada ketika berada dalam kerajaan atau pembangkang, DAP tidak pernah menentang DEB atau dasar yang menyediakan bantuan dan peluang saksama kepada rakyat Malaysia yang miskin.

“Rekod kami dalam kerajaan di Pulau Pinang dan Putrajaya sangat jelas.

Bekas menteri kewangan semasa pentadbiran Mahathir itu berkata, DAP sentiasa bersikap sederhana dan inklusif, dengan menyebut bahawa sebilangan pemimpin parti itu pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan keadilan untuk orang Melayu.

Terdahulu hari ini, ketika menjelaskan kenyataannya dua minggu lepas, Mahathir berkata, DAP sebelum ini bersikap ekstrem berkait pandangan kecinaannya, tetapi mengakui Lim dan bapanya Lim Kit Siang kini lebih sederhana. – 17 April, 2021.


BUKAN DAP

SAJA LAWAN

SALAH GUAN KUASA

AMIN

LAWAN KRONI

AMIN

LAWAN RASUAH 

AMIN

WAJIB LAWAN 

CUKONG

AMIN





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan