PETANG INI HUJAN TURUN
LEBAT TANPA GURUH PETIR
ADUH
BETAPA SEDIH NYA
PAK CIK MAK CIK BAZAAR
HUJAN PETANG TUTUP REZEKI
MALAM KELMARIN GUA
MINUM KOPI
DI GARUDA
KOPI KAMPUNG 1.50 SEN SECAWAN
HITAM PEKAT
TANPA GULA
KOPI INDON
MUNGKIN DARI JAWA
MUNGKIN DARI ACHEH
GARUDA
CAFE PILIHAN GUA
SELAIN DARI HUSEN
OLD TOWN BRICKFEILD
GUA SEMPAT
PERGI PASAR BORONG
GUA BELI JERING MUDA
AVOKADO
DAN KUNYIT
PETAI TERLAU MAHAL
KERANA BUKAN MUSIM
PUASA HARI INI NYAMAN
GUA TAK KE MANA MANA
DUDUK DI RUMAH
MEMBACA DAN TIDUR
KAH KAH KAH
PAGI KE HOKKIEN
PETANG KE HOKKIEN
KALI INI GUA PERGI AWAL
JAM 4 PETANG
CIIIS
TAK SAMPAI 10 MINIT
HUJAN TURUN
GUA TERGESA PULANG
PETANG INI
GUA BUAR SUP DAL
CAMPUR LABU
DALAM RESTORAN MAT SALEH
SELALU KITA LIHAT MENU
PUMKIN SUP
HARGA AGAK MAHAL
YANG GUA BUAT
CAMPURAN
DAL LABU LADA KUNYIT
BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH
DAN
CENDAWAN
AMIN
KETIKA GUA MENGETIK INI
SUP MASIH
TERJERANG ATAS DAPUR
GUA MAKAN
JAM 8 MALAM
GUA BERBUKA
PISANG MANGGA
KURMA KACANG KUDA
MADU BERSAMA LEBANEH
DAN KUIH LAPIS
INI JUGA SAHUR GUA
AMIN
LEBANEH
IALAH SUSU
SATU TAHAP SUSU
ATAS YOGURT
TAPI BELUM JADI KEJU
INI GUA BELI DALAM
KEDAI ARAB
BILA GUA MENGETIK INI
SEMUA SUNYI
YANG KEDENGARAN
HANYA BUNYI HUJAN
YANG MAKIN LEBAT
GURUH
YANG AGAK JAUH
MUNGKIN WILAYAH
LAIN DIPUKUL HUJAN JUGA
PUASA REDUP BAGINI
AMAT SANTAI
TAPI GUA RASA
MAK CIK PAK CIK BAZAR
PASTI KECEWA
AMIN
SELAMAT BERBUKA
For info...gonna be a busy year.
BalasPadamhttps://youtu.be/CuAz5h6ZcqY