AGONG ADA
JURU CAKAP
BARU?
KAH KAH KAH
APA JADI
YANG LAMA?
KAH KAH KAH
Agong mahu Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos, kata Anwar
YANG di-Pertuan Agong mahu Parlimen bersidang semula sebelum 1 Ogos supaya ahli Parlimen dapat membahaskan pengisytiharan darurat dan peraturan yang diluluskan di bawahnya, kata Anwar Ibrahim.
Darurat yang berkuatkuasa pada 11 Januari bagi memerangi wabak Covid-19 akan berakhir pada 1 Ogos ini. Sidang Parlimen dan semua sidang DUN ditangguhkan sejak pengisytiharan darurat dikuatkuasakan.
“Ini bermakna Parlimen mesti bersidang secepat mungkin dengan pemberitahuan singkat,” kata presiden PKR itu dalam sebuah video di Facebook mengenai titah Agong bahawa Parlimen harus bersidang secepat mungkin.
Agong pertama kali menitahkan keputusan itu pada 16 Jun selepas perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu mengenai keadaan negara di tengah wabak Covid-19 yang semakin buruk dan tidak ada pengawasan Parlimen.
Agong sekali lagi mengulangi titah itu hari ini selepas menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertuan Dewan Negara Rais Yatim hari ini, dengan menekankan garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 harus ditetapkan jika Parlimen bersidang.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil dalam satu kenyataan, hari ini.
Anwar berkata, Agong hanya menyuarakan pendapat majoriti ahli Parlimen dan masyarakat umum.
Anwar menambah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus segera meletak jawatan sekiranya kerajaan gagal mematuhi titah Agong.
Muhyiddin berkata Parlimen paling awal dapat bersidang pada September atau Oktober, di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara bagi melonggarkan sekatan pergerakan.
Pembukaan semula negara akan dilakukan secara berperingkat bergantung pada jumlah jangkitan harian, kadar vaksinasi dan kemampuan sistem penjagaan kesihatan.
Minggu lepas, Azhar dan Rais berkata Parlimen akan dapat bersidang sekurang-kurangnya akhir Ogos atau awal September. Mereka berkata, Parlimen sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengadakan persidangan hibrid.
Bagaimanapun Peguam Negara Idrus Harun berkata Agong mesti bertindak atas nasihat Kabinet untuk mengadakan persidangan Parlimen. – 29 Jun, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan