Bersatu, PAS mesti kerjasama dengan Umno di Melaka, kata Redzuan
BERSATU dan PAS perlu bekerjasama dengan Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk memastikan kemenangan lebih besar daripada majoriti yang ada pada kerajaan negeri sebelum ini, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau yakin kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mampu menang sehingga 22 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka.
“Kita dengar ura-ura Bersatu nak bertanding 28 kerusi. Saya rasa kena timbang balik, kita kena realistik, kena tengok siapa kita,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
Redzuan menjelaskan kerjasama Bersatu, PAS dan Umno dalam PRN Melaka penting untuk mengekalkan kepimpinan Melayu, yang seterusnya akan mencerminkan senario politik di peringkat nasional.
“Pemimpin Melayu mesti memimpin bangsa Malaysia sebab kita penduduk yang besar di negara kita.
TT, aku tak kesah sapa menang Melaka. Yang penting untuk seluruh negara, PKR yang gulung tikar. Kalau PKR kalah, makna Anwar gagal. PKR mesti tukar pemimpin.
BalasPadam