Najib mudarat lebih besar berbanding Anwar, kata Dr Mahathir
BEKERJASAMA dengan Anwar Ibrahim lebih baik daripada memilih untuk memihak kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang membawa mudarat lebih besar kepada negara, kata Dr Mahathir Mohamad dalam satu temu bual hari ini.
Beliau mengakui mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim yang merupakan timbalannya sebelum dipecat pada 1998, namun menjatuhkan kerajaan Najib pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah menjadi keutamaan.
Oleh itu, Dr Mahathir memilih untuk menyokong pembangkan ketika itu - Pakatan Harapan - yang bermakna bekerjasama dengan Anwar.
“Kita perlu tahu keutamaan. Yang mana perlu didahulukan dan yang mana dibelakangkan untuk membetulkan keadaan dalam negara.
“Apa yang lebih teruk adalah pemerintahan oleh Najib kerana banyak penyelewengan yang dilakukan. Saya mempunyai masalah dengan Anwar yang pada masa itu berada dalam penjara, yang lebih dahsyat, yang lebih teruk adalah pemerintahan Najib.
“Kalau untuk menjatuhkan Najib saya perlu bekerjasama dengan Anwar dan parti lawan, saya pilih untuk kerjasama dengan mereka jika tidak tak mungkin saya dapat jatuhkan Najib kerana dia begitu kuat dan kaya,” kata Dr Mahathir pada sesi temu bual dengan Astro Awani hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan menjatuhkan Barisan Nasional yang berkuasa sejak lebih 60 tahun.
Dr Mahathir memimpin pakatan itu kepada kemenangan dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Najib kemudian ditahan dan didakwa kerana rasuah dan salah guna kuasa. Mahkamah mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan terhadapnya. Perbicaraan kes melibatkan Najib masih diteruskan.
Dr Mahathir juga berkata kestabilan dan kemajuan negara ditentukan oleh pemimpin dan bukan sistem.
Beliau menjelaskan sekiranya pemimpin gagal memacu negara ke arah kemajuan, sistem politik dan ekonomi negara juga akan gagal.
“Bukan sistem yang gagal tetapi pemimpin. Serkianya pemimpin yang gagal, sistem akan gagal. Masalahnya ialah dengan orang yang berkuasa, bukan sistem,” katanya.– 29 Oktober, 2021.
Saya setuju dan kurang setuju dengan komen penulis berkaitan IDEOLOGI Negarawan ayahanda Tun M. Semua fahaman tersebut bukanlah fahaman ideologi Tun. Cuma Tun adalah Sifu Strategis Terbilang. Beliau menggunakan teori SunTzu, "Know Your Enemy, Know Yourself" you can win a thousand War. Dalam keadaan Sosio Politikal dan Ekonomi yang di KAWAL oleh CASH IS KING, hanya dengan Gabongan Ketumbokan beberapa KUMPULAN PARTI mampu menjatuhkan KLEPTOKRAT yang mana telah dibuktikan oleh Tun. Tun tak ada agenda peribadi kecuali mahu memastikan negara di pimpin oleh oemimoin yang bersih, adil dan saksama.
BalasPadam