Jumaat, 1 Oktober 2021

GILA BENTUK BARU NAK JADI PM

 



Pakatan bertegas guna logonya pada PRU15, kata ketua Pemuda

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan semua parti komponen patut menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Pemuda PH Howard Lee.

PKR juga akan memerlukan masa untuk menjelaskan keputusan itu kepada ahli parti, kerana ada sebahagian yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, katanya.

“Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama kepimpinan PH sudah menjelaskan yang PH cenderung untuk menggunakan logo gabungan itu. Pendirian ini kekal,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Keputusan sudah dibuat (oleh majlis presiden), kami juga akan beri PKR masa untuk membuat urusan yang perlu untuk memaklumkan akar umbi dan pengundi mereka.”

Lee berkata demikian mengulas desakan PKR cabang Wilayah Persekutuan menggesa untuk logo dan bendera parti PKR digunakan calon dalam PRU akan datang, bukannya logo PH.

Desakan sama turut dibuat pemimpin PKR di Pahang baru-baru ini.

Walaupun bukan semua keputusan majlis itu akan dipersetujui dan akan berdepan tentangan, setiap keputusan sebaik saja dibuat perlu dipatuhi, kata Lee yang juga Adun Pasir Pinji.

“Kami berpandangan jika kami yang akan mengetuainya, kami perlu memimpin dengan yakin. Kita perlu berikan masa kepada PKR,” kata Lee, yang berada dalam Majlis Presiden PH atas kapasitinya sebagai ketua Pemuda gabungan.

Beliau dilantik ke jawatan itu awal bulan ini.
.
PKR Wilayah Persekutuan mempertahankan untuk menggunakan logo parti pada PRU akan datang, berkata ia akan memimpin mereka ke arah kemenangan, sama seperti ketika PRU14 pada 2018.

Pada masa itu, gabungan itu tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan, tetapi sekarang tidak lagi.

Selain cabang Wilayah Persekutuan dan pemimpin PKR Pahang, cabang Perlis juga menyuarakan pandangan dan alasan sama.

Logo PKR digunakan oleh calon PH di 193 kerusi Parlimen dan 453 kerusi DUN pada PRU14.

Keputusan berkenaan dibuat pengerusi Bersatu pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad kerana pihak berkuasa mengharamkan gabungan itu menggunakan logo sendiri.

“Anwar bertanding menggunakan logo PH di Port Dickson. Beliau tetap menang,” kata Lee.

Antara sebab diberikan Majlis Presiden PH bagi menggunakan logo gabungan itu pada PRU akan datang ialah tentang perlunya satu logo kerana semua parti dalam pakatan berkenaan akan bertanding sebagai satu entiti.

Anwar pada 15 September berkata isu penggunaan logo PH pada PRU15 akan dibincangkan lebih lanjut. – 1 Oktober, 2021.

WOIT

PASAI APA

BERITA LOGO

MUNCUL?

AMIN

PATUTNYA TAK

TIMBUL

AMIN

KAH KAH KAH

SEBAB ADA

GENG DALAM PKR

NAK GUNA  LOGO

PKR

AMIN

INI UNTUK SENANG

KAUTIM DENGAN

KLUSTER MAHKAMAH

AMIN

BOLEH KLIM PKR

MENANG 

TERBANYAK KERUSI

MAKA ANWAR

JADI PM

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

GILA BENTUK BARU

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

INI SAMBUNGAN

CERITA EYE GOD

 DE  NUMBO

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan