Jumaat, 1 Oktober 2021

ORANG MUDA AWAS AMBIL VAKSIN

 




Remaja didakwa tidak sedarkan diri lepas terima vaksin tiada masalah kesihatan

MELAKA – Kejadian seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang didakwa tidak sedarkan diri selepas menerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang di sini, disahkan berlaku disebabkan remaja itu gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum vaksinasi.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka Dr Rusdi Abd Rahman berkata ketika proses vaksinasi, remaja berkenaan kelihatan agak gementar namun tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.

Beliau berkata bagaimanapun ketika menuju ke tempat meletak kenderaan, remaja itu secara tiba-tiba kelihatan lemah dan rebah sehingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya masuk semula ke PPV bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja itu menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang. Panggilan telefon susulan yang dibuat kepada keluarga rema berkenaan selepas itu mendapati dia sihat dan aktif seperti sedia kala,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya hasil siasatan lanjut mendapati remaja berkenaan telah tidur lewat iaitu pada pukul 2 pagi sebelum menerima suntikan selain hanya makan sesudu nasi lemak pada pagi itu.

“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah akan terus memantau status kesihatan remaja ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial kejadian seorang remaja lelaki yang dikatakan tidak sedarkan diri selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini.— BERNAMA




INI JUGA 

BERITA TAK

LENGKAP

AMIN

NAMA MANGSA

TAK ADA

AMIN

DARI KAMPUNG

MANA TIDAK  

DIBERITAHU 

AMIN 

SALAH  CARA 

BERITA DITULIS

AMIN

HANYA KENYATAAN

PEGAWAI YANG

DIPAKSA KITA

TERIMA SEBAGAI

SAH & BENAR 

AMIN

KALAU TAHU RUMAH

ALAMAT BOLEH

 SIASAT SENDIRI 

AMIN

BERITA INI BUKTI

BAHAWA

VAKSIN INI

MASIH DALAM

KAJIAN

AMIN

TAPI SYARIKAT

UBAT YANG 

MEMBERI DANA 

PADA WHO

JUAL IDEA VAKSIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan