Pelanggan, pemilik restoran dikompaun RM22,000 kerana ingkar SOP
GEORGE TOWN – Seramai enam pelanggan dan seorang pemilik restoran di Jalan Magazine di sini dikompaun keseluruhan RM22,000 selepas didapati membenarkan pelanggan yang belum lengkap dua dos vaksin makan di dalam premis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki itu dikompaun sepasukan polis dalam Ops Pemantauan dan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara pada jam 10.50 malam tadi.
“Pemeriksaan melalui aplikasi MySejahtera ke atas pelanggan di restoran berkenaan mendapati enam daripada mereka yang belum lengkap dua dos vaksin sedang dine-in.
“Susulan itu, masing-masing enam pelanggan itu dikompaun RM2,000 manakala pemilik premis pula dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan yang belum lengkap divaksinasi untuk dine-in.
“Secara keseluruhan kesemua tujuh warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 37 tahun itu dikompaun RM22,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Masing-masing enam pelanggan dikompaun RM2,000.
Sehubungan itu, Soffian menasihatkan orang ramai dan pemilik premis untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
“Gunakanlah segala kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dengan bijak serta bertanggungjawab demi sama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19,” kata beliau. –
Tapi tapi tapi tindakan penguatkuasaan berpilih tempat lokasi kah kah kah, nak kata rasis pulak nanti, mat mat ini rajin jaga SOP di kawasan kawasan tertentu sahaja, kawasan lain lagi hebat lagi meriah tak check pun, tak ada SOP pun kah kah kah ini lah dunia, yang kena tangkap salah, yang tak kena tak salah kah kah syukur amin
BalasPadamAik.. sebelum ni lu sndiri kata berita mcm ni takda nama kedai xdak nama sesiapa adalah berita tak boleh pakai?
BalasPadamSekarang sudah tukarkah? Kahkahkah