Sabtu, 16 Oktober 2021

INI LANGKAH BIJAK

 




Pelanggan, pemilik restoran dikompaun RM22,000 kerana ingkar SOP

GEORGE TOWN – Seramai enam pelanggan dan seorang pemilik  restoran di Jalan Magazine di sini dikompaun keseluruhan RM22,000 selepas didapati membenarkan pelanggan yang belum lengkap dua dos vaksin makan di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki itu dikompaun sepasukan polis dalam Ops Pemantauan dan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara pada jam 10.50 malam tadi.

“Pemeriksaan melalui aplikasi MySejahtera ke atas pelanggan di restoran berkenaan mendapati enam daripada mereka yang belum lengkap dua dos vaksin sedang dine-in.

“Susulan itu, masing-masing enam pelanggan itu dikompaun RM2,000 manakala pemilik premis pula dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan yang belum lengkap divaksinasi untuk dine-in.

“Secara keseluruhan kesemua tujuh warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 37 tahun itu dikompaun RM22,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masing-masing enam pelanggan dikompaun RM2,000.

Sehubungan itu, Soffian menasihatkan orang ramai dan pemilik premis untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Gunakanlah segala kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dengan bijak serta bertanggungjawab demi sama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19,” kata beliau. –

 

INI LANGKAH 

AMAT BIJAK

AMIN

PDRM WAJIB

LAKUKAN KE

SELURUH NEGARA

AMIN

LEBIH RAPI

LEBIH KERAP

AMIN

DEMI KESEHATAN

RAKYAT SOKONG

AMIN

INI CARA DAPAT

KUMPUL DUIT UNTUK

DANA NEGARA

AMIN

INI CARA

AMAT BAIK DARI

GUNA CUKAI GST 

AMBIL DUIT RAKYAT

AMIN

RAKYAT TIDAK

MARAH KERANA

MALAH GEMBIRA

KERANA

MALAON INI

BAGI SUSAH

ORANG RAMAI

AMIN

TERUSKAN SAMAN

PENUHKAN 

DANA NEGARA

YANG   DUIT

SEMAKIN

KUREENG 

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi tapi tapi tindakan penguatkuasaan berpilih tempat lokasi kah kah kah, nak kata rasis pulak nanti, mat mat ini rajin jaga SOP di kawasan kawasan tertentu sahaja, kawasan lain lagi hebat lagi meriah tak check pun, tak ada SOP pun kah kah kah ini lah dunia, yang kena tangkap salah, yang tak kena tak salah kah kah syukur amin

Tanpa Nama berkata...

Aik.. sebelum ni lu sndiri kata berita mcm ni takda nama kedai xdak nama sesiapa adalah berita tak boleh pakai?

Sekarang sudah tukarkah? Kahkahkah