Rabu, 22 Disember 2021

HUJAN MALAM TADI

 



AWAS


HATI HATI

Hujan kembali lebat, Plaza Tol Shah Alam naik air semula

HUJAN yang kembali lebat sejak awal pagi di sekitar Lembah Klang mengakibatkan kawasan sekitar Bukit Jelutong, Shah Alam kembali dinaiki air terutama kawasan Plaza Tol Shah Alam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pasukannya mula digerakkan ke kawasan itu dan menutup beberapa lorong di plaza tol.

“Telah respond pukul 7 pagi tadi di TTDI Jaya. Tol Bukit Jelutong ditutup beberapa lorong,” katanya.

Pemegang konsesi lebuh raya Plus juga melaporkan di Twitter, beberapa lorong keluar dan satu lorong masuk ke plaza tol itu ditutup dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan lain.

Majlis Bandaraya Shah Alam turut menasihati orang ramai untuk mengelakkan kawasan TTDI Jaya dan stadium di Seksyen 13 Shah Alam ekoran kenaikan air.

Kawasan berkenaan ditutup kira-kira 24 jam sebelum kembali dibuka semalam akibat hujan lebat lebih dua hari bermula 17 Disember lalu.

Ia menyebabkan berlaku kesesakan kawasan Lebuhraya Guthrie ke susur Bukit Jelutong arah Pusat Bandar Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Norazam mengesahkan banjir turut melanda Batu Arang, Rawang yang dinaiki air kurang 1 meter.

“Benar berlaku banjir di kawasan penduduk sehingga paras betis. Penduduk setempat dinasihatkan berpindah, namun masih belum mahu berpindah ke kawasan selamat.

“Pihak bomba membuat pemantauan dan bersedia dengan logistik sekiranya pemindahan dibuat,” katanya.

Hujan dilaporkan turun lebat di sekitar Shah Alam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di banyak tempat di Selangor terutama sehingga jam 11 pagi.

Difahamkan, keadaan banjir di Taman Sri Muda, antara kawasan paling teruk terjejas kini semakin pulih dengan paras air yang kian surut pagi ini. – 22 Disember, 2021.

UJAN PAGI

SUBUH

AMIN

BANJIR 

PAGI INI

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan