HUTAN DIGONDOL
PAK LEBAI
AMIN
SUNGAI TANPA
DEWA
KHALAS
zaharuddin ahmad commented on
"KATA-KATA HIKMAT"
"Seperti kepercayaan tok moyang dulu..akhir sekali dewa-dewa sungai yg telah salirkan air yg melimpahi tebing ..maka banjir pun surut serta rumah dan tanah kembali kering dan selamat sekali lagi..maka tok moyang dulu-dulu korbankan ayam atau kambing untuk tenteramkan dewa-dewa sungai..hari ini..sungai sudah tak berdewa disebabkan kebiadapan cemaran dgn kekotoran dan sisa agihan dan pelbagai..sampai dewa-dewa sungai lari duduk dlm rumah tonton Netflix siang malam.."
yang pandai sikit jadi dewa dewan-dewan undangan buat show..maka tanpa dewa pujaan utk menjaga sungai..jatuhlah ketangan anak-anak kampong yg blur..dengan segala kekeliruan dan huru hara untuk menghadapi kemarahan bukit,gunung,hujan dan ribut..tidak ada ayam jantan atau kambing dikorbankan...sungai menganas, rumah tengelam,kenderaan rosak dan yg sedih sekali nyawa terkorban..yg ada boat tidak dapat arahan...yg ada arahan tidak faham apa itu boat..yg tahu membantu tidak dipanggil ..yg tahu panggil tidak membantu...yg ada hanya sukarelawan..anak-anak muda.. membantu tak kira agama atau bangsa,..mana perginya dewa bukit
..yg suka tarah hutan belantara..yg suka gali tanah mencari harta karun..tak nak turun membantu ke.?? Atau sekadar nak meredah air meninjau keadaan..atau datang berpakaian dewa utk buat show...sekurang-kurangnya ada dewa selatan dtg mengagihkan bantuan..walaupun dah balun bànyak ..dewa-dewa lain mana..?? Jadi ingatlah hari ini bilamana kamu memilih dewa tu nanti tahun depan tepuk dada tanya selera..sayugianya,..satu pilihan yg sukar..terutamanya setelah menerima sogokan..sesungguhnya untuk meyakinkan dewa-dewa..bahawa kehijauan itu menyegarkan..amat sukar...
Maka beratip dan berlabonlah sang lebai mengatakan itu ini. Pukrak mukrak. Pencapaian 100 hari, itulah gred A. Itu ini begitu begini. Cukup bulan tengok gaji. Nak bercuti di mana, nak ganti kereta baru atau tidak. Lepas bercuti bergumbira lalu dicanang, dihebah, dipamer. Awal minggu, hari isnin lemah terasa. Lama lagi nak tunggu jumaat. Jumaat petang sangat gumbira, tak sabar nak balik kerja. Semangat naik, esok dan lusa cuti. Semangat jatuh jika perlu pula hadiri mesyuarat. Ahh celaka, tiada masa bersama keluarga. Jangan hanya kejar dunia katanya. Alam ini dah ditentukan. Bencana tiba tanda hapus dosa. Isnin kembali, lemau terasa lagi. Kitaran demi kitaran begitu juga adanya. Apa perlunya kaji mengkaji, ekologi dan metaphor..itu semua sudah suratan..julian assange tu gapo? Greta thunberg tu gapo? Sekian..
BalasPadam