Rabu, 27 Januari 2021

RAKYAT MULA BERSUARA

 



RAKYAT MAKIN

SUSAH

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

PASCA KOBID

MEMBAWA BENCANA

KEPADA SEMUA

AMIN



Jangan syok isytihar darurat, tetapi harga minyak masak tak dapat kawal

Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar jangan seronok pasal berjaya isytihar darurat saja tetapi gagal memahami masalah rakyat negara ini.

“Fikir apa kesannya kepada rakyat jelata. Kalau harga minyak masak keluaran tempatan pun tak mampu dikawal, jangan cakap pasal darurat,” kata tokoh wartawan, A Kadir Jasin.

Menurut Kadir, ketika zaman darurat keselamatan 1948-1960, kerajaan masa itu kawal pergerakan makanan takut jatuh ke tangan pengganas komunis.

“Pastikan yang rakyat jelata tidak keputusan makanan atas dasar “kenyang perut senang hati”. Itu baru darurat namanya.

“Tetapi kalau kerajaan Perikatan Nasional pada abad ke-21 ini dengan senang hati mengisytiharkan darurat tetapi nak kawal harga minyak masak buatan sendiri pun tak mampu, susahlah rakyat jelata,” kata beliau.

Perbandingan harga minyak masak antara dua tahun lalu dengan sekarang yang tular di media sosial.

Kata bekas penasihat media perdana menteri tiu, itu belum lagi barang-barang import – gula, kopi, gandum, beras, susu, daging dan macam-macam lagi – dalam keadaan di mana nilai ringgit jatuh walaupun dolar Amerika lemah.

“Ini semua kerana pelabur dalam dan luar negara mula hilang keyakinan terhadap Malaysia,” kata beliau.

Menurut Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pelaburan asing terus (FDI) yang masuk ke negara tahun lalu jatuh 68 peratus berbanding 2019 kepada hanya US$2.5 billion (RM10.1 billion), katanya.
 
Sedangkan, katanya, rantau Asean jatuh 31 peratus purata dan dunia keseluruhannya merosot 42 peratus.

“Takkan kita hendak bergantung kepada Supermarket Mydin untuk mengawal harga barang?

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dok buat apa? Takkan MGB kot?

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan takkan dah masuk hutan tanam kunyit, kantan dan durian?

“Kita tahulah sesetengah mereka terlibat tanam “Musang King”,” kata beliau dalam tulisan di facebook beliau.
 
Beliau juga bertanya, mana dia Jawatankuasa Khas yang  Muhyiddin Mohd Yassin janji nak tubuh untuk nasihat kerajaan masa darurat ni?

“Takkan nak nasihat pasal tempoh darurat saja. Tolonglah cari jalan supaya industri boleh berfungsi, wabak Covid boleh diatasi, penderitaan rakyat jelata dikurangkan dan ekonomi dipulihkan.

“Jangan asyik bagi amaran pasal lockdown saja!” kata beliau lagi.

Kata beliau, sebelum kerajaan buat apa-apa mengenai “lockdown”, mereka sepatutnya tengok dulu situasi ekonomi, harga dan bekalan barang makanan serta pendapatan rakyat jelata.

Katanya, aalam keadaan ekonomi berfungsi hampir sepenuhnya pun kerajaan gagal mengawal harga dan bekalan makanan, bayangkan kalau ekonomi ditutup sekali lagi.

“Jangan terkejut kalau rakyat jelata kebuluran sampai ada yang mati,” kata beliau lagi.

Beliau juga meminta agar kerajaan jangan fikir hal Menteri, Ahli Parlimen dan kakitangan awam saja.

“Parlimen digantung pun mereka tetap dapat gaji. Fikir nasib rakyat jelata yang makan gaji dengan swasta, kerja sendiri, pencen swasta dan yang tidak ada sebarang simpanan.

“Kalau rantaian bekalan disekat, banyak akan kebuluran,” kata bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu.

POLITIKUS

DIINGATKAN

JANGAN SYOK

BERKUASA

AMIN

JANGAN SYOK

GILA KUASA

AMIN

PASCA KOBID

AKAN MELEDAK

AMIN

RAKYAT MAKIN 

TERDESAK 

AMIN

HIDUP  RAKYAT

MAKIN PARAH 

AMIN

YANG KAYA 

TAMBAH KAYA

YANG MISKIN

MAKAN RUMPUT 

INI PUN KALAU 

RUMPUT ADA

AMIN





RAKYAT MULA BERTANYA

 



RAKYAT MULA 

BERTANYA

AMIN

APA BEZA PKP

DENGAN PKPB

AMIN

DAN APA PERANAN

DARURAT

AMIN



Jangan biar rakyat berteka-teki – Mapim

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa mendedahkan rakyat kepada ketidaktentuan yang sangat tidak masuk akal apabila memaklumkan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan-kesan yang mungkin berlaku sebelum memutuskan tindakan selanjutnya selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 berakhir pada 4 Februari ini.

Apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)  Ismail Sabri Yaakob mengatakan 2.8 juta orang berisiko hilang kerja jika penutupan penuh ekonomi berlaku, bermakna ada kemungkinan kerajaan sedang berfikir ia sebagai satu pilihan.

Sedangkan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan adalah fakta yang logik dan ia bukan suatu pengumuman yang mengejutkan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, kesihatan dan ekonomi bukanlah satu pilihan kerana sepatutnya gabungan semua sektor harus dirancang dengan menyeluruh supaya dapat menyelamatkan negara daripada menjadi lumpuh.

Jelas beliau, menukar PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) tidak boleh dilihat secara terpisah, sebaliknya ia mesti digabungkan dalam pelan yang lebih menyeluruh.

Malangnya pelan itu, dakwa beliau masih tidak disediakan akibat kerajaan memilih darurat sebagai pilihan.

Menurutnya, keputusan Majlis Keselamatan Negara perlu berasaskan pelan makro yang jelas daripada hanya membiar rakyat berteka-teki.

Beliau mempersoalkan mengapa sehingga ini pun pelan vaksinasi masih belum diumumkan sedangkan beberapa negara jiran telah pun melancarkan operasi mereka mevaksinasi rakyat masing-masing.

”Ismail Sabri menyebut 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan dan 2.5 juta sukar meneruskan kelangsungan, B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.4 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga.

”Fakta antara bulan Mac dan Oktober 2020, 13,445 syarikat telah memberhentikan operasi berikutan pelaksanaan PKP sudah cukup parah.

”Padahal ketika itu kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan yang diumum oleh perdana menteri bernilai puluhan bilion ringgit untuk membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Azmi turut mempersoalkan kenapa wujud rayuan beberapa sektor perniagaan seperti tukang gunting rambut, peniaga pasar malam dan pengusaha cuci kereta untuk dibenarkan beroperasi semula.

Ini bermakna keputusan dibuat tanpa menghalusi semua sektor.

”Kami pelik kenapa Ismail Sabri memberi respons terhadap hal ini dengan mengatakan isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pada waktu terdekat, sedangkan hal ini sepatutnya telah difikir masak-masak.

”Ketidaktentuan kerajaan akan mencetuskan ketidakyakinan rakyat. Ketiadaan pelan makro yang jelas menandakan rakyat terpaksa melakukan tindakan sendiri untuk survival hidup,” tegasnya.

Oleh itu, Mapim menggesa semua wakil rakyat dipanggil untuk bersidang khas di Parlimen supaya konsensus dicapai kerana wakil rakyat tidak boleh dibiar menganggur tanpa berperanan dan terlibat dalam pemulihan negara dalam krisis ini.

Mapim turut menggesa 70 anggota Kabinet dan timbalan menteri tidak dilihat bergaji lumayan sedang rakyat terkapai-kapai menunggu penyelesaian masalah harian untuk hidup.

Ini kerana pendekatan inklusif rentas parti sudah tidak boleh ditangguh. – 

SATU PELAN

 INDUK YANG

MERANGKUMI

KESEHATAN 

PERNIAGAAN  

WAJIB WUJUD

AMIN

PASCA KOBID

EKONOMI RUNTUH

AMIN

PERLU KESATUAN

FIKRAH

AMIN

PERLU KENTAL

GABUNG

SEMUA TENAGA

AMIN

TERUTAMA

POLITIKUS SEMUA

PARTI 

JANGAN BUAT

RAKYAT SUSAH

AMIN

SEKARANG INI

RAKYAT DALAM

SUSAH

AMIN

JANGA TAMBAH

SUSAH RAKYAT

AMIN



OXYGEN UNTUK WARGA KOTA

 

TAHNIAH

SEMOGA OXYGEN

UNTUK WARGA KOTA

BERKEKALAN

AMIN


Mahkamah putuskan projek Taman Rimba Kiara tidak sah, kata kumpulan penduduk


KUMPULAN Save Taman Rimba hari ini berkata Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa projek Taman Rimba Kiara adalah batal dan tidak sah.

Mereka berkata panel itu, yang terdiri daripada tiga hakim sebulat suara memutuskan Kebenaran Merancang yang diperoleh pada 2017 dengan usaha sama Yayasan Wilayah Persekutuan dan pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd untuk projek Taman Rimba Kiara sebagai tidak sah.

“Panel Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan perintah certiorari yang membatalkan arahan pembangunan.

“Keputusan ini merupakan kemenangan besar bagi komuniti kejiranan kami yang tidak henti-henti dan tidak putus-putus berjuang untuk memelihara Taman Rimba Kiara,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka berkata, perjuangan dan protes mereka selama ini adalah kerana kesatuan, ketekunan dan komitmen mereka untuk melindungi kehijauan alam daripada kepentingan komersial.

“Ditambah pula dengan sokongan kuat ahli Parlimen Segambut kami, Hannah Yeoh.

“Serentak dengan keputusan hari ini, kami mengulangi keazaman kami untuk mendapatkan perumahan baharu buat keluarga rumah panjang dan kami akan terus berusaha untuk mendapatkan penyelesaian yang saksama dan adil untuk perumahan kekal bagi keluarga-keluarga itu.

“Mereka adalah jiran dan rakan kami dalam komuniti TTDI dan kita akan berdiri bersama mereka.”

Para penduduk juga menyeru DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membuat perkara yang betul.

“Marilah kita bekerjasama untuk menyediakan rumah tetap yang berpatutan, berkepadatan rendah buat penduduk di dalam Rumah Panjang seluas empat ekar yang ada dan membiarkan Taman Rimba Kiara sebagai taman awam yang indah seperti mana asalnya.”

Pada 2014, DBKL telah meluluskan usaha sama itu ketika Tengku Adnan Tengku Mansor dari Barisan Nasional memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan.

Penduduk TTDI berkata, projek itu akan memusnahkan 10 hektar daripada salah satu alam hijau terakhir di Kuala Lumpur.

Di bawah Pakatan Harapan, menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah berunding untuk mengecilkan projek yang terdiri daripada empat blok pangsapuri servis dan 204 unit rumah mampu milik, yang mana juga ditolak oleh kumpulan Save Taman Rimba. – 27 Januari, 2021.


BERJUANG

BERPAKAT

BERSATU

BERJAYA

AMIN


MALAYSIA HEBAT - PM DAN TPM MASUK PENJARA

 


MALAYSIA HEBAT

PM DAN TPM BAKAL

MASUK PENJARA

Unknown commented on

 "TOK GOPOH BAWA

 SEMUA RUNTUH"

Tolong jangan panggil gila babi nak jadi PM bodoh piang...asebab dia dah jadi biol maka dia patut diwartakan muzeum hidup mencermin kan Malaysia ku yang pertama Timbalan Perdana Menteri banduan diikuti pahlawan bugis Perdana Menteri juga banduan...tell me where on earth a country has history of DPM & PM have been made to sit on the dock then found guilty and convicted?


WANITA BUKAN PURTAN




WANITA BUKAN

PURTAN

panglimo potaseh commented on

 "DAH HAMPIR 

KENA SABOTAJ"

Betul wanita boleh saja jadi PM ..tapi wanita yang mcm mana ..mcm Kak Rafidah AP ke ..mcm Hajjah Shahrizat Lembu ke ..kang gwa sebut Anja Nurul kang nanti Kutti Kerala tak setuju .

KERJA MADEY

 



KERJA MADEY

Blues70 commented on 

"DAH HAMPIR KENA SABOTAJ"

sapalah yang bangang tu...pilih pak Lah naJib muYidin dan pilih yang pilih tu..saja tanya jangan marah kahkahkahh


Ricesaffron@gmail.com commented on

 "DAH HAMPIR KENA SABOTAJ"

Layu sebelum berkembang itu lah cara Tun M,, Tun M padai main kipas pada perkara yg yang dah lepas dan yang tidak boleh kembali semula agar bisa yg di tabur akan terus kekal berbisa, satu batu baling 3ekor burung pipit 1jantan 2 perempuan,, Tun M tahu yg bumi tidak akan bergerak ke belakang,,

TAK KENAL SAJAT

 



TAK KENAL SAJAT

Unknown commented on

 "PENGUMUMAN"

Kau apa buat Hisham TT, goyang tolo aje. itu pun kalau ada tolo. Atau sama dgn geng Sajat? Atau sama dgn geng ASSMIN ? Kah kah kah.

 




POHO GODANG

SORGO LAIEH 

GODANG

panglimo potaseh commented on

 "TEPAT BENAR SAHEH"

Kompom ko syurga lelaki ado dalam kain wanita ..jadi ado lah syurga dalam kain Bik Mama ..kahkahkah ..dongan poho sogodang tong minyak boleh nampak ko syurga eay ..

KITA BUAT PILIHAN

 



 KITA BUAT PILIHAN

Unknown commented on

 "BERITA BAIK"

1. Rakyat perlu pilih jangkitan CV19 atau Ekonomi. 2. Kalau mahu ekonomi jalan saperti biasa, perlu jaga SOP. Jika tak jaga dan terkena jangkitan jangan salahkan kerajaan. 3. Jika mati sebab CV19, salahkan diri sendiri. 


4. Adakah rakyat semua bersedia mati demi sesuap nasi ( ekonomi ) ? 5. Kalau bersedia mati dek CV19, harus kerajaan benarkan ekonomi berjalan spt biasa dgn SOP.

BAHAYA CHINA MERAH

 


AWAS

BELAJAR 

DARI SEJARAH

 USA JADIKAN

AMERIKA  TENGAH

LADANG PISANG

CHINA MERAH AKAN

JADIKAN 

TANAH MELAYU

DUSUN MUSANG KING

SOHO LONDON

 


 SOHO LONDON

Sepanjang  musim panas 1987 aku menjadi pelayan sepenuh masa di Desaru  Old Compton Street London.  Aku telah meninggalkan Brixton College. Kuliah  aku di Polytechnic  of Central London hanya akan bermula pada bulan September. 

Sebenarnya aku tidak tahu dari mana asal usul nama Desaru ini.  Satelah dua minggu  bekerja  aku diberi tahu nama ini berasal dari satu kawasan peranginan di Johore. Ketika aku  kali akhir berada di Malaysia  tahun 1974 aku tak pernah terdengar nama Desaru ini.

Pemilik Desaru ialah Mister Gan anak kelahiran Pulau Pinang.  Mister Gan berbadannya gemok gempal.  Datang ke London sebagai pelajar ilmu akaun. Terus menjadi warga tetap. Mister Gan    berkahwin dengan Minah Saleh  seorang  ‘misi ‘ – jururawat  - yang  juga berbadan gempal. Mereka tinggal di wilayah mewah Maide Vale.

Mister Gan dengan BMWnya datang setiap malam  – kadang-kadang pagi.   Kalau tak datang waktu pagi dia akan menalipon memastikan kami berada dalam restoran sebelum jam 11 pagi. Sekali sekala  ada juga Misi Gan datang ke Desaru.  

Kami  yang bekerja di Desaru selalu  melawak bila melihat pasangan   Mister Gan dan Misi Gan.  Aku juga tertanya-tanya apakah mereka berdua ini tidur atas katil besi atau hanya atas lantai.

‘ Isham... kau tahu.... tiap pagi Gan akan menangis... dia menangis kerana dia   dah tak nampak punai dia lagi....’ Soo  akan melawak ketika kami  membersih restoran sebelum dibuka  jam 11.30 pagi. 

Tukang masak Desaru ialah Yunus – Abang Yunus – orang Medan. Dari surah yang aku difahamkan Yunus telah direkrut  oleh Mister  Gan  dari Bali. Ketika itu Yunus tukang masak disana.   Dalam dapur Yunus dibantu oleh dua anak muda Bangla. 

Di London restoran Malaysia atau Indonesia akan mengiklankan  menu  masakan Malaysia-Indonesia sekali harung. Agak tepat juga kerana tidak banyak perbezaan antara dua lidah ini.  Malah meluaskan pasaran pelanggan yang telah pernah singgah di Indonesia atau Malaysia. Hanya restoran Singapura tidak wujud. Yang wujud Laksa Singapura.

Di dewan makan pelayan yang ‘halal’ hanya Shah dan aku. Shah anak muda British Bangla  dua puluhan dan aku pelajar dari Belgium. Kami tak ada masalah imigresen. 

 Manakala  Soo dari Kuantan, Ah Tan dari Perak dan Yap dari Melaka semuanya pekerja gelap.  Mereka datang dengan visa  pelajar kemudian terus tak pulang ke Malaysia. Kini bekerja gelap tanpa visa kerja. 

Chee  yang menjadi ‘barman’  seorang lelaki gembira – agak  sombong tak mahu  bercampur sangat.  Mungkin kerana dia merasa bangga kerana ada Jantan Mat Salleh.

Untuk memastikan tukang masak jangan  kena curi  oleh restoran lain maka Mister  Gan telah memberi saham 10% kepada Yunus. Saham ini menjadikan Yunus setia kepada Desaru. 

Sistem  - beri saham - ini diguna pakai oleh restoran di London. Semua towkay restoran  takut tukang masak ‘kena curi’ dengan tarikan gaji yang lebih lumayan. Amat susah untuk mendapat tukang masak yang boleh memasak masakan Melayu di London.

Semua tukang masak di impot dengan visa resmi. Untuk memastikan tidak ditangkap oleh jabatan imigresen.  Kalau tukang masak kena  tangkap  tak ada apa nak dijual.

Pelayan senang dapat. Mat Saleh dan British Bangla pun ada bekerja sebagai pelayan di restoran  Malaysia-Indonesia. Malah pelajar Malaysia  di musim panas – cuti  panjang – ramai  mencari kerja macam aku.

Manager Desaru ialah Freedy dari Manila. Dia memiliki status penduduk tetap di London. Anak isterinya ada di London. Bagaimana Freedy di rekrut  oleh Mister Gan aku tidak tahu.

‘  Isham jaga. ...jaga ...Freedy ini makan anjing....’ Ini  satu lagi lawak dari Soo yang menganggap orang Pilipina suka makan anjing.  Bila Freedy mendengar ini dia hanya berkata.

‘ You don’t try... you don’t know...’ 

Warga kota London tidak mementingkan sangat makan tengah hari. Mereka  makan sandwich  atau  apa yang ada di pejabat. Tengah hari  Desaru kosong kalau  ada empat atau lima pelanggan  ini dianggap ramai.  

Warga London merayakan budaya makan malam – dinner. Aku perhatikan ada tiga ombak pelanggan. Pertama : bila restoran dibuka – jam 6.30 hingga jam  8.  Pelanggan ini mahu  makan awal sebelum  ke panggung wayang , teater atau ke panggung bangsawan.  Ombak ke dua jam  jam 9  – ini  pelanggan yang  betul-betul datang  untuk makan. Ombak akhir jam 11 malam – mereka yang merasa lapar keluar dari pub atau dari panggung. Dapur tutup jam 11.30. 

Desaru akan ditutup satelah pelanggan akhir pulang.  Aku pulang dengan bas malam yang aku ambil di Trafalgar Square.

Aku masih teringat   dua Minah Saleh masuk ke Desaru.  Restoran kosong – waktu tengah hari. Ketika itu aku dan Soo bertugas. Aku membawa  dua menu.  Tanpa aku memberi arahan Minah ini  telah mengambil  duduk. 

Jantan aku mengombak deras untuk membaca dua  Minah ini. Memang cun dan bergetah. Langsing dan  tidak macam  isteri Mister Gan.

‘ Layanlaaa... ini peluang...’ Aku tak faham apa maksud Soo. Peluang yang mana satu. jantan aku mengombak lagi. Mungkin jika aku layan dengan baik  aku  dapat tip yang lumayan.  Atau dia jatuh hati dengan jantan Melayu asli.

Pelayan di London hidup dengan duit tip.  Ini budaya Inggeris. Mungkin ketika  Inggeris menjajah dunia budaya ini lahir. Kaum kolonial kesian melihat anak bumiputera  tanah jajahan yang membanting tulang. Lalu memberi tip – duit tanda terima kasih atas layanan. 

Sebenarnya gaji pelayan dalam restoran di Soho tidak mahal – 60 pound seminggu.  Yang menjadikan kami lumayan ialah tip dari pelanggan. Tip ini  dua kali ganda melebihkan dari  gaji yang dibayar oleh Mister Gan.

Tanpa  membaca menu dua Minah Salleh ini  terus memesan makan.  Dan sebotol air anggur.  Pada hemat aku – tanpa membaca menu -  ini pastilah  pelanggan ‘regular’ yang sering makan di Desaru.

Sesudah makan Minah ini mengelurkan dompet dan  membayar dengan kumpulan duit siling dan meninggalkan 3 pound  juga duit siling atas meja.  Wow lumayan. Aku memungut duit-duit itu. 

‘  Selalu datang ... jiran kita... kau nak tengok buret dia... pergi masuk kabin no 7 sebelah Madam Jo Jo...’  Soo memberi  penerangan.

‘ Ha ha.. patutlaa bayar duit siling...tak apa...’ Aku ketawa. Malah aku merasa  bangga kerana telah melayan  penari bogel ‘peep show’  Soho. Aku anggap tip yang mereka beri ini adalah hasil   rezeki suci dari tarian bogel mereka.

Lepas satu bulan di Desaru aku telah fasih dengan Soho. Made Jo Jo – kelab purtan. Ronnie Scott’s kelab Jazz.  French House  sebuah pub untuk para intelektual London.  Soho Brassarie tempat yuppie bertemu kekasih. Compton pub tempat minum  jantan gembira.  Raymond Reveu Bar  - teater dan kelab  bogel.  Groucho Club -  kelab  privat untuk  warga  media kota London. 

Manakala bilik bilik kecil – tempat mengintai  buret Minah Salleh – ada berselirat di Soho. Lima pintu dari Desaru ialah kedai kuih  Patisserie Valarie.  Sebelah Desaru ialah studio video milik  Richard Brandon towkay syarikat penerbangan Virgin.

Bulan September 1988 aku masuk ke Polytechnic of Central London (PCL )  di Riding House Street.   Sekolah aku tidak jauh dari   pusat membeli belah Oxford Street. Juga  tidak jauh dari Desaru. Kalau menapak  mungkin 15 minit. Aku sudah fasih dengan jalan rentas merentas  mengikut lorong belakang.

Sekolah aku tidak ada kampus. Semuanya dalam bangunan. PCL (1839 )  ini adalah salah satu polytechnic terawal dalam dunia. Didirikan untuk memberi bantuan teknikal kepada universiti  yang  menjurus kepada keilmuan   akademik.

PCL memiliki sejarah. Pada  akhir bulan Febuari 1896 seramai 54 pejalan kaki di Regent Street telah masuk ke dewan  untuk menonton filem pertama dalam dunia garapan  Auguste Lumiere dan Louis Lumiere – Lumiere Brothers dari Peranchis. Penonton membayar 1 siling untuk menonton 40 saat filem pertama dalam dunia. Dewan ini milik PCL yang  akhirnya mendirikan sekolah filem di mana aku belajar.

Pada satu petang Sabtu.  Desaru belum dibuka. Aku duduk sedang berlabun dengan Shah di  meja depan dapur. Masuk seorang  lelaki empat puluhan yang tidak berapa  berapa tinggi.  Kulit macam kulit Arab.

‘ Sir.. sorry... not open yet...’  Aku melaung dari jauh.

‘ Where is Freedy...’ Lelaki  itu bersuara.

Freedy muncul dari bar. Mereka berbincang. Kemudian  lelaki itu berundur.  Freedy  mengamit aku datang  ke bar.

‘ When you see him next time.... show some rerspect ok.. ‘ Freedy memberi ingatan kepada aku. Aku menjadi hairan. Aku tak faham apa salah yang telah aku lakukan.

‘ Who is  fuck is that guy...’ Aku bertanya kepada Shah.

‘  That guy...Freedy  Malta... Soho gengster... small timelaaaa not big...’ Shah menunjukkan jari kelengkengnya yang kecil ke muka aku.

Kemudian  Soo bersurah kepada aku tentang sejarah Desaru.  Satu malam Mister Gan telah menang lebih dari 40 ribu pound  dari meja Casino.   Duit itu dijadikan modal untuk membuka Desaru.  Gan dengan bijak telah mengajak Freedy Malta  untuk berkongsi sama. 

Baru aku faham kenapa Freedy Pilipina mahu aku menunjukkan hormat kepada Freedy Malta. Sosok berbadan pendek ini   memiliki saham di Desaru.  

Bila kampus  aku di buka aku tidak lagi bekerja sepenuh masa. Aku menjadi pelayan hujung minggu.  Aku bekerja  petang Jumaat, Sabtu dan Ahad.  

Masuk saja ke PCL  aku membuat lagi ramai kenalan baru.  Aku tidak lagi rapat dengan kawan-kawan pelajar Malaysia. Din Wahab  dan pelajar  sekolah feshen telah pulang. Yunus Ali telah pulang. 

Kini aku melayari kota London. Aku semakin selesa dengan Soho.  Di London aku sedang menikmati  sate,  nasi goreng, bulu ari dan air anggur.  Kaki aku semakin terperosok ke dalam Soho yang sedang menarik aku untuk menjadi Lodoner. 

Malaysia telah lama aku tinggal. Yang benar  yang hakiki dan yang depan mata aku ialah London.

Penulis, dramatis dan penyair Inggeris Samuel Johnson  (1709-1784)  pernah berkata : sosok yang letih dengan London dah letih dengan hidup.  

Aku belum letih dengan London. Aku baru menanggalkan kelongsong berudu untuk meloncat  dan mengambur dalam kota London.

Pada tahun 1955  kali pertama aku sampai ke pekan Kuala Klawang. Ini ketika arwah Emak aku   berpindah dari Sekolah Tapak Kuala Pilah ke  sekolah Umum Kuala Klawang B.

Aku  ingat lagi petang itu arwah Abah aku telah membawa aku menapak ke pekan Kuala Klawang untuk membeli minyak api. Lampu leterik di quaters rumah  guru belum dipasang. Malam pertama di rumah itu kami masih menggunakan lampu pelita.

Aku ternampak deretan kedai atap zinc. Aku jangka inilah pekan Kuala Klawang. Silap. Aku tersilap.  Deretan rumah kedai  ini ialah rumah orang China di pinggir  pekan di sebelah  Rumah Pasong.

Bila aku masuk ke dalam pekan  Kuala Klawang aku merasakan pekan aku ini adalah pusat bumi.  Kuala Klawang yang ada lampu dalam kaca dan air dalam besi.  Ini adalah ingatan aku yang tidak akan padam-padam. 

Pada tahun 1987 – bila aku bertemu Soho aku menilai kembali pandangan  itu. Aku berupaya membezakan Kuala Klawang tahun 1955 dengan London 1987. 

Ketika menilai aku sedar Sakai Biduanda itu boleh dikeluarkan dari kampungnya  dan di bawa ke London. Tapi kampungnya tidak akan dapat dikeluarkan dari Sakai Biduanda itu.

Bila aku  terkial-kial cuba membuka botol  air anggur untuk pelanggan Freedy akan cepat datang membantu.

‘ Which kampung  you come....’ Freedy  selalu menggunakan ayat ini untuk memerli aku.

Musim panas berjalan. hari berganti hari.  Aku makin selesa dengan Soo, Yap, Ah Tan dan Shah. 

Aku masih ingat lagi hari itu hari Sabtu.  Aku  bekerja malam di Desaru.  Hujung minggu Desaru akan penuh dengan pelanggan. Kadang-kadang terpaksa menolak pelanggan.

Tertiba aku dapat  panggilan talipon dari Jomo. Jomo  ini aku telah  kenal ketika dia  masih lagi pelajar di Amerika.  Ketika bercuti musim panas tahun 1973 dia  pernah datang ke Rumah  Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Ketika itu aku Setiausaha Agung PMUM Jomo memperkenalkan PEMAU – Pesatuan Pelajar Malaysia Amerika Utara  kepada PMUM. Kami bertukar pandangan dan ingin bekerja sama. 

Bila aku menghilang ke  luar negara aku dengar Jomo telah pulang dari Amerika dan menjadi  pensyarah ekonomi di Universiti  Malaya. Jomo dan kawan-kawan telah menerbitkan majalah bulanan  Nadi Insan. Majalah ini  pernah aku baca ketika aku di Pakistan.

Ketika Jomo menalipon aku dia sedang  bercuti dari mengajar. Dia berkampung   di Universiti Cambridge. Jomo meminta  datang ke North London.

Aku sampai di alamat  yang dinyatakan oleh Jomo.  Jomo kenalkan aku dengan Udo -  lelaki 40’an berasal dari German. Udo bekerja di pejabat Amnesty  Internasional (AI ).  Tempat kami bertemu bukan di pejabat AI tapi di rumah Udo.

‘ Yunus kena tangkap..ramai kena tangkap...’  Jomo membuka kata.

Aku yang sudah jadi Mat Soho tak tahu satu habuk apa yang  sedang  berlaku di  Malaysia.  Aku membuka mata dan mendengar.

‘  How many .. total arrested.... ‘ Udo bertanya.

‘ Not sure....’ Kata Jomo.

Petang itu aku di faham seminggu lalu pada 27 Oktober  1987 telah berlaku tangkapan  ISA. Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu telah melancar penangkapan beramai-ramai  melalui Operasi Lalang.  Kawan aku Yunus Ali ditangkap sama.

Jomo  menyebut beberapa nama.  Nama pemuda Pas. Nama Pemuda  Umno.  Nama pelik saperti Mat Sabu, Muhfuz Omar yang aku tak pernah dengar. Nama-nama yang semuanya tidak aku kenal kecuali Lim Kit Sing.

Aku tak tahu apa yang wajib aku lakukan.  Berita ini memeranjatkan. Aku terperanjat kerana kawan aku Yunus Ali ditangkap. 

Ketika aku di rumah Udo dalam kepala aku hanya satu ingatan : aku  wajib sampai ke Desaru.  Aku bekerja malam ini. Jam 6 makanan untuk pekerja di sediakan dari dapur.  Jam 6.30 petang Desaru dibuka.  

Jam dinding rumah Udo telah melintasi jam 7 petang. Aku minta diri.   Udo dan Jomo menghantar aku ke stesen keretapi  bawah tanah. Kami berjanji akan bertemu lagi. Aku bergegas menuju Soho menuju Desaru.

Hampir jam 8 aku sampai. Pelanggan telah ramai. Kerana aku tidak muncul  Mister Gan telah memanggil  Richard kawannya seorang akountan  untuk membantu. 

Soo, Yap dan Shah hairan kenapa aku lambat sampai. Aku  tidak menerangkan kepada  mereka. Aku bergegas menukar pakaian dan terus bekerja.

Aku sedar  warga Malaysia  yang bekerja  di Desaru tidak tahu menahu apa yang sedang belaku di Malaysia.  Malah mereka tidak akan mahu tahu.  Mereka tidak akan faham untuk bersimpati dengan aku.

Sesudah  Desaru ditutup aku mengambil bas malam N8 untuk pulang  ke 44 Newmill House Bromley-by-Bow. 

Dalam kepala aku teringat  - aku berkelana meninggalkan tanah air untuk melarikan diri dari ditangkap di bawah ISA. Yunus juga datang menemui  aku di Melbourne Australia juga untuk melarikan diri dari ISA.

Kini aku di London. Kini aku di Soho.  Aku merasa selamat. Dalam masa yang sama aku  merasa aku perlu menarik kaki aku yang hampir terbenam di Soho. Aku perlu kembali  menyambung perjalanan asal.  

Sebelum tidur aku berjanji esok pagi aku wajib membuat beberapa panggilan talipon. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM LAMAN
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/01/27/kaki-yang-hampir-terbenam-di-soho/