Rabu, 17 Februari 2021

DARURAT KACAU EKONOMI

 

INI SUARA

TOWKAY BESAR

AMIN

DARURAT KACAU

EKONOMI

AMIN

APA AKAN JADI

AMIN 


Pelabur beralih ke negara jiran kerana 'kebuntuan' kerajaan, kata Daim 

BEKAS menteri kewangan Daim Zainuddin berkata pelabur melihat kerajaan Malaysia buntu tanpa rancangan untuk meningkatkan semula ekonomi, tidak seperti negara jiran. 

Dalam temubual dengan FMT, beliau berkata angka pelaburan menunjukkan pelabur tidak yakin dengan kerajaan yang tidak tahu apa yang dilakukannya. 

“Kerajaan seolah-olah buntu dan tidak mempunyai rancangan berkesan. Pelabur tidak akan masuk sebuah negara di mana ketidakcekapan begitu nyata.

“Jika kita mahu memulihkan status Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik, pemimpin kerajaan harus meningkatkan prestasi mereka. Namun, pelabur tidak nampak tanda-tanda ini berlaku.

“Kita jangan lupa pelabur ada pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan apa yang nyata dan hakikat,” kata Daim.

Membandingkan Malaysia dengan Indonesia, Vietnam dan Singapura, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berkata pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia mencatatkan penurunan besar berbanding negara jiran.

Daim berkata ini menunjukkan persaingan Malaysia dalam lanskap pelaburan telah merudum dan pemimpin negara perlu bertindak sebelum Malaysia lebih jauh ketinggalan.

Bekas menteri kewangan berkata perisytiharan darurat tidak membantu meningkatkan sentimen pelabur di Malaysia.

“Untuk membendung kesan negatif susulan pengisytiharan itu, kerajaan harus telus dalam setiap tindakannya supaya tidak menghakis lagi keyakinan pelabur.”

Untuk Malaysia mengatasi masalah ekonominya, Daim mengatakan naratif pertumbuhan masa depan yang menarik dengan fokus, strategi dan dasar mesra pelaburan yang jelas diperlukan.

Beliau mencadangkan kerajaan mengambil langkah sesifik seperti merangsang pelaburan langsung domestik (DDI) kerana kedua-dua DDI dan FDI sama penting dan boleh memberi kesan pelengkap jika jaringan “DDI-FDI” bernilai tinggi diwujudkan, dengan PKS domestik yang menjadi tulang belakang perindustrian Malaysia; mempercepatkan pembaharuan pengawalseliaan, mengatasi kelemahan dalam penyediaan tenaga kerja berkemahiran dan menangani pengangguran serta menggubal dan melaksanakan pelan tindakan ekonomi dan perindustrian berwibawa. – 17 Februari, 2021.
 

LEPAS KOBID

EKONOMI

LAGI TEROK

AMIN

APAKAH  HADI 

DAN PARTI PAS

AKAN BUAT 

SEMBAHYANG 

HAJAT

PULEH EKONOMI

KAH KAH KAH

ATAU BACA DOA

MACAM MINTA

 HILANG KOBID

AMIN 




SUGAR DADDY BUKAN BUDAYA BARU

 

INI BUKAN

BUDAYA BARU

KAH KAH KAH

INI BUDAYA KITA

AMIN


Tangani isu sugardaddy: Kerajaan diminta titik berat kebajikan mahasiswa

Isu peningkatan jumlah mahasiswa yang didakwa menggunakan aplikasi ‘sugarbook’ membuktikan bahawa kesukaran hidup mahasiswa merupakan satu isu yang nyata walau hakikatnya gejala itu bukan sesuatu yang baharu.

Naib Presiden Mahasiswa PKR, Firzan Hakimi berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta beberapa agensi kerajaan yang lain, perlu mengadakan sesi libat urus yang lebih komprehensif dan efektif bagi menyelesaikan isu kebajikan mahasiswa.


WOIT

JANGAN POTONG 

STIM

KAH KAH KAH

TAK KAN LEBAI

SAJE  BOLEH

 BINI TIGA

KAH KAH KAH

TAK  TOK GURU

ADA BANYAK BINI

KAH KAH KAH




MELAYU SUPREME PUKRAK MUKRAK

 


MELAYU SUPREME

PUKRAK MUKRAK

Unknown commented on 

"SILA BERI FAKTA RUJUKAN"

ku tak tahan no. Kalau DNA Melayu "supreme" dunia, kenapa tunduk kepada orang Arab dan orang putih? Kenapa pakar teknologi, perubatan, dan banyak lagi bidang, Melayu tak ada pun, atau tak dominasi? Kenapa kerajaan sekarang yang hampir semua Melayu masih tak berupaya tangani Kobid? Jangan marah, tanya saja.

KLUANGMAN SEPI

 



KLUANGMAN 

CHINTA SEPI 

Awaiting moderation

kluangman commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 333"

Kala terlelap dalam sunyi yang menyepi, cintaku berkhalwat bersama mimpi yang berahi di remang malam saat bulan bulat laut pasang. "kapan kau kembali?" depok, desember 2008

TUJUH TANDA NEGARA GAGAL



 TUJUH TANDA

MENUJU

NEGARA GAGAL

Unknown commented on 

"WOIT - 

JANGAN JADI BODOH"


Malaysia memang menuju gagal sebab 1)melayu masih takut punk 2)tiada punk yang betul betul berdendang 3)melayu tak bercacah. Bersunat dan torehan badan tanda berani. 4)kawin dengan seisi keluarga si bunga termasuk jiran. Gila apa pemberitahuan berjimak? 5)mengidam masuk unibersiti sebab nak bekerja 


6)pemuda pemudi tak tahu mereka sebenarnya muda 7)ibu bapa masiih nak sibuk berapa kali anak mereka dijimak dan menjimak.kalian sudah pun muda dahulu. Biarkan anak anak mu warnai masa muda. Kirimkan salam ku kepada rumi dan juli. Kirimkan salamku kepada santos Valentine.

MENCURI DAN ENTOT TAK PERLU BELAJAR

 



MENCURI MENGENTOT

TAK PERLU BELAJAR 



panglimo potaseh commented on 

"SAPA PANDAI 

JADI PENCURI"

Mencuri seperti mengentot tak pirnah di ajar di mana2 sekolah ..malah dalam menifesto UMNO pong tak ado ditulih yang pemimpin UMNO kono monchurik kok nak jadi LAKSAWAN ..sobab dongan gaji RM50ribu sobulang, kito kono nyimpan 1000 tahun baru dapek 1 biliyun ..lu tak caya lu tanya Kutti Kerala, lu tanya Bini Rosmah, lu tanya Teukui Nan ..Totok ..

JANGAN BUBUH GAMBAR INI

 



JANGAN BUBUH

GAMBAR INI

Tanah Melayu Dulu commented on

 "MASUK AKAL"

Boleh Hina, caci Anwar..tp tolonglah jgn taruk gambar banduan ni lagi. Apa bro TT ni dah Sama taraf dgn walauncai Dan mahacai ke.? Ini ke kerja sahabat lama. Dah terdesak sangat ke.Sudah sudahlah tu bro isham.

SATU NASIHAT

 



SATU NASIHAT 


Sani commented on 

"PERGI ENTOT DI PHUKET - 

MUSTAHIL TAK PENAH BUAT"

Jangan jadi peracun utama.jgn tanamkan kebencian.jgn burukkan org.ingat,kau Tu bukan pun baik sangat.siapa kau nak buruk Dan ngata kat org.ajaran mana yg kau anuti bro



BUKAN BERATIP TAPI MARAH

 


BUKAN BERATIP

TAPI MARAH

KERANA ANWAR

TAK SABAR BAWA

RUNTUH KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

Unknown commented on 

"KERUSI PM BUKAN

 RETA MADEY"

Hisham TT, bila pulak eko nak jadi PM? Eko hari hari ratib yang Anwar tak sabar jadi PM? Aku raso eko nak jadi PM olok olok pun tak mungkin tercapai sebab telo eko belum jadi titanum lagi. Kalo dah jadi Titanum, tunjuk pada OT95. Lagakan. Kalau telo eko berjaya lantun lebih, eko di tabalkan jadi PM. Kah kah kah

RASUAH BERJEMAAH

 


RASUAH BERJEMAAH 

DatoPidi commented on 

"TEATER ATAU SANDIWARA"

Ini biasa la. Hang jugak yg cakap. Shahibul Semaah kita nie mentaliti dunia ketiga. Sendiri yg buat undang-undang dan peraturan, sendiri yg langgar. Nak reform kepala Bana apa? Tu negeri PH buat jalan Pong tak ikut spect. Reform abah dia la. Pastu heboh rasuah, faraid secara berjemaah.

DatoPidi commented on 

"ASAL USUL 

BUDAYA ALONG"

Habis tu Tok Arab bagi donation, kau cakap rasuah. Last2x semua salah cina makan babi. Semua salah DAP.

PERLAWANAN DITERUSKAN


 


PERLAWANAN

DITERUSKAN


Setiausaha Agong PKM Chin Peng telah mengadakan pertemuan sulit dengan dua orang pelajar Melayu radikal, Hishamuddin Rais dan Mohd.Yunus bin Lebai Ali di Beijing pada bulan Januari 1980. Dalam kenyataannya Mohd.Yunus mendedahkan: ".......Chin Peng mencadangkan agar Hishamuddin Rais dan saya menubuhkan Kumpulan Bersenjata Melayu jika perlu atau sesuai yang bebas dari PKM, tetapi pada peringkat awalnya PKM akan memberi latihan kepada kumpulan bersenjata dan juga bantuan lojistik sehinggalah ianya boleh berdirikari...."  PETIKAN dari KERTAS PUTIH OPERASI LALANG

Aku telah mengambil keputusan. Perlawanan akan diteruskan. Mustahil aku tidak bangun melawan. Aku dalam kota London bukan di Kuala Klawang.  Kawan-kawan  sekepala telah mula ramai. Jaringan  sokongan semakin kukuh.  Mat Salleh dan Minah Salleh juga telah datang untuk memberi sokongan.


Semuanya hasil dari usaha persendirian  dari Jomo, Lucy, Rohana, Joe dan aku sendiri. Inilah usaha kami sebagai warga yang bertanggung jawab di luar negara.   Dimana pun kami berada kami masih memikul tanggungjawab sebagai warga. 

Benih kelapa yang baik walau pun hanyut  dipukul ombak terdampar akan menjadi sebuah pulau.

Aku sendiri  yang sudah lama meninggalkan Malaysia mungkin tidak memilik sanad. Tidak saperti Jomo dan Udo menjadi perawi saheh tentang Operasi Lalang. 

Untuk aku yang saheh hanya satu -  Operasi Lalang telah membuat kocakkan dalam kota London. 

“ Kalau di London pun takut nak  melawan kezaliman... baik potong kote....’  Aku mendengar kata-kata anak muda   bernama Anwar  dari  Tampin.  

Aku kenal Anwar secara  tak sengaja  pada tahun 1984. Aku sekapal  dengan Anwar dari  pelabuhan Dover  England ke pelabuhan Ostend Belgium.    Anwar  ini datang pelajar kemudian berhenti.  Bila kami berkenalan dia bekerja di sebuah pub di South London.  Kami jadi kawan – satu lagi kawan Melayu aku di London.

Pub Anwar  bekerja ini hebat. Anwar bersurah yang dia pernah melayan Al-Pacino di pubnya  ketika pelakon ini membuat penggambaran filem Revolution di UK.   Anwar  ke Brussels untuk  ‘dirty weekend ‘ bercuti dihujung minggu. Aku nak pulang ke kampung aku di Wavre.

Wajib aku kesahkan disini bahawa peranan pelajar Malaysia  di United Kingdom, di Australia dan New Zealand  amat-amat penting.  Bukan penting  untuk   tanah air sahaja tetapi penting untuk gerakan pelajar antara bangsa. Pelajar Malaysia telah memangkin aktiviti pelajar tempatan dan pelajar dari negara lain.

Di Australia, di UK dan di New Zealand – majoriti pelajar  luar negara datang awalnya  dari   Tanah Melayu kemudian dari Malaya dan akhirnya  dari  Malaysia. Mereka  datang dengan biasiswa kerajaan atau Colombo Plan  atau dihantar oleh ibu bapa. Pada zaman ini  belajar adalah percuma  di UK, Australia, Canada atau New Zealand   walau pun pelajar dari negara luar.

Sistem belajar percuma ini hanya wujud di  German  hingga ke hari ini. Di German pembelajaran  masih tidak dijual beli. Yang dijual beli hanya Mercedes, BMW dan Audi.

Di Australia aku ada pengalaman sendiri. Aku datang dua kali ke Australia. Kali pertama hadir ke Persidangn Asian Students Association (ASA)  di Melbourne – Jun 1974. Kali kedua aku dijemput sebagai tamu  oleh Australian Union of Student (AUS) pada tahun 1975 

Sebelum aku sampai ke London aku telah mengetahui beberapa persatuan pelajar Malaysia di UK. Setiap kampus jika ramai pelajar  Malaysia maka akan diwujudkan MSU/MSA – Malaysian Student Union atau Association.

Negara kapir yang bernama United Kingdom ini memberi kebebasan kepada pelajar luar negara.  Buat lah apa sahaja, dirikan apa sahaja persatuan, susunlah apa bentuk organisasi. Yang dilarang – jangan  mengganggu hak orang lain.  Ini dasar negara kapir UK yang berpandukan  hukum hakam yang dibuat dalam Parlimen.

Terbukti pelajar Malaysia mengambil peluang untuk  bergerak bebas di UK. Gerakan pelajar Malaysia di United Kingdom memang terkenal.  Pernah satu petang dimusim panas 1975  aku  bertemu dengan satu kumpulan pelajar Iraqi yang pulang bercuti dari London   Kami bertemu  di Ibu Pejabat  Persatuan Kebangsaan Pelajar Iraq - NUIS – (National Union of Iraqi Student ).

Ketika itu aku menjadi tamu NUIS. Aku menginap di Hotel Ambassador Jalan Abu Nawas Baghdad. Di hadapan  hotel aku ialah Sungai Dajlah. Di seberang sungai ialah kawasan larangan Istana Presiden.  

 ‘ You are from Malaysia....ah lan wa sah lan... welcome welcome... I knew  Malaysian  students in London... they are very active ... but... they are all Maoist...‘  Salah seorang  pelajar Iraqi ini memberi pencerahan kepada aku yang belum pernah sampai ke London. 

“Oh... that is intresting... ‘ Aku menjawab dengan tersenyum. Dalam kepala aku teringat akan kumpulan  New Malayan Youth  yang sejarahnya amat gilang gemilang di United Kingdom. 


Sebagai Setiausaha Agung PMUM aku selalu menerima bahan bacaan dari pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Majalah New Malayan Youth adalah antara majalah yang kerap aku terima.

Pada satu petang aku dapat panggilan  talipon.  Sosok ini  memperkenalkan dirinya   sebagai Toni Kahane. Dia penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana akhbar.  Sosok ini bercadang  mahu menulis tentang Operasi Lalang untuk akhbar The Guardian. 

The Guardian ini akhbar liberal-kiri. Pembaca terdiri dari intelektual  dan warga  profesional penyokong Parti Buruh. Aku sendiri membeli  akhbar ini. Setiap pagi dalam perjalanan ke  kampus aku akan membelinya  di stesen tube Bromley-by-Bow.   

The Guardian terbit 6 hari seminggu. Pada hari Ahad kakak kepada Guardian muncul – The Observer.  Dua akhbar ini  membawa suara dan garis sosial demokrat untuk masyarakat British.

Dari apa yang aku difahamkan Toni telah mengumpul bahan. Cuma dia tidak memiliki gambar yang perlu ikut sama dengan rencana Operasi Lalang yang sedang digarap.  

Toni menalipon kerana aku belajar di sekolah filem. Toni ingin tahu apakah aku memiliki apa-apa gambar yang releven untuk rencana  ini.

Opps... Nasib baik. Dalam simpanan aku ada gambar Dr Chandra Muzaffar. Chandra  sedang dalam penjara ketika Toni menalipon aku. 

Seminggu kemudian  rencana Operasi Lalang diterbit disebelah lidah pengarang dalam The Guardian. Gambar Dr Chandra telah digunakan. Aku tersenyum puas.  Kawan-kawan aku dalam kelas  hampir tak percaya bagaimana gambar  dari aku telah digunakan oleh The Guardian.  Aku bukan profesional. Aku baru  masuk belajar tahun satu.  Aku sedar bukan mudah gambar akan  digunakan oleh The Guardian.

Toni memberi aku 70 Sterling Pound untuk sakeping gambar Dr Chandar Muzaffar.

Jelas propaganda kami tentang Operasi Lalang telah ranum. 

Maka pada  pagi Sabtu  yang ditetap dua bulan sesudah Operasi Lalang – kami mengadakan seminar pelajar  Malaysia di Dewan Pelajar di Malet  Street.   Dewan   ini milik NUS – National  Union of Student – Persatuan  Kebangsaan Pelajar United Kingdom. Dewan ini  tidak jauh dari SOAS –  The School of Oriental and African Studies.

Jomo  memainkan peranan. Jomo memberi penerangan. Lucy yang suami dan adiknya  ditahan berucap sama. Aku juga memberi penerangan.  Aku yang telah lama meminggalkan Malaysia bukanlah pembawa perawi saheh saperti Jomo yang sanad dan nasnya  dianggap saheh. 

Seminar di Malet Street berlangsung dari  pagi sampai petang.    Lebih dari 30 mahasiswa Malaysia datang – majoriti  pelajar  Melayu.  Kami makan nasi bungkus tengah hari  itu. Aku pesan dari restoran Satay House. 

Aku merasa senang hati kerana propaganda   dan iklan aku dalam akhbar pelajar PCL  telah  berjaya menjemput ramai khalayak. Tulisan Toni dalam  The Guardian juga membantu.

Ketika perbincangan berjalan mata aku liar mencari  yang mana satu kakak kepada  K.K Tan.  Kalau kalau dia hadir sama.

Tetiba di akhir program seorang anak muda datang menghulur tangan kepada aku.

‘ I’am K.K Tan brother...  I studdy Engineeing ... same  like you ...same like you  at PCL.....my brother now in Kamunting.‘

Oh. Kakak tak datang. Tapi adik kepada K.K. Tan sampai.

Tetiba dua hari kemudian talipon aku berdering. Bila aku angkat tak ada suara di hujung sana. Bila aku letakan ianya berbunyi lagi. Talipon aku berbunyi tanpa henti henti.

Dalam kepala aku terlintas  - ini mesti kerja  SB yang menyamar  bertugas di Pejabat Kedutaan Malaysia. 

Panggilan  kosong ini mengganggu aku. Lalu aku letakkan bantal untuk menutup bunyi deringan talipon. 

Lalu aku teringat kembali apa yang telah berlaku pada satu petang dalam stesen   kereta api bawah tanah di  Picadilly   Circus. Ketika itu aku  dengan seorang kawan sedang merakam projek  filem tahun akhir aku untuk Brixton College.   Aku sedang merakamkan saketul hati lembu  yang turun naik di eskalator. Aku menggunakan filem super8.

Tertiba seorang anak muda Melayu datang menghulur tangan. Aku lupa namanya.  Aku pun lupa dari  kampus mana dia belajar.  Aku lupa kerana aku merasa terganggu dari apa yang sedang aku lakukan ketika itu. Yang aku ingat dia jantan Melayu agak kurus dan kulit agak hitam.

Mamat ini meminta numbor  talipon rumah aku.   Dia   semacam mendesak. Untuk meneruskan apa yang aku sedang buat aku sebutkan number talipon aku. Kemudian dia beredar. 

Kenapa dia perlu menalipon aku? Aku  pun  tahu.  Aku amat jarang  memberikan number talipon  kepada sosok yang tidak  rapat dengan aku.  Petang itu agak ganjil kecuali... kecuali apa?

Kecuali yang meminta numbor talipon aku Minah cun langsing  dan bergetah. Minah ini tak perlu meminta. Aku sendiri akan menghulur number talipon aku dengan senyum manis yang tak putus putus. Dengan harapan dapat bertemu kembali.

Kenapa Mamat  kurus berkulit hitam itu aku ‘ syaki’?  Hanya perasaan  curiga aku akibat  deringan yang menggangu.

Esoknya aku pergi ke pejabat British Telecom di Shaftbury Avenue. Aku mengajukan laporan gangguan.   Pegawai yang bertugas mengambil laporan dari aku. Di Pejabat British Telecom ini  aku  ternampak   iklan Peti  Jawapan  Talipon.   Tertbaik.  Lalu aku membeli Peti Jawapan. Bantal tidak diperlukan  lagi untuk  menutup talipon aku.

Bila aku ada  answering machine - kawan-kawan  memperli aku yang kini cuba-cuba  nak menjadi Yuppie. Pada tahun 1987  mesin ini  jarang digunakan. Kawan-kawan aku tidak tahu apa   kesah di belakang mesin ni.

Di kampus aku pergi berjumpa pensyarah aku Mister Ian Green. Aku rasa pensyarah muda ini lebih bersimpati. Aku  bersurah kepadanaya  tentang  Operasi Lalang dan apa yang telah berlaku di Malaysia. Aku juga bertanya  apakah Malaysia  dan UK ada penjanjian ektradiksi. 

Aku lakukan semua ini untuk menenangkan perasaan.

Kemudian aku kembali menjadi Londoner. Hidup aku kembali saperti biasa. Aku di fahamkan Yunus telah di hantar ka Kamunting bersama yang lain lain. Ada yang dibebaskan salepas dua atau tiga bulan. Aku dengar Dr Chandra pun telah dibebaskan.

Kemudian Rohana membawa berita  baik. Suaminya  Jasni  akan datang bercuti. Ketika ini Rohana masih mengikuti kuliah di Warwick Universiti. Thaera  peminat setia Bros masih lagi bersama Rohana.  Irene  masih lagi bersama suaminya Joe di Warwick.

Dari lapangan terbang Heathrow  Jasni  singgah ke  Bromley by Bow.  Ini kali pertama aku berjumpa Jasni.

Dia membawa surah tentang Yunus. Jasni bercerita   tentang  Ibu Yunus . Seorang ibu yang jujur dan tidak mengetahui apa itu Kamunting dan ISA. Ibu Yunus memberi ingatan agar Yunus tidak lupa seluar mandi ketika   Yunus ditangkap. Pesanan ini timbul  kerana  anak jantannya Yunus suka berenang.

‘ Isham... kau tak tahu... Rohana... Irene dan Jomo ... semua selamat... kalau tidak tiga tiga ekor ini pun kena  dibungkus oleh Mahathir....’  Jasni memberi pencerahan.

Aku hanya mendengar.

‘ Rohana dan Jomo ini..  geng  Nadi Insan yang awal... semua geng Insan kena ngap... Cecelia.. Heng Leng... Dr Nasir.... nasib baik .... mereka ini terbang awal ke London...’

Aku hanya mendengar.

Kemudian Jaseni bercerita lagi apa yang berlaku ketika Operasi Lalang . Dia mendapat tahu tangkapan  sedang berjalan. Dia merasa amat cuak kerana Rohana juga dalam  kumpulan Insan. Maka secepat kilat  Jasni bergerak. 
‘ Aku masuk ke bilik bacaan Rohana dan mengumpulkan  semua buku buku Rohana.  Apa saja buku yang ada bau bau bacang dengan Marx  dimasuk ke dalam kotak....’

Aku hanya mendengar.

‘ Malam itu aku masukan semua buku dalam kotak... masuk dalam kereta dan terus  ke Jambatan Pulau Pinang...”

‘ Jambatan mana? ‘ Aku tak tahu apa itu Jambatan Pulau Pinang. Semasa aku di Malaysia kalau nak masuk ke Tanjung wajib naik feri.

‘ Oppp... kau  belum tengok lagi...depan USM.... sampai tengah jambatan aku buangkan semua buku buku itu... semua selamat ke dalam laut......’

‘ Termasuk buku  Groucho Marx ...’ Aku melawak.

‘  Kau ingat SB tahu siapa Groucho. Marx.. nampak tertulis nama  Marx saja ... semua kena tangkap... Graoucho ke tak Groucho...’ Kami ketawa.


Kesah Jasni membuang buku ke dalam laut ini mengingatkan aku kepada  surah yang aku pernah  dengar dari aktivis Pilipina. 

Presiden  Marcos telah  membuat serbuan  ke dalam kampus Universiti Philipine untuk menangkap pelajar kiri, Marxis dan komunis. Marcos baru sahaja mengistiharkan darurat. Polis diberi arahan untuk mengeledah  bilik pelajar.

‘ I am anti-communist...’ Kata seorang  pelajar yang  tidak puas hari biliknya digeledah.

‘ I don’t care what type of communist you are...’ Pelajar ini ditangkap.

Bila aku dengar surah dari Jasni ini baru aku sedar betapa baiknya nasib Jomo, Rohana , Irene dan Lucy

Aku kembali menjadi  pelajar, pelayan restoran dan Londoner. Satu hari aku terima panggilan dari Jomo.  Dia berkata ada wartawan dari  Far Eastern Economic  Review  nak  bertemu bual dengan aku. Aku kenal majalah ini.  Majalah  mingguan politik dan ekonomi yang diterbitkan di Hong Kong. 

Aku telah mengikut dan membaca majalah ini semenjak tahun 1969 ketika aku di Kuala Kangsar. Perpustaakan Kolej Melayu melanggan majalah ini. Arwah Muzafar  Tate yang memperkenalkan aku dengan majalah ini.

‘ Mister Rais... have  you met Ching Peng...’ Ini soalan dari Minah wartawan dari Hong Kong ini.


EPILOK
Kertas Putih Operasi Lalang dikeluarkan oleh Mahathir. Nama aku terlibat sama.

Yunus Ali di tahan selama dua tahun di Kamunting.

Irene Fenandez pulang ke Malaysia beberapa bulan  kemudian. Irene  tidak ditangkap. Suaminya Joe selamat menyelesaikan ijazah di Warwick University. 

Jomo meneruskan cutinya di Cambridge Universiti. Isterinya juga sedang  menyiapkan  Phdnya di Cambridge.

Rohana pindah dari Warwick Universiti dan tinggal di 44 Newmill House. Dia tinggal di rumah aku  hampir satu tahun untuk membuat kajian di  Jabatan Kolonial  Kew Garden London. Phdnya  siap dua tahun kemudian.

Lucy dan anaknya Natasha terus tinggal di East End London. Lucy mendapat  ijazah undang-undang dan kini  terus menetap di London. Suaminya John satelah dibebaskan dari Kamunting datang ke London. Natsha anak gadis Lucy menjadi pelakun dalam filem akhir aku – Malaysian Werewolf in London 1991.

K.K. Karen masih berada di London.  Bulan April 2019 ketika aku di London aku pergi melawat K.K. Aku menemui dia di rumah rawatan di mana anaknya sedang berubat kerana dilanggar kereta. 

Thaera  masih meminati Bros. Thaera pulang lebih awal ke Malaysia dari Rohana.  Aku masih ingat  ketika menghantar dia ke Heathrow  aku berkata mungkin kastam akan menahan dia atas tuduhan menyeludup jam tangan. Thaera masih memakai dua jam tangan – kiri dan kanan – feshen ketika itu.

Aku putus hubungan dengan dengan Anwar dari Tampin. Sudah pulang ke Tampin atau masih di London?

Misteri Ian Green kini menjawat  pensyarah kanan di Jabatan Filem di University of Westminister.

Majalah Far Eastern Economic Review keluaran akhir  pada Disember 2009.  (TT)


TULISAN INI JUGA DISIRKAN
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/02/17/apabila-benih-kelapa-bertukar-menjadi-pulau/



JANJI ANWAR

 


JANJI ANWAR

cikminah commented on

 "JANGAN LUPA 

PLAN B NIK NAZMI"

Ada sesiapa boleh pegang janji DSAI yg kamu kata 'tuntas dan jelas'...? Hari ini janji, esok kamu semua mula meratib, letak jawatan!......letak jawatan.....LETAK JAWATAN!!!!... serah jawatan kepada yg berhak, Anwar Ibrahim PM ke8!!!!


 Rakyat undi bukan untuk Anwar jadi PM, rakyat nak buang geng perompak dan mahu Tun Mahadir mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul. Persepsi ini yg disampaikan melalui blog TT ni. Kamu yg tak faham petsepsi kami.

HARI HARI AKHIR SAEKOR XAVIER

 



HARI HARI AKHIR

SAEKOR XAVIER

AMIN

MENTERI PKR

PALING KORUP

AMIN


Pegawai khas bekas 

menteri Xavier ditahan, 

RM1.2 juta, 

kereta mewah dirampas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pemimpin PKR negeri yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada bekas bekas menteri air, tanah dan sumber asli Xavier Jayakumar, dalam siasatan berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

MA Thinagaran yang juga timbalan pengerusi PKR Perak hari ini ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh.

SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Kementerian air, tanah dan sumber asli yang diketuai Xavier kini dinamakan sebagai kementerian tenaga dan sumber asli.

Sementara itu, sumber sama memberitahu MalaysiaNow bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu MalaysiaNow rasuah itu melibatkan penganugerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier yang juga naib presiden PKR dan Thinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan pada 2019.


XAVIER 

LU NIAGA APA?

KAH KAH KAH

LU NIAGA BERAS

KE 

NIAGA PASIR

KAH KAH KAH 



WARNA MERAH SENANG NAMPAK

 



NOKIA MERAH

SENANG NAMPAK 

DatoPidi commented on 

"BERITA DARI NOKIA"

Hang punya hanpon ka tu? Awat zuhud sangat? Kalau la jaman khalifah Umar Abdul Aziz tengok hanpon umat mcm nie kompom dia lantik hang jadi mursidul am P@$. Zuhud sangat. 

Kalau mcm nie punya auta kompom mursidul mcm hang yg pakai hanpon sampai tak nampak nombor tidak akan membalak bersama ulamak. Kompom kita tak banjir kilat. Nota- Hang punya makam dgn Shahibul Samah Alfadil Haji Tar Snake, hang punya lagi tinggi. Harap turpedo hang panjang sekaki.

RAKYAT TAK NAK PILIHAN RAYA

 


RAKYAT TAKNAK

PILIHANRAYA

INI SAHEH

AMIN

RAKYAT TAK NAK

DARURAT

INI SAHEH

AMIN

RAKYAT DAH

BOSAN DG

KERAJAAN

INI SAHEH

AMIN 


Boleh tukar kerajaan tanpa pilihan raya, kata Pejuang

KERAJAAN masih boleh ditukar tanpa melalui proses pilihan raya bagi mengelakkan rakyat terdedah kepada jangkitan Covid-19, kata presiden penaja Pejuang Mukhriz Mahathir.

Jelasnya, ini kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Ahli Parlimen Jerlun itu bagaimanapun berkata, kerajaan masih boleh ditukar sebelum penggal Parlimen ke-12 berakhir.

“Pada pandangan kami tak wajar diadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat, biarlah habis penggal.

“Tapi kalau nak tukar kerajaan sekiranya cukup bilangan boleh tukar tak perlu dedahkan rakyat kepada ancaman Covid-19,” katanya.

Katanya, Pejuang bimbang dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum sewaktu Covid-19 masih berisiko mengancam nyawa rakyat.

“Terkini kita juga dengar, ada desas-desus akan diadakan pilihan raya umum tak lama lagi. Untuk itu darurat perlu dihentikan dahulu.

“Tapi untuk menamatkan darurat, kadar Covid-19 ini juga mesti menurun ke paras yang boleh kita rasa selesa dan tidak lagi mengancam,” kata Mukhriz.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu memberi jaminan untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja pandemik reda bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Ia ekoran kritikan dan kebimbangan yang timbul selepas darurat diisytiharkan, berkuatkuasa sejak 11 Januari sehingga 1 Ogos.

Tiga ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada Dr Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Anthony Loke dilantik dalam Jawatankuasa Khas Bebas mengenai pelaksanaan darurat.

Jawatankuasa itu antara lain akan menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada perintah darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata Pejuang bagaimanapun bimbang sekiranya suara tiga ahli Parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu tidak diambil kira dan diketepikan.

Beliau antara lain mempersoalkan kaedah yang akan digunakan jawatankuasa berkenaan dalam membuat keputusan sama ada darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Mukhriz antara lain mempersoalkan sekiranya syor dikemukakan kepada Agong itu berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai pakar bidang.

Jelasnya, beliau bimbang sekiranya keputusan dibuat atas kepentingan pihak tertentu sahaja.

“Jadi untuk mencapai keputusan itu adakah secara sebulat suara, termasuk tiga pembangkang itu atau dengan majoriti?

“Kita bimbang nanti atas kepentingan pihak tertentu, walaupun tiga orang wakil rakyat tidak setuju, majoriti buat keputusan untuk menamatkan darurat dengan mengadakan pilihan raya umum.”

Mukhriz berkata demikian dalam satu sidang media dalam talian petang ini yang diadakan bagi mengumumkan barisan kepimpinan terkini Pejuang.

Beliau antara lain mengumumkan pelantikan Marzuki Yahya dilantik sebagai timbalan presiden dan Ulya Aqamah Husamudin sebagai ketua penerangan.

Beliau juga umum pelantikan tiga ketua sayap, Che Asmah Ibrahim mengetuai Pejuanita, Abu Hafiz Saleh Hudin sebagai ketua Pejuang Muda dan Nurul Ashikin Mabahwi sebagai ketua Pejuanita Muda. – 15 Februari, 2021.

NAK TUKAR

KERAJAAN MACAM

MANA?

AMIN

KALAU ANWAR

MASIH GILA

NAK JADI PM

AMIN

SAMPAI KIAMAGT

KERAJAAN TAK

BDERTUKAR

KHALAS