Sabtu, 26 Februari 2022

AMBIL VAKSIN - JANGAN PAKSA

 



Ibu bapa tuntut jawapan anak didakwa maut angkara vaksin Covid-19



IBU BAPA kepada anak lelaki berusia 13 tahun yang meninggal dunia beberapa minggu selepas divaksin menyeru pihak berkaitan menjelaskan jawapan bagaimana kematian itu boleh terjadi.

Vijayarani Govindan memberitahu The Malaysian Insight beliau dan suaminya terkejut apabila punca kematian Ravnesh Kumar, satu-satunya anak lelaki mereka, masih belum diketahui walaupun bedah siasat sudah dijalankan.

Punca kematian Ravnesh dinyatakan sebagai “Menunggu Siasatan Makmal” pada sijil kematian.

“Lebih mengejutkan, kami diberitahu laporan itu boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk disediakan. Itu tempoh yang sangat lama.

“Mereka boleh tahu begitu banyak perkara (dari bedah siasat), malah makanan yang dia makan, tetapi sebab kematiannya tidak dapat tahu. Itu mengejutkan saya,” kata suri rumah itu kepada The Malaysian Insight.

Menurut maklumat yang diberikan Vijayarani, Ravnesh menerima suntikan vaksin Pfizer pertamanya pada 30 Disember, 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.

Pada 16 Januari, ketika Ravnesh dalam perjalanan ke kelas karate, ditemani bapanya, L. Naresh Kumar, dia tiba-tiba rebah di dalam lif blok perumahannya sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang, di mana dia disahkan meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kemudian berkata kementerian sedang menunggu laporan bedah siasat ke atas seorang remaja.

Noor Hisham juga berkata jabatan kesihatan negeri sedang bekerjasama rapat dengan doktor dan pasukan forensik dalam siasatan tersebut.

Vijayarani dan suaminya mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 11 tahun.

“Sebagai ibu, saya tahu anak saya sihat.

“Dia tidak ada sebarang penyakit dan tidak pernah dimasukkan ke hospital kerana sakit sebelum ini. Dia seorang budak lelaki yang sihat tetapi hari ini saya telah kehilangannya dan saya sangat percaya ia berpunca daripada vaksinasi,” katanya sambil menangis.

Keluarga itu berkata mereka tidak percaya dengan Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan siasatan mengenai kematian mengejut anak mereka.

Pasangan itu juga berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk melantik pakar swasta, jika dibenarkan, bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai penemuan makmal bedah siasat anak mereka.

“Semuanya di bawah Kementerian Kesihatan, dari vaksinasi, laporan kesan sampingan, agensi yang mengkajinya. Bolehkah kita harapkan ketelusan?

“Saya bukan dari keluarga berada tetapi jika ada yang sudi bantu dan jika ada pilihan untuk buat demikian (lantik pakar patologi/histopatologi swasta), maka kami akan pertimbangkan.

“Kami kehilangan satu-satunya anak lelaki kami. Mana mungkin kami akan dapatkan semula anak kami tetapi kami berhak tahu kebenaran dan keadilan wajib ditegakkan,” kata suri rumah itu.

Keluarga itu tidak dapat melakukan bedah siasat lagi kerana mereka telah membakar mayat anak lelaki mengikut adat resam Hindu.

Mereka kini bergantung kepada sampel yang diambil oleh pakar forensik semasa bedah siasat awal di Hospital Kajang.

Pakar perunding histopatologi Dr Manimalar Selvi Naicker dalam ciapan di Twitter berkaitan kematian Ravnesh, berkata Malaysia mungkin tidak ada pakar untuk menilai kematian selepas vaksinasi.

Menurutnya, tiada protokol disediakan oleh itu menggesa siasatan Ravnesh didedahkan kepada umum.

“Malaysia mungkin tidak ada pakar untuk menilai kes jenis ini. Saya masih tidak jumpa protokol bedah siasat kematian selepas vaksinasi dalam talian untuk disemak pakar histopatologi.

“Sila minta inkues terbuka. Penemuan histopatologi harus disemak oleh semua pakar histopatologi Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, yang berkongsi kebimbangan kematian Ravnesh, turut menggesa Kementerian Kesihatan menjelaskan dakwaan Dr Manimalar.

Ditekan untuk suntik vaksin

Vijayarani mendedahkan bagaimana mereka “ditekan” untuk menyuntik anaknya, walaupun Ravnesh enggan divaksin.

Beliau mendakwa guru kelas Ravnesh berkata pihak sekolah akan menghalangnya daripada memasuki sekolah jika divaksin.

“Kami pilih untuk vaksinasi anak kami selepas cikgu sekolahnya cakap dia tidak boleh masuk kelas jika tidak disuntik.

“Jadi saya bawa dia ke Putrajaya untuk dapatkan suntikan tetapi sepanjang perjalanan, dia sangat berat hati.

“Saya terpaksa pujuk anak saya untuk disuntik kerana cita-citanya mahu menjadi anggota polis. Saya tidak mahu dia ponteng sekolah,” katanya sekali lagi menekankan vaksin sebagai punca kematian anaknya.

Tahun lepas, Kementerian Pendidikan berkata mereka tidak akan menghalang pelajar yang tidak diberi vaksin daripada menghadiri kelas fizikal.

Vijayarani berkata beliau berunding dengan doktor di pusat vaksinasi sebelum suntikan tersebut, di mana beliau mendakwa diberitahu tidak ada risiko besar daripada vaksin tetapi mungkin akan ada kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, loya.

Beliau juga berkata jururawat di kaunter vaksinasi sangat tidak menyenangkan malah tidak membenarkannya mengambil gambar atau merakam video proses vaksinasi anaknya.

“Jururawat itu sangat biadap terhadap saya dan dia juga tidak layan dengan baik anak saya yang takut dicucuk.

“Apabila saya mahu ambil gambar (vaksinasi), dia cakap tak boleh.

“Jururawat juga tidak tunjuk picagari, tarikh luput vaksin dan lain-lain. Dia terus cucuk anak saya. Jadi, saya sebenarnya tidak tahu apa yang disuntiknya,” kata Vijayarani.

Selepas kematian anaknya, walaupun dalam tempoh berduka, Vijayarani berkata beliau pergi ke Klinik Kesihatan di Presint 18, Putrajaya untuk membuat laporan. 

“Saya ke klinik untuk buat laporan mengenai kematian anak saya tetapi tiada proses yang betul.

“Saya diberitahu untuk pergi ke pelbagai kaunter tetapi akhirnya tidak dapat buat laporan kerana saya diberitahu untuk tunggu enam bulan sehingga hasil bedah siasat dikeluarkan. Saya juga diberitahu tiada kaunter khusus untuk buat aduan mengenai vaksinasi,” katanya.

Sejak Vijayarani memuat naik video dalam talian yang mendakwa anaknya meninggal dunia akibat vaksin Covid-19, beliau berkata beberapa orang dari Kementerian Kesihatan menghubunginya, menunjukkan kebimbangan.

“Pada mulanya mereka tidak mahu melayan aduan saya tetapi apabila saya muat naik video mengenai isu tersebut, ramai daripada Kementerian Kesihatan menghubungi saya.

“Mereka juga mahu berjumpa saya untuk bincang perkara itu,” katanya.

Video itu disiarkan oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia Tamilar Munnetra Kalagam. Video itu kemudiannya dipadamkan.

Kementerian Kesihatan menyatakan tidak ada kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksinasi Covid-19.

Walaupun kementerian mengakui ada yang boleh mengalami kesan sampingan yang teruk selepas vaksinasi, mereka menafikan seseorang itu boleh maut akibat vaksin.

Baru-baru ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendedahkan 42 kematian disyaki akibat kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dilaporkan sejak pelancaran suntikan penggalak Covid-19 di negara ini.

Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohammad Sani berkata daripada 42 kematian itu, 22 disiasat manakala lagi 20 masih belum selesai.

“Tidak ada kaitan antara vaksin dan kematian berdasarkan penilaian kami ke atas 22 kematian tersebut,” katanya. – 26 Februari, 2022

BERAPA RAMAI

GUGUR DI MALAYSIA

AKIBAT VAKSIN ?

AMIN

BERAPA RAMAI

DI SELURUH DUNIA

GUGUR AKIBAT VAKSIN

AMIN

BERJUTA SDG HADAPI

MASALAH SAMPINGAN

SESUDAH AMBIL

VAKSIN

AMIN

JANGAN PAKSA 

SAPA TAK NAK

AMIN

JANGAN PAKSA

TANDA TANGAN

KERANA KITA TAK

TAHU APA DALAM

BOTOL ITU

AMIN

RAKYAT BIASA

BUKAN PAKAR

AMIN

TAK PAKSA 

TAPI LARANG

ITU DAN INI 

KALAU TAK 

AMBIL VAKSIN

 AMIN 

INI SAMALAH

 MACAM DIPAKSA

KHALAS

1 ulasan:

  1. Tak vaksin kiok, vaksing pong kiok ..ape semua ni. Ini nunjukkang kebenarang Teori Yahudi Malthus ..nyusun kumbali bilangan penduduk dunia. Kita dah ada 32 juta, Kutti Kerala cadang 70 juta, Totok nak bawak masok 1.3 juta Bangla ..nak tanya, bila kita nak bom Pasar Selayang yang dah di jajah balik oleh Rohingya Darol Sireh ..kahkahkah

    BalasPadam