Sabtu, 26 Februari 2022

BANGKAI KUCING DI JOHOR


Adakah Najib beri manfaat atau sebaliknya untuk BN di Johor

NAJIB Razak mengambil peluang berkempen untuk Barisan Nasional di Johor, namun penganalisis politik tidak dapat meramalkan secara muktamad sama ada beliau akan memberi manfaat atau sebaliknya kepada gabungan itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Di satu pihak, bekas perdana menteri yang disabitkan kesalahan rasuah dan kini dalam proses rayuan, jelas kekal popular dalam kalangan sesetengah pihak, walaupun ia mungkin tidak diterjemahkan secara automatik menerusi kertas undi.

Sebaliknya, terdapat ramai pengundi, terutamanya dalam kalangan generasi tua dan penduduk luar bandar, yang masih percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dan BN tidak akan membenarkan beliau berkempen jika memikirkan beliau tidak boleh mempengaruhi pengundi, kata penganalisis.


Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Lau Zhe Wei berkata Najib masih popular di kawasan luar bandar.

“Beliau masih menjadi penggerak kepada BN. Jika tidak, adakah pemimpin BN akan benarkan beliau berkempen?”

Lau memberitahu The Malaysian Insight Najib masih diingati dan dihargai kerana pemberian wang tunai, dijenamakan sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh pentadbirannya kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

“Berbeza dengan keputusan Pakatan Harapan yang tidak popular untuk mengurangkan pemberian (selepas menjatuhkan Najib), Najib menawan hati mereka. Bagi pengundi luar bandar, mereka merasakan mereka mendapat lebih banyak manfaat di bawah Najib dan BN.”

Pilihan raya Johor pada 12 Mac, walaupun hanya pilihan raya negeri untuk 56 kerusi dan tiada kaitan dengan Parlimen, masih akan terkesan oleh sentimen ini.

“Ia mungkin tidak diterjemahkan kepada sokongan yang menggalakkan, namun pada tahap tertentu ia akan membantu BN,” kata Lau.

Penganalisis politik Lum Chih Feng juga bersetuju dengan Lau bahawa populariti Najib tidak bermakna pengundi Johor akan memilih BN apabila membuang undi.

“Orang ramai teruja dengan Najib kerana beliau adalah bekas perdana menteri. Tetapi ini tidak bermakna mereka akan menyokong BN.”

Najib mula berkempen di Johor dan menarik minat orang ramai di Johor Bahru baru-baru ini pada satu acara yang turut mempersembahkan tarian singa, menurut gambar yang dimuat naik di Facebooknya.

Lum berkata sokongan terhadap Najib dari kalangan pengundi Cina mungkin datang daripada warga emas.

“Pengundi yang lebih tua ini tidak mempunyai keraguan tentang MCA atau BN dan lebih menyukai mereka.”

Najib, yang merupakan ahli Parlimen Pekan, masih popular di kerusi majoriti Melayu yang mana jenama peribadinya “Bossku” mempunyai daya tarikan, tambah Lum.

Lum juga menjangkakan bahawa pilihan raya Johor akan menyaksikan lebih ramai pengundi lebih tua keluar mengundi berbanding belia yang mungkin tidak bersusah payah pulang mengundi dari negeri lain yang mereka tinggal dan bekerja.

Pada Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International. Beliau masih bebas sementara menunggu rayuannya.

Namun begitu, wartawan veteran Cheah See Kian menyatakan tidak pernah ada kempen anti-Najib yang kuat khususnya dalam kalangan pengundi Melayu

“Malah ada yang akan mengatakan isteri Najib, Rosmah Mansor yang harus dipersalahkan atas kejatuhannya.”

Najib masih diterima walau ke mana beliau pergi, kata Cheah.

Ini juga kerana Najib dengan bijak mengurangkan imej elitnya selepas tidak lagi menjadi perdana menteri, dan menjadikan dirinya seperti sama seperti rakyat dengan bergaul dengan mereka,” kata penganalisis politik Wong Chin Huat.

Dan ia juga kerana seruan Pakatan Harapan terhadap Najib, 1MDB dan pertuduhan rasuahnya, telah hilang sokongan dalam kalangan pengundi.

“Pengundi mungkin ingin tahu sama ada Najib boleh membuat kemunculan semula.

“Kita masih tidak tahu sama ada ini boleh diterjemahkan menerusi kertas undi. Kita hanya tahu PH dan pembangkang tidak lagi membangkitkan kemarahan rakyat,” kata Wong.

Najib turut membantu kempen BN dalam pilihan raya Melaka November lalu yang mana gabungan itu menang besar untuk merampas kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan.

Sejak itu, pakar membuat spekulasi sama ada Najib cuba untuk kembali sebagai perdana menteri.

Cheah berkata inilah sebabnya pilihan raya Johor, walaupun hanya untuk negeri, ia juga penting untuk masa depan Najib.

Jika BN menang, ia akan membantu mengukuhkan kedudukan Najib dalam pilihan raya umum yang dijangka menjelang Julai 2023.

Lau bagaimanapun merasakan, walaupun BN menang dan Najib dipuji atas bantuannya, beliau masih tidak boleh membuat kemunculan semula kerana sabitan jenayahnya.

“Najib mempunyai masa depan yang lebih baik sebagai penasihat atau utusan khas. Namun sebagai perdana menteri, ia tidak mungkin. Akan ada tindak balas.”

Johor akan mengundi pada 12 Mac, dengan penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Terdapat 2.5 juta orang pengundi dalam daftar pemilih. – 26 Februari, 2022.

DARI STRATIJI

POLITIK

 BAWA

BANGKAI KUCING

LEMPARKAN ATAS

MEJA MAKAN

KETIKA

KENDURI SEDANG

BERJALAN

AMIN

HASILNYA 

BANGKAI KUCING

 AKAN JADI

PERBUALAN UTAMA

AMIN

BANGKAI KUCING

JANTAN DATANG

BERKEMPEN

DI JOHOR

INI AMAT BAIK

AMIN

OLAH PERSETUJUAN

PENGUNDI DENGAN

CERITA BANGKAI

KUCING

AMIN

OLAH MOLEK MOLEK

BANGAKI KUCING

SEBAGAI 

UMPAN UNDI

AMIN

SAYANG BANGKAI

KUCING BETINA

TAK DATANG SAMA

KALAU DATANG

CUN BERGETAH

SENANG HASUT

ORANG RAMAI

 BENCI PADA 

BANGKAI KUCING

 DAN BENCI 

PADA GEROMBOLAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan