Ukraine sasar usir tentera Rusia sebelum musim sejuk
UKRAINE mesti menang dalam perang dengan Rusia sebelum musim, kata ketua pejabat presiden, Andriy Yermak semalam.
Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan tentera Rusia berada lebih lama di Ukraine.
“Rusia akan bertambah kukuh dan situasai akan menjadi lebih sukar. Kita perlu mengelak kemungkinan itu,” jelas Yermak dipetik akhbar Ukraine, Novoye Vremya.
Beliau turut mengulangi pendirian Kyiv bahawa sekutu Barat perlu membekalkan lebih banyak senjata kepada Ukraine, selain Amerika Syarikat (AS) yang berikrar memberi bantuan berbilion dolar dalam bentuk senjata dan sokongan ekonomi.
Mei lalu Presiden AS Joe Biden menandatangani Pakej Akta Pajakan Pinjaman Pertahanan Demokrasi Ukraine bagi mempercepatkan bantuan itu, dijangka berkuat kuasa sepenuhnya bulan depan.
“Ukraine perlu menang,” ujar Yermak.
Katanya lagi, rundingan yang sedang berjalan ketika ini hanya mengenai cara mengeskport bijirin Ukraine dari pelabuhan yang dikepung tentera Rusia, bukan tentang usaha untuk menamatkan pencerobohan sejak Februari lalu.
“Rundingan ini berjalan di peringkat tentera dan kementerian luar dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Saya berurusan dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, bukan dengan pihak Rusia,” tegasnya. – AFP, 20 Julai, 2022.
Memang bukan jenayah. Di Msia, ada mamat yang dah 20 lebih tahun angan-angan nak jadi perdana menteri. Sekarang dia masih angan-angin. Tapi dia pandai kacau rakyat.
BalasPadam