Selasa, 19 Julai 2022

BERITA AMAT PELIK


Bekas pembaca berita dilaporkan hilang masih tidak dijumpai, kata polis

BEKAS pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya  menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.

Zalina Shaharah, 58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

“Pada 29 November 2021, pengadu dan pakciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.

Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.

Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat. – Bernama, 18 Julai, 2022.

BERITA INI PELIK

AMAT PELIK

KAH KAH KAH

HILANG TAHUN

LALU

KAH KAH KAH

SEKARANG BARU

NAK HEBOH 

BARU NAK MINTA 

BANTUAN

 ORANG RAMAI

KAH KAH KAH

MACAM ADA

SESUATU YG

GANJIL DALM

BERITA  INI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan