Selasa, 19 Julai 2022

PRU15 BUAT SEKARANG !!!



Utamakan rakyat dulu, bukan PRU15, kata ahli Parlimen pembangkang


KERAJAAN harus mendahulukan keperluan rakyat terlebih dahulu sebelum pilihan raya umum diadakan, kata ahli Parlimen pembangkang.

Kedudukan dan kuasa tidak sepatutnya jadi keutamaan ketika ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup membelenggu hidup rakyat, tambah mereka.

Menurut pembangkang hanya kumpulan tertentu yang digelar ‘kluster mahkamah’  yang mendesak pilihan raya diadakan segera, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Kata pengkiritik dan pemerhati politik dua individu inilah yang mengetuai kluster mahkamah Umno yang bertalu-talu menggesa pilihan raya umum dipercepatkan.

Menurut pengkritik, pilihan raya awal yang mana Umno yakin Barisan Nasional (BN) akan menang berdasarkan kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya negeri di Melaka dan Johor, akan membolehkan kes kluster mahkamah selesaidan kembali menguasai Putrajaya.

Ahli Parlimen pembangkang bagaimanapun berkata selagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada September 2021 lalu belum tamat selagi itulah semua pihak perlu mematuhinya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu The Malaysian Insight tiada keperluan PRU15 diadakan tahun ini kerana yang mendesak hanyalah golongan kluster mahkamah.

“Mereka cuba jadikan kemenangan di Melaka dan Johor untuk menarik sokongan supaya PRU15 diawalkan.

“Supaya dengan harapan Umno akan menang dan mereka (kluster mahkamah) akan bebas daripada hukuman. Itulah agenda sebenarnya,” katanya.

Tambahnya kecuali golongan itu, wakil rakyat lain dalam Umno dan BN serta PH sendiri berpandangan apa yang lebih penting pada masa ini adalah memastikan kebajikan rakyat terjaga lebih-lebih lagi ketika ekonomi tidak menentu akibat tekanan inflasi dan kos sara hidup yang meruncing.

“Tiada keperluan pilihan raya diadakan sekarang ketika negara sedang menghadapi krisis yang memerlukan penyelesaian segera.

“Rakyat tak cukup makan, dan inilah isu utamanya sekarang.

“Nak dapatkan kerja pun susah, kalau ada pun gajinya rendah.

“Jadi tak masuk akal untuk awalkan pilihan raya. Ada perkara lain yang lebih mendesak,” ujarnya, menambah pilihan raya seelok-eloknya diadakan selepas penggal Parlimen ke-14 tamat pada Julai tahun depan. 

Pengerusi PH Anwar Ibrahim juga berkata gabungan itu tidak mahu terbabit dengan strategi Umno yang mendesak PRU-15 diadakan segera. Anwar juga berkata beliau tidak mahu pembangkang dilihat tidak menumpukan kepada isu-isu rakyat.

Perkara itu akan disampaikan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, katanya pada sidang media kelmarin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata pihak yang mendesak PRU15 diadakan segera tidak sensitif dengan kepayahan rakyat.

“Di kawasan saya kami sediakan bakul makanan kerana kami lihat ramai yang memerlukannya.

“Yang mendesak cepatkan pilihan raya ini ada motif tersembunyi. Sudah terang lagi bersuluh, jadi kenapa mesti sokong mereka?” katanya.
Pengarah komunikasi PKR itu menambah, MoU yang ditandangani dengan kerajaan juga jelas menyatakan PH tidak akan meluluskan sebarang desakan usul undi percaya terhadap kerajaan.

“Kalau ada usul, PH tidak akan ambil bahagian dalam apa sahaja usaha untuk menjejaskan kestabilan kerajaan. Selagi MoU belum tamat, semua pihak perlu akur dan mematuhinya.

“Yang pasti PH patuh pada perjanjian kami,” ujar Fahmi.

Katanya lagi ada beberapa pemimpin Umno yang mencetus persepsi bahawa MoU tersebut tamat pada 31 Julai ini.

“Sebenarnya MoU tamat apabila Parlimen bubar. Jadi selagi MoU belum tamat kena patuhlah.”

Dan pendirian supaya PRU15 tidak diadakan segera bukanlah bermaksud PH tidak bersedia atau tidak yakin, katanya.

“Banyak yang telah kami lakukan sejak tiga tahun lalu. Rakyat sedang cuba untuk bangkit semula dari impak pandemik Covid-19, cari rezeki dan selesaikan hutang.

“Saya percaya pilihan raya elok diadakan tahun depan selepas Tahun Baru Cina. Harap-harap pada masa itu ekonomi bertambah baik,” jelasnya. – 19 Julai, 2022.     

PRU 15

BUAT SEKARAG

BUAT TAHUN 2023

SAMA SAJA

UNTUK 

PEMBANGKANG

AMIN

BUAT SEKARANG

ZAHID MENANG

BUAT 2023

SABRI MENANG

AMIN

PEMBANGAKANG

SAMPAI HARI NI

TAK BUAT

APA APA

KAH KAH KAH

KALAU TAK DIRI

KHEMAH BESAR

SAMPAI KIAMAT

TAK LEH MENANG

KAH KAH KAH

KALAU IKUT

KHEMAH KECIK

RAFIZI  PKR

AKAN BUNGKUS

KAH KAH KAH

AMANAH PUN

AKAN BUNGKUS

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA DAIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan