Jumaat, 9 September 2022

RAYUA JANGAN TAK RAYU



5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan, hukuman


RAYUAN Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Oktober.

Peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pengurusan kes itu akan didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 1 September, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya itu pada 2 September.

Menurut notis rayuan, Rosmah tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan hakim dan ingin merayu terhadap keputusan itu.

Beliau turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes tersebut.

Hakim Mohamed Zaini dalam penghakimannya antara lain memutuskan bahawa pembelaan Rosmah hanya penafian semata-mata dan wang RM6.5 juta memang untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana. – Bernama, 9 September, 2022.              




WOIT

ROSMAH LEBIH

BERHAK DARI

NAJIB UNTUK

MERAYU

AMIN

ROSMAH MANGSA

RIZAL YG BELOT

AMIN

ROSMAH TERINYAYA

BUKAN RASUAH

AMIN

MALAH ROSMAH

WAJIB MINTA

AMPUN AGONG

SEKARANG SEBELUM

PERGI KAJANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kak Mah ni tak payah mintak pengamponan agong pun TT. Dio kan terer, apo susah.. gantung ajo gambar pihak² berkenaan kek dinding umh kocik, pehtu bakar colok lopeh maghrib. Gerenti pihak² berkenaan akan lombut hati... Kah kah kah kah kah!!! Pendapat den la TT, kak mah ni takyah mntk pengamponan agong.. dio kono mintak pengamponan dari Allah s.w.t. byk pihak dah dio aniayo.. bini pertamo abam ajib, anak² bini pertamo abam ajib, dgn abam ajib sendiri pun dio kono mntk ampon sobab kes nasik wap can i advise u sumtin!!! Kat rakyat malaysia pun dio kono mntk ampon gak. Tapi yg paling ponting, dio kono mntk ampon kat Tuhan Allah la...

    BalasPadam