Rabu, 2 Februari 2022

GENOCIDE - BUNUH BERSIH TANAM - YANG TAK SAUGAMA

 

GENOCIDE

BUNUH TANAM

YANG TAK SAMA

UGAMA

AMIN

DI PAKISTAN HINDU

DAN KRISTIAN JADI

SASARAN

AMIN

DI INDIA MUSLIM

DAN KRISTIAN JADI 

SASARAN 

AMIN 

BIBIT BIBIT INI

 ADA DILIHAT

 DI MALAYSIA?

AMIN



HARI HARI AKHIR SAEKOR ZURAIDAH

 



Anggota MPT PPBM setuju Zuraida dipecat

KUALA LUMPUR – Rata-rata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju supaya memecat  Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan salah seorang daripada anggota MPT parti itu.

Persetujuan itu kerana Zuraida yang juga merupakan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi didakwa terlibat dalam pembentukan Parti Bangsa Malaysia (PBM) secara langsung.

Untuk makluman, PBM merupakan sebuah parti yang telah diambil alih serta ditukar nama dari Parti Pekerja Sarawak selepas Pertubuhan Pendaftaran (RoS) telah meluluskan permohonan tukar nama dan pindaan perlembagaan parti pada 27 Oktober tahun lepas.

Zuraida juga pernah disebut-sebut mengetuai parti itu namun beliau menyangkalnya.

Selain Zuraida, ada beberapa lagi ahli Bersatu yang dijangka berdepan dengan tindakan pemecatan dalam masa terdekat.

Media melaporkan, cadangan tersebut telah dibangkitkan pada mesyuarat MPT pada 25 Januari lepas yang telah dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zuraida dikatakan tidak hadir ketika cadangan itu dibincangkan.

Bagaimanapun belum ada apa-apa keputusan berhubung perkara tersebut, sebaliknya Zuraida telah diminta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Pada mesyuarat Agung Luar Biasa PBM 14 November lepas, PBM meluluskan pelantikan barisan kepimpinan baharu melibatkan dua ahli parlimen bebas bekas PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) dengan masing-masing memegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Jawatan Presiden ditinggalkan kosong dan berterusan menimbulkan spekulasi namun pada mesyuarat Agung khas PBM pada awal tahun ini, Larry Sng pula dilantik Presiden ‘sementara’ manakala Steven pula Naib Presiden.

Bekas Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad pula dilantik menjadi Setiausaha Agung, selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Haniza Mohd Talha pula dilantik Timbalan Presiden PBM.

Zuraida juga pernah menjadi Naib Presiden PKR sebelum dipecat bersama-sama  Mohamed Azmin Ali oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dua tahun lepas.

Beliau kemudian menyertai PPBM namun sejak awal lagi sudah ada khabar angin Zuraida bakal menubuhkan sebuah parti baharu bersama-sama pengikut yang sehaluan dengannya.

APAKAH 

ZURAIDAH AKAN

DIPECAT

KAH KAH KAH

BERSATU MAKIN

KOCIK MAKIN

KOCIK

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

PARTI SEDIA 

SAMBUT KAK ZU

KAH KAH KAH

BAHAYA BAHAYA

 



5,736 kes harian Covid-19, paras tertinggi baharu tahun ini

MALAYSIA melepasi kes harian Covid-19 tertinggi bagi tahun ini dengan 5,736 jangkitan baharu setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, negara mencatatkan 5,566 kes, paras tertinggi yang dicatatkan untuk tahun itu.

Negara kini telah melaporkan lebih 5,000 kes harian dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di portal CovidNow kementerian selepas tengah malam ini.

Noor Hisham berkata, kadar jangkitan di seluruh negara adalah 1.15.

Sementara itu, seramai 22,925,383 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 99.1% atau 23,202,227 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, seramai 2,788,724 individu atau 88.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,902 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 2 Februari, 2022.

CILAKA BETUL

MAT KOBID

KAH KAH KAH

BILA NAK PRN

 ANGKA MULA NAIK

KAH KAH KAH

INI BAHAYA

BESAR

AMIN

MACAM MAT KOBID

INI TAHU BILA NAK

ADA PRN

AMIN

MAT KOBID

NAK TAKUTKAN

PENGUNDI JANGAN

DATANG MENGUNDI

 BAGI PAKATAN 

KALAH

KHALAS 

 MELAKA DULU 

MACAM INI JUGA 

KAH KAH KAH

KHALAS




KENYATAAN TIDAK SEMPURNA

 




Rakyat masih sokong PKR pacu politik negara – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR,  Saifuddin Nasution Ismail mendakwa parti itu masih mendapat sokongan dan menjadi pilihan rakyat untuk memacu politik negara.

Katanya, ia terbukti apabila PKR menerima 78,093 permohonan keanggotaan baharu, setakat penutupan pendaftaran pada 31 Januari lalu.

“Angka ini diterima PKR sejak 24 November 2021 yang lalu. Penyertaan dengan jumlah yang begitu besar ini menunjukkan PKR terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat untuk terus memacu politik dan kepimpinan negara,” katanya menerusi kenyataan.

Ujar beliau, anggota-anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Januari 2022 ini akan dibentangkan kepada Cabang untuk
proses semakan dan bantahan sebelum dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti.

Tambah Saifuddin, bantahan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

“Proses ini akan dibuka bermula 3 Februari 2022 sehingga 9 Februari 2022. Jika terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh kemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari 2022.

“Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad,” kata beliau.

Sementara itu beliau berkata, PKR akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap pada 18 Februari 2022 seterusnya menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti.-

KENYATAAN

SAIFUDIN BENAR

TAPI  AYAT INI

TAK PENUH

AMIN

RAKYAT SOKONG

PKR 

INI BENAR

AMIN

AYAT INI WAJIB

 DISAMBUNG

KHALAS

RAKYAT SOKONG

PKR TANPA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

KHALAS

ARAB YANG SUCI

 





ARAB SUCI

LAGI MURNI

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "GUNAKAN AKAL 

BUKAN DONGENG"

Woit... ! Arab itu paspot dan jaminan masuk syurga. Siapa-siapa yang memperlekehkan Arab gerenti dilaknat dunia akhirat pastinya masuk neraka..! Kerana itu jangan sesekali mempermainkan segala yang berkait kepada Arab, akan dipertahankan dengan segala daya dan usaha yang ada untuk mempertabatkan Arab .. so don't play play, don't play wuth fire .... mengaibkan Arab sama seperti mengaibkan KESUCIAN yang melekatkan kepadanya....KAH KAH KAH ...AMIEN.. !

KELING & BANGLA SAMA KE ?

 

KELING & BANGLA

SAMA KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "SENDIRI BERAMBUS DULU"

Pundek keling ini dah lupa, dia sendiri dah tua Bangla, dapat peluang terus menerus mahu duduk sampai mampooosssss, blah blah blahukan perlu modal politik, ungkit kacau huru Hara saja, tak ada faedah, bukan lagak tak sapu, ada peluang semua sapu lah, kuil punya duit pun sapu, kah kah kah

EDORGAN MAI SINI

 


EDORGAN

MAI SINI

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"PRESIDEN EDORGAN

 PERLU PENASEHAT EKONOMI BARU - 

RAMAI TELAH DIBUANG KERJA"

Malaon edorgan bebal ini tak perlu buang masa. Datang ke sini tanah melayu bertuah ada ramai penasehat penasihat punahsihat. Tak kurang juga duta khas ke timur tengah, timur leste, timor timur, asia timur, esropah timur, ipoh timur (itu tempat lama me kit siang). 



Adapun penasihat itu semua ada sikit kurang la cerdik dah bodohbodoh alang jua. Sebabnya lain yang kita tanya lain yang dijaeab. Barang diingat juga nasihat ikut selera dan sedap mulut jua. Dulu seketul daging babi tak boleh. Sekarang ni entah? Sudah boleh kot? Ameenn.


WATAK KAPITALIS - HANYA UNTUNG DAN LABA

 


WATAK KAPITALIS

PENTINGKAN

UNTUNG & LABA

BUKAN NYAWA

AMIN

SIAPA BAHA BHP INI ?


SAPA BAHA

BHP INI ?

AMIN

Unknown commented on 

"LEPAS JOHOR

 KEDAH KEDAH"

Baha BHP lebih awal ramal yg sama pasal PRN Johor, pastu Kedah, pastu Perak dan Trengganu cuma Baha BHP takde blog atau fb nak bgtahu org ramai. Terrorist Baha BHP nie sbb dia terror pasal politik tanahair.

GUNAKAN AKAL BUKAN DONGENG

 


GUNAKAN AKAL

BUKAN DONGENG

AMIN

Unknown commented on

 "JANGAN IKUT 

PERANGAI ARAB"

Itu lah nak kata, pilih contoh manusia yang baik, ini pilih Arab yang dikenali jahat jahiliyyah ganas asyik seks siang malam, maka jadilah golongan manusia sekarang sejenis jugak, depan main belakang main, rasuah kiri kanan kerana ikut contoh mereka, kah kah kah mampooosssss

PRESIDEN EDORGAN PERLU PENASEHAT EKONOMI BARU - RAMAI TELAH DIBUANG KERJA

 

PRESIDENT EDORGAN

PERLU PENASEHAT

EKONOMI BARU

KHALAS

RAMAI TELAH KENA

BUANG KERJA

KAH KAH KAH

B52 HAQ BAHOO PLAZA KARACHI


B52 HAQ BAHOO 

PLAZA

 KARACHI

Mustahil aku akan terlupa alamat flet aku di Karachi Pakistan. Aku menyewa flet di Haq Bahoo Plaza University Road  Gulshan  Iqbal Karachi.  Nombor flet ini  - 52B - sama dengan nama kapal terbang pengebom Amerika.

 Pesawat B52 ini bertanggung  jawab memusnahkan hutan belantara dan sawah padi  dalam Perang Vietnam (1955-1975). Setiap kali aku teringat pada Karachi aku ingat pada flet  B52 aku dan Perang Vietnam.

Bilik akhir yang aku tinggalkan  di Pakistan  ialah  flet ini. Dari Karachi aku naik kereta api ke Lahore kemudian melintas masuk ke Wagah Border – sempadan India-Pakistan. Ini dalam perjalanan aku menuju Eropah.  Kota akhir Pakistan yang aku tinggalkan ialah Lahore. Kota pertama  aku masuk ke India ialah Amritsar.

Kali pertama aku sampai ke Pakistan pada 3 September 1977.  Aku bersama Yunus Ali singgah untuk berjumpa Abu Yacob. Sosok ini aku kenali di Kuala Lumpur. Dia anggota Al-Fatah dan juga wakil resmi PLO ( Palestine Liberation Organisation ) di  Malaysia.  Pada tahun 1977  Abu Yacob telah menjadi Duta Palestin di  Islamabad Pakistan.

Aku singgah di Pakistan dalam perjalanan ke Baghdad dari Australia. Aku dipaksa  meninggalkan Australia  satelah kerajaan Perdana Menteri  Malcolm Frazer menafikan permintaan suaka politik aku.

Ketika aku sampai kali pertama  di Karachi - Pakistan dalam keadaan kacau bilau. Pilihan raya telah dibatalkan.  Parti PPP ( Pakistan People’s Party ) di bawah pimpin Zulfikar Ali Bhutto  telah menang pilihan raya. Kacau bilau timbul. Kemenangan PPP telah dinafikan  oleh  Jeneral Zia-ul-Haq. 

Aku  dalam keadaan selamat. Aku dan Yunus Ali menjadi tamu Abu Yacob di ibu negara Islamabad.

Kali ke dua aku sampai ke Pakistan pada tahun 1978. Aku sampai seorang diri. Yunus Ali masih lagi bergerila di Beirut.  Aku telah  berundur dari Timur Tengah – Beirut dan Baghdad – untuk kembali ke Asia- dan dekat dengan Malaysia. 

Awalnya aku menumpang di No 4 WUS Internasional House dalam kampus Karachi Universiti. Aku menumpang  tidur di bilik pelajar dari Patani.

Ketika aku di Pakistan aku  menggunakan  semua surat menyurat  ke alamat No 4 WUS Internasional House. Ini asrama antarabangsa  khusus untuk pelajar luar negara di Karachi Universiti. Ada pelajar dari Iran, Uganda, Mauritius, Lebanon, Palestin dan Patani.

Kemudian satelah lama mengenap di dalam kampus Universiti Karachi aku pindah. Aku berkongsi menyewa flet dua bilik dengan A.K Dangkor – siswa arkitek yang berasal dari Afrika Selatan

Flet yang aku sewa ini  tidak lumayan tapi selesa walaupun ada gangguan. Gangguan pertama ialah bunyi teksi rickshaw tayar tiga. Tingkap  flet ini dari bahan bermutu rendah – tidak berjaya menghalang bunyi rickshaw.  Gangguan ke dua – bilik di tingkat 5 paling atas -  ketika musim panas – aduh !  - macam bilik terbakar. 

Walau pun sedemikian di Pakistan warga yang berupaya tinggal dalam flet  dianggap dari kelas menengah.  Ramai warga Karachi  tinggal di bilik-bilik sempit  berasak-asak atau di wilayah setinggan dalam gobok buruk atau rumah-rumah dari ranting kayu yang dibalut dengan lumpur. 

Daerah Gulshan-e-Iqbal -  dua batu dari Karachi Universiti – adalah wilayah kelas menengah Karachi. Dari segi kewangan aku dibantu oleh kawan-kawan dari Australia.

Ketika aku sampai kali ke dua , Pakistan makin kukuh  di bawah  pemerintahan tentera.  Pilihanraya yang dijanjikan tidak berlaku. Zulfikar Ali Bhutto – bekas Perdana Menteri kini dalam penjara atas tuduhan membunuh musuh politik.

Jeneral Zia-ul-Haq menobatkan  dirinya sebagai CMLA – Chief Martial Law Administrator – Ketua Pentadbiran Tentera.  Dari fakta sejarah - semenjak  Pakistan ditubuhkan rampasan kuasa sering berlaku.  Proses pilihanraya dan demokrasi satu perkara yang hanya berlaku sekali sekala di Pakistan.

Di Karachi aku menjadi – pendatang haram – tanpa  kedudukan sah. Pasport aku telah dirampas oleh  Kedutaan Malaysia di Baghdad ketika aku cuba memperbaharuinya.

Ketika di Iraq hubungan aku dengan NUIS – National Union of Iraqi Student – cukup baik. Melalui NUIS aku telah diberi kad perjalanan sementara  untuk aku pulang ke Asia.   Dari Baghdad aku terbang masuk Karachi dan terus menjadi pendatang haram tanpa status.

Walau pun di bawah pemerintahan  rejim tentera – aku telah arif – dan cekap mengelicik – boleh membaca keadaan  untuk menyelamatkan diri.  Aku telah mengenali  budaya warga Pakistan dan memahami  daulah Pakistan. Justeru aku dengan mudah  menyerap masuk  dan mengenap  dalam komuniti masyarakat pelajar Patani di Karachi.

Aku ikuti dengan teliti politik Pakistan. Aku perhatikan dalam dunia  ini semua negara didirikan atas dasar  wilayah bangsa, bahasa dan budaya. Ini termasuk negara yang  menjajah atau yang kena jajah.


Hanya Pakistan dan Israel  yang diwujudkan atas nama agama. Israel berasaskan agama Yahudi. Manakala Pakistan atas  nama Islam. Dua-dua negara ini kelihatan penuh dengan masalah yang tak selesai -selesai. 

Babak dan kesah politik Pakistan ini kali pertama aku  dengar pada tahun 1968 ketika aku dalam tingkatan lima di Jelebu. Aku membaca berita dari Utusan Malaysia tentang pelajar Pakistan bangun melawan rejim tentera  Jeneral Ayub Khan.  Senjata telah ditemui dalam bilik pelajar.

Berita juga melaporkan bagaimana pelajar  dalam kampus universiti  bukan sahaja berdemo malah bertembak-tembak dalam kampus. Dari apa yang aku baca ada setia kawan dan kerja sama antara pelajar, buruh dan kaum tani  yang bangun melawan rejim tentera Jeneral Ayub Khan.

Pada tahun 1977 sekali lagi tentera merampas kuasa. Kali ini Jeneral Zia telah bekerjasama dengan mazhab  Islam garis kanan. Kumpulan Islam kanan ini terdiri dari Jamiat Islami dan pelbagai bentuk jamiat  – ada Jamiat Ulom, ada Jamiat Al-Quran, Jamiat Tabliqi dan Jamiat Ularmak.

Tentera telah mendalangi parti  Islam kanan secara gelap  untuk menimbulkan huru hara. Bila huru hara terjadi maka tentera masuk mencelah. Tentera   mencelah masuk dengan niat untuk menenteramkan keadaan kacau bilau.

Mondus  operandi ini  berjaya dilakukan bukan sahaja di Pakistan malah inilah cara  yang digunakan oleh CIA  (Central Inteligence Agency ) di Amerika Latin, di Indo China dan di Afrika. 

Contoh terbaik yang hampir dengan kita ialah rampasan kuasa Suharto pada tahun 1965 untuk menjatuhkan Bung Karno di Jakarta. Projek  rampasan kuasa ini sering berlaku  di zaman  Perang Dingin. Ketika ini ada  pertempuran  ideologi antara garis progresif blok   sosialis Soviet Union dengan garis kanan kapitalis yang di kepalai oleh Amerika Syarikat.

Aku perhatikan dalam Karachi Universiti  gerakan pelajar masih aktif  walau pun tentera berkuasa.  Kuasa tentera kelihatan  tidak berupaya untuk mengontrol seluruh negara.

Semua kerajaan tentera akan gagal. Ini kerana tentera tidak memiliki keupayaan mentadbir. Tentera hanya berkawad dan duduk dalam berek menunggu arahan. Bila soldadu dan askar menjadi pegawai awam jawabnya  macam Indonesia , Uganda, Mesir atau  Pakistan   - negara jadi kucar kacir.
Dalam kes Pakistan keadaan bertambah berat kerana secara realiti Pakistan terus menerus dalam suasana perang. Musuh utama Pakistan ialah India. Pada tahun 1971 India membantu kelahiran Bangladesh – Pakistan Timur menjadi Bangladesh. 

 Pada tahun 1974 India telah meledakkan  senjata nuklear pertamanya. Justeru India menjadi tumpuan utama tentera Pakistan.   Dalam masa yang sama gerakan pemisah bangsa-bangsa  di Baluchistan dan di Peshawar sedang berjalan.

Biar aku terangkan disini : Pakistan wujud  berpandukan   Two Nation Theory – teori dua nasion. Teori ini mentakrif  dua nasion -   Nasion Islam dan Nasion Hindu.  Teori dua nasion ini amat songsang kerana hakikatnya  di Pakistan ada bangsa Sindhi, ada Punjabi , ada Baluchi dan bangsa  Pushtun atau Pathan. Semua memilik kawasan  wilayah, bahasa dan budaya masing-masing.

Penganut Islam juga bukan monolitik. Hampir 20%  mazhab Shiah, 2% Ahmadiah dan selainnya Sunni Islam.

Dalam masa yang sama masih ada 5 juta atau 3% penganut Hindu di Pakistan. Ada hampir 3 juta atau 1.27% penganut Kristian di Pakistan.

Sebenarnya Pakistan diwujudkan oleh kaum pemodal  kapitalis dan kaum saudagar Islam di India  yang tidak sanggup bersaing dengan kaum saudagar dan kapitalis Hindu yang lebih besar dan gagah.

Kaum pemodal dan saudagar Islam berkumpul di bawah teori  Dua Nasion dan menyokong Muhamad Ali Jinnah dan parti Muslim League untuk berpisah dari India dan mendirikan Pakistan. Ibu negara Pakistan Barat Karachi dan  Dacca ibu negara Pakistan Timur ibu negara Dacca.

Dua dekad kemudian teori Dua Nasion terbarai apabila  Pakistan Timur bangun memberontak  dan mendirikan  Bangladesh dalam pada 26 Mac 1971.  Islam sebagai ideologi terbukti  gagal mengikat dua wilayah untuk menjadi sebuah Republik Islam.

Pada bulan  September 1978   Zulfikar Ali Bhutto masih dalam penjara.  Rakyat terus menekan mahukan pilihan aya dijalankan. Pilihanraya diuar-uarkan oleh Jeneral Zia hanya propaganda kosong. Rejim Jeneral Zia terus berjanji akan memulangkan pentadbiran negara kepada Parlimen.

Aku perhatikan di mana saja ada rapat umum  atau ceramah PPP puluhan ribu warga Pakistan akan datang. Ada naik bas, naik lori, berjalan kaki, ada naik baral – semua datang mahu mendengar  kempen politik sebelum pilihan raya. Para penyokong PPP memang ramai.  Kini PPP telah dipimpin oleh Begum Nusrat isteri  Zulfikar Ali  Bhutto.

Dari apa yang aku lihat jika pilihanraya diadakan PPP akan menang besar. 

Laungan – Roti- Kapra aur Maakan – makanan , pakaian dan tempat tinggal terdengar di setiap  rapat umum.  Malah ditembok-tembok sering aku nampak slogan ini  ditulis bersilang dengan sebilah pedang. Zulfikar dalam bahasa Urdu ialah pedang Saidina Ali. Justeru  Zulfikar Ali Bhutto adalah pedang PPP.

Sebagai orang luar aku perhatikan politik  semakin hangat. Dalam kampus pula persaingan antara garis kanan Islam  Jamiat Islami  dengan  garis progresif kiri amat sengit.  

Kumpulan Islam menyokong  tentera kerana junta tentera  General Zia  merapati Parti Jamiati Islami. Untuk terus mendapat sokongan Islam kanan  rejim Jeneral Zia  telah memasukkan Hukum Hudud ke dalam hukum kanun Pakistan.  Pelaksanaan Hukum Hudud meyakinkan  puak Islam  bahawa junta tentera ini wajib disokong. Jika pilihan raya diadakan  PPP  yang berbau sosialisme dan kiri pasti menang  besar.

‘ Ban karo.. ban karo... PPP zindabad..boikot tutup.. boikot tutup...PPP menang...’  Laungan ini selalu aku dengar.

Satu pagi ketika aku masuk ke dalam kampus untuk melihat  surat dari kawan-kawan aku ternampak pelajar sedang berhimpun di hadapan pejabat Naib  Canselor. Aku tidak tahu apa isu yang menjadi bantahan.

“ Ban karo... ban karo...’ Aku terdengar.

Kemudian aku ternampak satu kumpulan pelajar bertempiaran lari. Api menyambar. Kerusi   Naib Canselor telah ditarik keluar dari  pejabat dan dibakar.

Sehari kemudian aku  membaca  akhbar Inggeris  Dawn tentang Naib Canselor  Universiti Karachi. Profesor Ehsan Rasheed  ilmuwan lulusan Oxford Universiti  telah meletak jawatan akibat rusuhan  pelajar.

Bakar membakar ini aku  baca sebagai satu aksi politik  yang kerap berlaku di Pakistan. Ada kalanya bas dibakar, teksi dan rickshaw dibakar sebagai bantahan. Justeru aku tidak hairan apabila  kerusi Naib Canselor yang dibakar.

Populariti Bhutto terus melonjak.  Jeneral Zia makin terdesak. Gulungan Islam kanan dalam kampus mengembang pengaruh. Kumpulan Demokratik pula makin popular.  Kumpulan pelajar demokratik , liberal dan kiri ditentang oleh kesatuan pelajar Islam kanan – Jamiat Islami. 

Satu petang aku terdengar bunyi ledakan. Awalnya aku  rasa ini bunyi mercun. Ketika itu ada di hostel dengan kawan-kawan. Kemudian bunyi tembakan. Bunyi  tembakan pistol. Bunyi ledakan senapang patah.  Ini berlaku dalam asrama pelajar Pakistan yang tidak jauh dari asrama pelajar luar.

Aku ternampak beberapa pelajar Pakistan  berlari lari sambil menembak ke belakang dengan pistol. Aku tidak tahu siapa menembak siapa. 
Aku ternampak seorang anak muda  masuk ke pintu  asrama. Dia mengintai di belakang tembok. Aku nampak dia memegang pistol. Kemudian menembak  arah luar secara rambang.  Aku memerhati dari bilik asrama.

Lalu aku teringat akan berita tahun 1968 yang aku baca dalam Utusan Malaysia. Berita  tentang senjata ditemui dalam kampus.  Kali ini aku sendiri menyaksikan di hadapan mata.

Tembakan boleh didengar hingga ke senja. Aku mengundur diri. Entah siapa menembak siapa. 

Esoknya aku di 52B Haq Bahoo Plaza duduk  berehat. Tidak ada niat untuk masuk ke kampus Karachi Universiti.

Tertiba pintu aku di ketuk. Bila aku buka di gigi pintu berdiri Habib. Pelajar Pakistan dari kumpulan  Demokratik.  Habib amat rapat dengan pelajar Patani. Justeru Habib juga menjadi kawan baik aku.

‘ Isham... we need help... we need your help... they are looking for Raju...’ Habib meminta pertolongan dari aku untuk membantu Raju.

‘  Liberal student ...Hindu student... the fight yesterday... between Jamiat and Liberal  ....’  Habib menerangkan yang Raju ini pelajar Universiti Karachi yang beragama Hindu.

Bila Hishamuddin Rais berhadapan dengan keadaan ini Hishamuddin Rais tidak banyak songel dan tidak banyak soal jawab.

Aku yang masih diburu oleh pihak berkuasa tahu apa maknanya lari  untuk menyelamatkan diri.  Aku juga pernah menumpang di rumah setinggan, di rumah banglo, di kedai China – lari dari musuh yang sedang mencari.

‘ Habib... no worries... bring him... tonight...’  Aku menerima Raju dengan hati terbuka. Aku meminta Habib membawa Raju malam ini.

Seperti yang telah aku dan Habib rancang Raju datang bersendirian pada sebelah malam agar tidak diketahui oleh ramai orang. Kawan flet aku A.K Dangkor juga faham apa yang sedang berlaku. Dia tidak membantah adanya tamu ke B52.

Raju anak muda dua puluhan berasal dari Hyderabad Sindh. Siswa tahu tiga kuliah Politik dan Hubungan Antara Bangsa. 

‘ We are Hindus... still many Hindus in Sind... may parent refused to migrate to India during partition.... our land is in Hyderabad... we have big family in Hyderabad...’ Raju berkisah bagaimana Ayahandanya enggan berpindah ke India ketika pemisahan berlaku tahun 1947. 
Pada hemat aku  Raju ini pasti  anak orang berada kerana dia memiliki motosikal. Amat jarang pelajar memiliki motosikal di Karachi Universiti. Boleh dikira dengan jari.

‘ I plan to go back to Hyderabad... when the situation is safe...’ Raju merancang untuk bermotosikal kembali ke kampung yang  jauhnya 800 batu lebih dari Karachi.

‘ You can stay here until  safe....’ Aku tidak menghalang Raju untuk terus bermukim di bilik aku hingga keadaan selamat.

Selama empat hari Raju menginap di 52B. Apa aku makan dia makan. Anak muda perjuangan yang tak banyak cerewet.

Hari ke lima Raju minta diri dan beredar  dengan motosikalnya meninggalkan aku  di B52 Haq Bahoo Plaza. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/02/02/b52-haq-bahoo-plaza-karachi/



SENDIRI BERAMBUS DULU

 




Ramasamy mahu pengundi muda jadi agen perubahan 


PEMIMPIN DAP P Ramasamy mencabar pengundi muda dan baharu yang akan mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang untuk menjadi agen perubahan sebenar.

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkata pengundi ini mesti sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka, dan melibatkan diri dalam pemikiran yang betul untuk menyingkirkan mereka yang berselindung sebagai jaguh etnik dan agama.

“Pengundi muda mesti membuat keputusan sama ada mereka hanya akan menjadi penumpang dalam proses politik atau pengubah keadaan.

“Adakah pengundi muda bersedia untuk cabaran ini, bukan dalam PRN Johor sahaja tetapi dalam pilihan raya umum yang tidak lama lagi?

“Pengundi muda mempunyai potensi yang besar tetapi adakah mereka mampu menterjemahkannya kepada sesuatu yang bermakna untuk semua rakyat Malaysia?” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRN Johor akan menyaksikan penyertaan pengundi muda berumur 18 hingga 21 tahun selepas pelaksanaan Undi18.

 Ini bermakna kira-kira 750,000 pengundi baharu akan turun mengundi.

Ramasamy berkata tiada parti politik mampu mengabaikan jumlah pengundi baharu yang ramai ini, atau mengambil mudah sokongan mereka.

“Boleh dikatakan jika ketiga-tiga gabungan itu – Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan – boleh mendapatkan majoriti pengundi muda di pihak mereka, kemenangan muktamad mungkin berada dalam genggaman mereka.

Tetapi malangnya, belum ada kajian sistematik dibuat di Malaysia tentang bagaimana pengundi muda akan membuat keputusan dalam pilihan raya.

“Apa yang kita ada hanyalah pengalaman lalu yang mengatakan pengundi muda yang antigolongan berkuasa mungkin lebih suka mengundi parti atau gabungan pembangkang,” katanya. – 2 Februari, 2022.

WOIT

PUNDEK 

RAMASAMY

LU SENDIRI

BILA NAK

BERAMBUSS

AMIN

DULU LU

DESAK MADEY

LETAK JAWATAN

AMIN

SEKARNAG LU

MAU ANAK MUDA

BUAT PERUBAHAN

AMIN

PUKEE RAHAH LU

PUNDEK RAHAH LU

KHALAS

AMIN

LU SENDIRI

WAJIB BERAMUS

KHALAS