Selasa, 19 Julai 2022
SUARA TAMRIN GHAFAR
JANGAN TERLALU TAKSUB MEREBUT TAHTA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA
Selasa - 19/07/2022
( 1 - 18 )
1. Adalah satu kesilapan besar jika pemimpin masih beranggapan rakyat itu bodoh dan boleh terus dijadikan sebagai :
BATU LONCATAN
2. Rakyat sedar permainan sebahagian ahli - ahli politik dan konco - konconya yang menggunakan mereka untuk kepentingan diri dan keluarga akhirnya - apa yang mereka dapat sebagai balasan ialah dicampakan sedikit habuan seperti memberi gula - gula kepada kanak - kanak yang terus melalak dan mungkin memberontak
3. Sebenarnya sudah lama rakyat mendendam perasaan ; kebencian mereka terhadap kebanyakan ahli - ahli politik hanya umpama :
RETAK MENUNGGU
BELAH
4. Berlakun bagaimana pun rakyat tahu kebanyakan mereka ini masih tidak cukup - cukup dengan kekayaan yang sedia ada
5. Menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah sudah menjadi sebahagian darah daging mereka - mereka tidak merasa malu dan tidak takut kepada undang - undang dunia dan undang - undang ALLAH SWT - apakah dengan solat , berpuasa dan menunaikan Umrah dan Haji maka segala apa yang dilakukan oleh seseorang perasuah itu boleh diampunkan
6. Trend kebelakang ini jelas menunjukan setiap kali rakyat bising maka bantuan kewangan akan di beri , memang rakyat perlukan segala bantuan kewangan tapi yang penting ialah joran atau kail bukan setakat memberi ikan sahaja
7. Sikap Mahiaddin dan partinya BERSATU mengemukakan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri disaat
DAPUR MULA TAK BERASAP'
jelas MEMBUKTIKAN beliau dan Parti BERSATU nya sememangnya tidak peka dan sensitif terhadap apa yang sedang dihadapi rakyat dan negara
8. Kalau jawatan tersebut begitu penting mengapa ketika merampas kuasa dahulu beliau tidak pula membuat perlantikan tersebut , sebaliknya melantik beberapa orang sebagai Menteri Kanan atau Senior Minister ?
9. Samada Ismail Sabri Yaakub atau Mahiaddin Yasin benar , itu bukan menjadi kayu pengukur pada rakyat menentukan parti mana yang mereka akan pilih pada PRU akan datang
10. Rakyat sebenarnya sudah tahu memilih antara INTAN DAN KACA
11. Disini ada dua kesalahan besar yang diambil kira rakyat semasa menggundi nanti yang dilakukan Mahiadiin dan partinya , BERSATU :
i. Merampas kuasa dari Tun melalui LANGKAH SHERATON
ii. Mengutamakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan membuat tuntutan tersebut ketika rakyat sedang menderita umpama :
KAIS PAGI
MAKAN PAGI
KAIS PETANG
MAKAN PETANG
12. Ada 2 pendekatan yang boleh dilakukan Mahiaddin jika sekiranya tuntutan tersebut tidak dilayan :
i. Menarik sokongan atau apa yang pernah dikatakan beliau 'Press The Button' terhadap Kerajaan yang ada ini - ini bermakna Parlimen dibubarkan dan Pilihanraya Umum yang baru perlu diadakan - soalnya adakah beliau berani memandangkan ramai Ahli Majlis Tertinggi BERSATU kini menjawat jawatan Menteri , Timbalan dan Pengerusi GLC
ii. Meletak jawatan Pengurusi/ Presiden Parti BERSATU secara terhormat sebelum diturunkan
13. Selepas ini Mahiaddin bolehlah balik ke pangkuan Nika Gee dan Azmin pula mencari pasangan lelaki baru jika sekiranya Haziq Aziz tidak lagi berkenan dihati
14. Inilah nasib apabila sesaorang Perdana Menteri itu BUKAN pilihan rakyat tetapi kehendak Agong
15. Harga barang - barang keperluan tidak terkawal , mata wang negara merudum , pelabur - pelabur lari ke negara - negara jiran yang mengakibatkan jumlah pengganguran bertambah , indeks jenayah terus meningkat begitu juga amalan rasuah menjadi - jadi dan Malaysia kini dikenali sebagai pusat pendatang haram dan dadah
16. Rakyat perlukan pembelaan ; bantuan RM100 ke RM300 bagi Kumpulan B40 hanya gimik politik bagi meraih sokongan sahaja - realitinya rakyat mahu penyelesain jangka panjang tapi mereka yang bukan termasuk dalam kategori B40 , dimana pembelaan bagi mereka ?
17. Bagi tujuan tersebut orang yang mempunyai pengelaman luas walaupun ada yang tidak gemar dengan beliau ialah Tun Dr. Mahathir
18. Tidak ada apa yang diperlukan beliau melainkan menyumbang bakti terakhir kepada rakyat dan negara sebelum beliau menutup mata kali terakhir, Wallahualam!!
Wassalam
Terima Kasih
SEMUA DI TIMPA BALA
TAK AMBIL POT
AMARAN INI
KITA SEMUA
DI TIMPA BALA
MALAPETAKA
CUACA
AMIN
Unknown commented on
"AMARAN TERAKHIR"
Amaran terakhir dah jd mcm amaran dari scammer je. Amaran terakhir notis writ and seizure sudah dikeluarkan oleh mahkamah. Sila talipon En Mansur ditalian .....
BAGUS - INI KERJA BETUL
Pemimpin PKR lapor polis beramai-ramai ke atas Najib kes RM67.5 bilion
PEMIMPIN dan ahli PKR membuat laporan polis di seluruh negara terhadap dakwaan kecuaian Najib Razak berkaitan tuntutan RM67.5 bilion oleh waris Sultan Sulu terhadap aset milik Petronas.
Laporan itu menyebut kecuaian bekas perdana menteri itu dalam menghalang tuntutan mahkamah selepas pentadbirannya menghentikan bayaran ke atas waris kesultanan berkenaan pada 2013.
Ia menggesa siasatan dibuat bagi menentukan kecuaian dilakukan Najib mengikut Akta 574 Kanun Jenayah dan peraturan-peraturan mengikat penjawat awam dalam perkhidmatan.
Laporan itu juga menyebut peruntukan Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk siasatan ke atas Najib.
Menurut laporan itu, Najib sepatutnya “memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.”
Waris kesultanan berkenaan dilaporkan memulakan tindakan saman melalui notis dihantar kepada pejabat Najib beliau pada 2 November 2017 semasa beliau masih menjadi perdana menteri.
Usaha membuat laporan itu itu diketuai Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli di Balai Polis Setiawangsa yang membuat laporan bersama ahli Parlimen kawasan itu Nik Nazmi Nik Ahmad.
Turut hadir bersama mereka bekas ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah.
Laporan polis sama ke atas Najib dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil di balai kawasannya.
Fahmi menjangkakan ratusan laporan polis akan dibuat anggota dan pimpinan PKR berkaitan perkara itu hari ini.
“Sukar dijangka (bilangannya) tapi mungkin beratus, kalau tak silap saya saya lihat ada ketua cabang buat laporan polis pada sebelah petang dan sekarang di tempat lain.
“Di Kuala Lumpur sekurang kurangnya mungkin belasan laporan polis dibuat,” kata Fahmi, yang juga ketua cabang PKR Lembah Pantai.
Ketua Angkatan Muda PKR Adam Adli juga turut membuat laporan sama bersama anggota sayap pemuda PKR itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurutnya, terdapat beberapa laporan polis lagi yang dibuat di IPD Sentul, Bandar Tun Razak, dan di Shah Alam.
“Dengan usaha digerakkan ini kita harapkan pihak berkuasa dapat buat siasatan pastikan kota tegakkan benda yang betul,” kata Adam.
Usaha itu menyahut saranan Rafizi dalam ucapan di kongres parti itu minggu lepas.
Draf laporan polis tersebut dikongsi beliau di pelantar media sosial Rafizi. – 19 Julai, 2022.
BAGUS
INI BARU
KERJA POLITIK
YANG BETUL
AMIN
TAK PAYAH
GADUH SAMA
SENDIRI
AMIN
LAWAN MUSUH
KAU KAU
AMIN
LEPAS INI
SUSUN DEMO
TURUN RIBU RIBU
KE JALAN RAYA
BUKAN HANYA
BELA BELAS
KE BALAI POLIS
AMIN
TAK TURUN
JALAN RAYA
TAK MENANG
PILIHAN RAYA
AMIN
KHALAS
PERTANYAAN PERLU JAWABAN
Tuntutan Sulu: Kerajaan diterajui Najib sepatutnya ada mekanisme elak dikenakan tindakan
KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Tuan Haji Najib Al-Altantuya yang menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu adalah disebabkan negara ini tidak pernah mengiktiraf pihak terbabit termasuk tiada bukti pewaris takhta yang sebenar.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana isu tuntutan tersebut telah dibawa hingga ke peringkat mahkamah antarabangsa.
“Kalau tiada waris yang sah, bagaimana kita boleh nampak kes tersebut dibawa hingga ke mahkamah antarabangsa dan menyebabkan berlaku penangguhan bayaran seperti sekarang ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Adam tidak menafikan sekiranya benar dakwaan Najib berkenaan isu waris Kesultanan Sulu itu, masih terdapat langkah lain bagi mengelakkan negara ini diambil tindakan oleh pihak terbabit.
“Sekurang-kurangnya kalau pun begitu (tiada waris yang sah), seharusnya ada tindakan susulan atau mekanisme oleh kerajaan pada ketika itu juga apabila mula menghentikan bayaran. Kerajaan perlulah ada langkah yang diambil bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan segera dijalankan terhadap Najib yang didakwa menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan waris tersebut berjumlah RM67.5 billion.
“Kecuaian yang berlaku ketika Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu perlu disiasat mengikut peruntukan Kanun Jenayah Akta 754, Perkara 132 (Perkhidmatan-perkhidmatan Awam) dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk tentukan unsur kecuaian Najib yang merugikan rakyat dan negara,” ulasnya.
Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Tuan Haji Najib Al-Altantuya atas kecuaiannya dalam tuntutan waris Kesultanan Sulu.
HANYA SATU
PERTANYAAN
AMIN
JIKA SABAH
BUKAN MILIK
SULTAN SULU
KENAPA SELAMA INI
HINGGA 2013
KITA BAYAR DUIT
PAJAK PADA
WARIS DIA
AMIN
KENAPA BAYAR
KALAU SABAH
INI NEGARA KITA
AMIN
KHALAS
NASEHAT DARI PENGALAMAN
NASEHAT DARI
PENGALAMAN
AMIN
KHALAS
"TUNGGU 26 OGOS 2022"
Kalau hilang kad pengenalan sebab kecuaian sendiri terus pergi ke jpn. Sila bayar denda. Kalau hilang kad pengenalan sebab curi samun jenayah kebakaran dan bencana alam baru buat laporan polis. Bawa salinan repot ke jpn supaya tak didenda. Itu senario Last sekali bila saya hilang kad pengenalan.
NANTU DIPEREEKSA
NANTI
GUA PEREKSA
AMIN
Unknown commented on
"TUNGGU 26 OGOS 2022"
Bro sila Jaga2 kalau mau usik sarang tempua bersarang rendah. Mungkin dekat situ ada sarang tebuan atau ular berbisa. Samaada ianya mitos atau fakta berhati hati lebih baik sebelum lakukan sesuatu.
SATU FATWA YG MASUK AKAL
SATU FATWA
YG MASUK AKAL
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PAKAI KONDOM"
Kah kah kah... Aku sokong sangat.... Mengikut kajiang aku kepala kote yang dikhatan memang sentiasa inginkang puki berbanding kepala kote ciptaan tuhang. Dalam kitab arab lama ada tertulis yang tuhang melaknat orang orang yang menggubah ciptaan tuhang...
Memotong kulit perlindungan kepala kote itu dengan jelas perbuatan menggubah ciptaan tuhan... Lu pukirlah... Umat melayu semua potong kote...depa langsung tak ikut kitab mereka... Punggah...
SATU TAFSIRAN
SATU
TAFSIRAN
AMIN
Unknown commented on
"TUNGGU 26 OGOS 2022"
BRO JIKA KITA INGAT KITA SEMUA INI GILA MAKA MISTERI AKAN MENGHILANG DAN HIDUP MENJADI JELAS dengan sebab isham rais gila lah dia dan kawan-kawan boleh merentas hutan bukit tangga. amin.
BERITA TIPU RAKYAT
Pengilang diberi masa dua minggu turunkan harga minyak masak
KUALA LUMPUR – Harga minyak masak tulen botol yang melambung lebih 40 peratus daripada harga siling sebelum ini dijangka turun sebanyak 10 peratus dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa, sasaran itu dibuat dalam mesyuarat hari ini susulan penurunan harga komoditi itu.
Harga minyak masak ‘dua darjat’ demi untung lebih
MELAKA – Tindakan sebuah kedai runcit menjual minyak masak bersubsidi pada harga ‘dua darjat’ akhirnya membawa padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di sini hari ini.
Dalam serbuan jam 11 itu, peniaga di Tanjung Minyak itu didapati menjual minyak masak paket satu kilogram pada harga RM2.50 untuk peniaga manakala RM3.50 untuk pengguna, 40 peratus lebih tinggi daripada harga ditetapkan iaitu RM2.50.
Sikap monopoli pembeli punca minyak masak paket sering habis – Peniaga
GEORGE TOWN – Peniaga kedai runcit sekitar negeri ini mendakwa bekalan minyak masak paket cepat habis disebabkan sikap pelanggan yang suka membeli melebihi had yang ditetapkan.
Peniaga turut mendakwa, mereka juga kini berdepan situasi barangan runcit tidak terjual sekiranya minyak masak paket habis terjual di kedai mereka.
WOIT
SEMUA INI
BERITA NAK
TIPU ORANG
RAMAI
AMIN
NAK PUTAR
KEADAAN
AMIN
MALAYSIA NEGARA
PENGELUAR MINYAK
TERBESAR DLM DUNIA
TAPI HARGA UNTK
PENDUUDK MAHAL
KENAPA ?
AMIN
INI TIDAK
DITERANGKAN
DGN TUNTAS
PADA RAKYAT
AMIN
INI WATAK
SISTEM SEKONOMI
KAPITALIS
AMIN
UNTUNG
DIUTAMAKAN
BUKAN
KESEJAHTERAAN
ORANG RAMAI
AMIN
LAWAN SISTEM
KAPITALIS IALAH
SIASTEM EKONOMI
SOSIALIS
AMIN
BUKAN UNTUNG
DI UTAMAKAN
TAPI KEBAJIKAN
RAKYAT
AMIN
LADANG & KILANG
MILIK KERAJAAN
SEMUA BEKERJA
UNTUK ORANG
RAMAI
AMIN
ORANG TENGAH
TOWKAY
ISAP DARAH
TIDAK WUJUD
AMIN
KAUM PEMODAL
YANG BUAT UNTUNG
DARI TENAGA ORANG
LAIN AKAN DIBUNUH
AMIN
SAPA BEKERJA
DIA DAPT MAKAN
SAPA TAK KERJA
TAK DAPT MAKAN
AMIN
SEMUA
PUNCA EKONOMI
MILIK KERAJAAN
AMIN
MILIK KERJAAN
MAKNYA MILIK
ORANG RAMAI
AMIN
ORANG RAMAI
YANG MISKIN
DI MALAYSIAA
ORANG MELAYU
AMIN
SISTEM SOSIALIS
BAIK UNTUK
ORANG MELAYU
SISTEM KAPITALIS
DI MILIKI CHINA
BURUH BANTING
TULANG
TOWKAY JADI KAYA
AMIN
KHALAS
PRU15 BUAT SEKARANG !!!
Utamakan rakyat dulu, bukan PRU15, kata ahli Parlimen pembangkang
KERAJAAN harus mendahulukan keperluan rakyat terlebih dahulu sebelum pilihan raya umum diadakan, kata ahli Parlimen pembangkang.
Kedudukan dan kuasa tidak sepatutnya jadi keutamaan ketika ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup membelenggu hidup rakyat, tambah mereka.
Menurut pembangkang hanya kumpulan tertentu yang digelar ‘kluster mahkamah’ yang mendesak pilihan raya diadakan segera, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Kata pengkiritik dan pemerhati politik dua individu inilah yang mengetuai kluster mahkamah Umno yang bertalu-talu menggesa pilihan raya umum dipercepatkan.
Menurut pengkritik, pilihan raya awal yang mana Umno yakin Barisan Nasional (BN) akan menang berdasarkan kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya negeri di Melaka dan Johor, akan membolehkan kes kluster mahkamah selesaidan kembali menguasai Putrajaya.
Ahli Parlimen pembangkang bagaimanapun berkata selagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada September 2021 lalu belum tamat selagi itulah semua pihak perlu mematuhinya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu The Malaysian Insight tiada keperluan PRU15 diadakan tahun ini kerana yang mendesak hanyalah golongan kluster mahkamah.
“Mereka cuba jadikan kemenangan di Melaka dan Johor untuk menarik sokongan supaya PRU15 diawalkan.
“Supaya dengan harapan Umno akan menang dan mereka (kluster mahkamah) akan bebas daripada hukuman. Itulah agenda sebenarnya,” katanya.
Tambahnya kecuali golongan itu, wakil rakyat lain dalam Umno dan BN serta PH sendiri berpandangan apa yang lebih penting pada masa ini adalah memastikan kebajikan rakyat terjaga lebih-lebih lagi ketika ekonomi tidak menentu akibat tekanan inflasi dan kos sara hidup yang meruncing.
“Tiada keperluan pilihan raya diadakan sekarang ketika negara sedang menghadapi krisis yang memerlukan penyelesaian segera.
“Rakyat tak cukup makan, dan inilah isu utamanya sekarang.
“Nak dapatkan kerja pun susah, kalau ada pun gajinya rendah.
“Jadi tak masuk akal untuk awalkan pilihan raya. Ada perkara lain yang lebih mendesak,” ujarnya, menambah pilihan raya seelok-eloknya diadakan selepas penggal Parlimen ke-14 tamat pada Julai tahun depan.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim juga berkata gabungan itu tidak mahu terbabit dengan strategi Umno yang mendesak PRU-15 diadakan segera. Anwar juga berkata beliau tidak mahu pembangkang dilihat tidak menumpukan kepada isu-isu rakyat.
Perkara itu akan disampaikan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, katanya pada sidang media kelmarin.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata pihak yang mendesak PRU15 diadakan segera tidak sensitif dengan kepayahan rakyat.
“Di kawasan saya kami sediakan bakul makanan kerana kami lihat ramai yang memerlukannya.
“Yang mendesak cepatkan pilihan raya ini ada motif tersembunyi. Sudah terang lagi bersuluh, jadi kenapa mesti sokong mereka?” katanya.
Pengarah komunikasi PKR itu menambah, MoU yang ditandangani dengan kerajaan juga jelas menyatakan PH tidak akan meluluskan sebarang desakan usul undi percaya terhadap kerajaan.
“Kalau ada usul, PH tidak akan ambil bahagian dalam apa sahaja usaha untuk menjejaskan kestabilan kerajaan. Selagi MoU belum tamat, semua pihak perlu akur dan mematuhinya.
“Yang pasti PH patuh pada perjanjian kami,” ujar Fahmi.
Katanya lagi ada beberapa pemimpin Umno yang mencetus persepsi bahawa MoU tersebut tamat pada 31 Julai ini.
“Sebenarnya MoU tamat apabila Parlimen bubar. Jadi selagi MoU belum tamat kena patuhlah.”
Dan pendirian supaya PRU15 tidak diadakan segera bukanlah bermaksud PH tidak bersedia atau tidak yakin, katanya.
“Banyak yang telah kami lakukan sejak tiga tahun lalu. Rakyat sedang cuba untuk bangkit semula dari impak pandemik Covid-19, cari rezeki dan selesaikan hutang.
“Saya percaya pilihan raya elok diadakan tahun depan selepas Tahun Baru Cina. Harap-harap pada masa itu ekonomi bertambah baik,” jelasnya. – 19 Julai, 2022.