Selasa, 13 September 2022
DUIT DAH MASUK KE BELUM ?
PM 'terbuka' PRU15 tahun ini,
akan dibincang sebelum
pembentangan bajet
Perbincangan antara lima pemimpin tertinggi Umno bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail yang juga Naib Presiden Umno berkata tempoh untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini masih terbuka dan tarikh itu akan ditentukan selepas mesyuarat lima pemimpin tertinggi Umno.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap keputusan mengenai PRU akan dibuat selepas perbincangan lima pemimpin tertinggi Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Ketika ditanya sama ada perbincangan itu akan diadakan sebelum atau selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini di Dewan Rakyat, Ismail Sabri berkata perkara itu masih belum ditentukan.
“Perbincangan boleh dibuat secepat mungkin atau mungkin lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023," kata beliau.
Lima pemimpin tertinggi Umno itu merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden parti iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail sendiri.
KUNCI PRU15
BUKAN BULAN
BERAPA DI ADAKAN
AMIN
KUNCINYA
BERGANTUNG
APAKAH
2 BILION RM
DAH ADA DALAM
TANGAN SABRI
AMIN
APAKAH CUKONG
DAH BERI DUIT
AMIN
APAKAH TOWKAY
GENTING DAH
BERI SALAM
KAH KAH KAH
INI SEBENARNYA
KUNCI BILA
PRU15 BERJALAN
AMIN
KHALAS
TEORI POLITIK KUDA KAYU
TEORI POLITIK
KUDA KAYU
AMIN
KHALAS
cikminah commented on
"MADEY KAYAKAN CUKONG"
MUDA dikatakan Trojan Horse Tun Mahadir, Zahid Zabidi pulak, Trojan Horse Anwar Ibrahim. Bukankah Zahid pernah berkomplot dgn Anwar untuk jatuhkan Ismail Sabri dan naikkan Anwar jadi PM, tapi malang nya tak dapat restu dari Allah. No Kunfayakun untuk Anwar, so kenalah buat Plan B.Pelan B ni ialah Trojan Horse memecah belahkan umno dari dalam supaya HARAPAN boleh menang dgn mudah dan Anwar diistihar jadi PM. Nampaknya Majlis Tertinggi UMNO terperangkap dengan permainan licik ini, apatah lagi ada rasa cemburu dan tamak haloba di kalangan pemimpin umno.
Terus Mat Hassan istihar mahu rampas REMBAU dpd KJ yg dilihat berpotensi jadi PM dgn kerja-kerja cemerlangnya di Kementerian Kesihatan. Mujur KJ tidak melenting seperti yg diharap kan. He plays it cool, sebaliknya Mat Hassan yg nampak jahat! Hahahaha...🤣 Sementara dari luar askar cyber PKR terus menerus serang KJ dgn macam-macam innuendo. Antaranya, dia kebas berjuta-juta duit komisin pelalian COVID19 atau dia dah jadi Mat ketom. Kahkahkah. Weiii...ini zaman cyberlah. Kalau betul KJ ada kebas duit juta-juta tunjukkanlah bukti pergerakan duit masuk ke akaunnya.
INGATAN UNTUK SEMUA MENTERI & YB
Najib kekal dirawat di hospital kerajaan, kata Khairy
NAJIB Razak akan terus dirawat di hospital kerajaan dan bukan di hospital swasta, sesuai dengan peraturan yang ditetapkan dan terpakai bagi banduan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menafikan dakwaan kononnya Najib akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut, seperti yang disebut oleh peguamnya
“Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.
“Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib, untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib,” kata Khairy seperti dipetik media.
Khairy juga memberitahu Najib dalam keadaan stabil seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Rohana Johan.
Khairy juga berkata laporan ujian kesihatan yang dibuat oleh hospital akan diserah kepada Najib dan mahkamah bagi mengelak sebarang pertikaian pada masa akan datang.
Peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini berkata Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah mungkin akan dirujuk ke IJN.
IJN adalah sebuah entiti swasta iaitu badan yang dikopratkan di bawah Kementerian Kewangan.
Khairy juga memberitahu dua rundingan dengan keluarga Najib sudah dibuat yang turut disertai isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.
Menurut Khairy, beliau terpaksa menjelaskan kedudukan isu kesihatan Najib selepas ia menjadi isu umum dan melibatkan integriti Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, Khairy juga berkata pihaknya memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan dan bukan hanya Najib seorang.
Khairy juga menjelaskan ubat Najib yang didakwa ditukar oleh pihak hospital adalah ubat sama tetapi kain jenama.
“Ubatnya sama (cuma) dulu ia dibeli di hospital swasta, bila (menerima rawatan) di HKL, kita ada ubat-ubatan di hospital kerajaan yang turut mempunyai formula yang sama macam ubatnya sebelum ini.
“Contohnya macam panadol, kita ada ubat lain macam paracetamol (PCM) yang fungsinya sama. Jadi tuduhan yang kata ubat ditukar itu adalah tidak tepat,” katanya.
Semalam ahli keluarga Najib dan pegawainya mendakwa tekanan darah bekas perdana menteri tinggi kerana ubatnya untuk masalah ulser dalam perut ditukar. – 13 September, 2022.
NAJIB BANDUAN
WAJIB KE HOSPITAL
KERAJAAN
AMIN
KALAU TAK
PUAS HATI
MASA JADI PM
MENGAPA TAK
LENGKAPKAN SEMUA
PERALATAN
HOSPITAL KERAJAAN
AMIN
YB & MENTERI
SEKARANG
WAJIB BERJUANG
UNTUK HOSPITAL
YANG BAIK &
PENJARA YG BAIK
AMIN
TAK TAHU SAPA
AKAN MASUK
NANTI
AMIN
KHALAS
PERSOALAN PERLU PEMIKIRAN
PERSOALAN INI
PERLU
PEMIKIRAN
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY KAYAKAN CUKONG"
Antara monster dengan seorang yang mencipta monster,, siapakah yang lebih berbahaya? Antara perasuah, pemakan rasuah dengan seseorang yang mencipta peluang kepada perasuah dan pemakan rasuah,siapakah pulak yang berbahaya? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak sistem nak patah balik mcm mana? Kahkahkah
BELUM SAMPAI SEBULAN
Najib tidak sihat, hakim tangguh perbicaraan 1MDB
PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilapangkan hari ini selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi mendengar hari ini.
Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib dimasukkan ke hospital semalam.
““Najib telah jatuh sakit dan beliau kini dimasukkan ke wad di HKL sejak semalam. Saya diberitahu setakat pagi ini pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi, ujian tertentu akan dilakukan ke atas beliau yang mungkin mengambil masa beberapa hari lagi.
“Yang pasti, hari ini cuti Yang Arif, saya rasa esok juga mungkin beliau tidak dapat hadir.” kata Shafee kepada mahkamah hari ini.
Shafee juga berkata Najib tidak diberikan sijil sakit kerana dia dimasukkan ke wad.
Shafee turut mendedahkan Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) lewat hari ini untuk pemeriksaan lanjut.
Hakim Sequerah membenarkan penangguhan itu hari ini.
Beliau bagaimanapun mengarahkan mahkamah bermesyuarat pada pukul 2.30 petang esok bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi Najib sebelum membuat keputusan lanjut.
Ketika ditemui akhbar, Shafee menjelaskan tekanan darah Najib didapati tidak stabil tanpa sebab yang jelas.
“Beliau mengalami masalah kesihatan, kerana tekanan darahnya didapati turun naik. Puncanya tidak dapat dikesan jadi mereka sedang melakukan yang terbaik,” katanya.
Perbicaraan Najib semalam juga ditangguhkan pada waktu makan tengah hari apabila Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram memberitahu hakim Sequerah beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara keadaan Najib “agak teruk”.
“Ubat tekanan darah tertuduh ditukar dan ia memberi kesan buruk.
“Saya dimaklumkan keadaan Najib agak teruk, tetapi beliau bersedia untuk berada di sini (untuk perbicaraan) sehingga 12.30 tengah hari. Menjelang jam 2 petang beliau perlu dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor,” katanya.
Semalam anak perempuan Najib Nooryana Najwa menyiarkan di Instagram menyatakan permintaan bapanya dinafikan untuk diletakkan di bawah pemerhatian oleh doktor di HKL.
Beliau berkata Najib membuat permintaan itu selepas menjalani prosedur skop pada Sabtu, di mana beliau dikatakan mengalami pelbagai ulser perut.
“Semasa skop dibuat doktor di HKL juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan ulser itu terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan,” tulisnya di Instagram semalam.
“DSN (Najib) minta pemerhatian di HKL tetapi dinafikan, doktor discaj dan hari ini (semalam) DSN hadir di mahkamah.
“Doktor juga menukar ubatnya daripada yang biasa dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.
“Pagi tadi (semalam) ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan tekanan darah DSN adalah sangat tinggi berpotensi disebabkan oleh perubahan dalam ubat yang diberikan,” katanya.
Lewat petang semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Najib hanya dibenarkan keluar dari HKL oleh pakar kerana berada dalam keadaan sihat.
Beliau juga berkata Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lepas atas kes elektif, bukan kecemasan dan dikendalikan oleh pakar bertauliah terdiri daripada ketua bidang masing-masing.
Noor Hisham berkata HKL turut mengadakan dua persidangan keluarga, yang dihadiri bekas perdana menteri dan ahli keluarganya.
Beliau berkata keputusan ujian yang dijalankan ke atasnya telah diberikan kepada mereka semasa pertemuan itu selaras dengan amalan perubatan profesional, sebelum beliau dibenarkan keluar.
Malam tadi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan memberi rawatan terbaik kepada Najib untuk kesihatannya.
Ahli Parlimen Bera itu melalui Twitter menyatakan beliau dimaklumkan mengenai keadaan ahli parlimen Pekan itu.
“Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk memberikan rawatan terbaik yang beliau perlukan.
“Saya berdoa agar beliau cepat sembuh,” tulisnya di Twitter. – 13 September, 2022.
APAKAH INI
TEATER ?
AMIN
INI BUKAN TEATER
INI BETUL SAKIT
AMIN
NAJIB ANAK
ORANG KAYA
TAK BIASA SUSAH
SEMUA DISEDIAKAN
AMIN
HIDUP TAK
PERNAH SUSAH
AMIN
KINI DALAM SEL
SEORANG DIRI
PASTI JATUH SAKIT
AMIN
LALU SOALAN
TIMBUL:
BELUM SATU
BULAN DAH SAKIT
10 TAHUN
BAGAIMANA ?
AMIN
KHALAS
JANGAN BUAT KERJA LOKMAN ADAM
SAMAN
LOKMAN ADAM
INI KERJA
LOKMAN ADAM
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"TAK PERLU SAMAN"
Nak jd PeeM kenalah buat muka tebal. Musti kalis kecam kalis kutuk mcm selitberiti sosial media. Lagi ramai kutuk lg banyak dapat hits lg femes dan trending kat carta teratas skali. Kalu PeeM saman lokman adam org kena saman yg femes nanti. Sbb tulah saman NYT hari selasa tak sampai sampai. Nak jd PeeM bukan saje buat muka tebal masa pegang jawatan dah kena buang dan jd banduan pun kena buat muka tebal dua kali.
JANGAN SUSAHKAN PENGUNDI
JANGAN SUSAHKAN
PENGUNDI
AMIN
KHALAS
Hudbenseman commented on
"JANGAN
SUSAHKAN PENGUNDI"
Kalau ko tanya aku, aku on je ramai2 calon. Aku pun on jugak kalau politik tak stable macam sekarang. Dah berpuluh tahun stable je, tapi melingkup jugak. Baik macam sekarang, yang paling penting PM hati kering. Kau boleh nak pau, kau boleh nk deal tapi akhirnya dia buat dekkkkk je. Kahkahkahkah
Unknown commented on
"JANGAN
SUSAHKAN PENGUNDI"
Apa plak bro?.... Bagus la ramai. 8 pun takdak hal. Lu xbuat kerja sepenggal sajalah lu jadi yb.
JANGAN MENCURI !!!
KAYA TAK SALAH
JANGAN MENCURI
MENIPU MERASUAH
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MOTIVASI CEPAT KAYA"
Budaya nak kaya tak salah, kerja kuat himpun duit, nak kaya nak miskin lu punya pasal, tak ada halang, tak payah sibuk tak busing, kah kah tapi tapi tapi nak kaya curik duit orang, tipu duit orang, rompaj hasil peluh orang, maka tak kira baginda Queen atau Tin Tun atau sesiapa saja akan kena sepatu, kah kah nak bagi gelaran kepasa pencuri, perompak, kepala gangster ITU dia orang punya pasal, sebab yang bagi pun sama perangai kah kah kah hanya
SUARA TAMRIN
MELAYU MUDAH LUPA - INI KAH PERJUANGAN UMNO SEKARANG INI?
Tamrin Tun GhafarSelasa - 13/09/22
1. Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru - baru ini ialah
'HIDUP NAJIB'
'MALU APA BOSS
KU'
'BEBAS KAN NAJIB'
perhimpunan ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan yang terdiri dari 3 Hakim dan Mahkamah Tinggi terdiri dari seorang Hakim yang mendapati Najib telah melakukan rompakan RM42 juta
1. Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru - baru ini ialah
'HIDUP NAJIB'
'MALU APA BOSS
KU'
'BEBAS KAN NAJIB'
perhimpunan ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan yang terdiri dari 3 Hakim dan Mahkamah Tinggi terdiri dari seorang Hakim yang mendapati Najib telah melakukan rompakan RM42 juta
2. Bagi menguatkan lagi hujah , 2 peguam , Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim turut berucap selain dari beberapa ahli keluarga dan seorang Ahli Parlimen
3. Najib didapati bersalah dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta
4. Sementara mendapat jawapan rayuan pengampunan dari Agong dan 'review' , Najib dikatakan berada di Penjara Kajang sebagai salah seorang banduan
5. Walaupun Pengarah Penjara telah menafikan bahawa Najib di beri 'LAYANAN ISTEMEWA' namum ramai yang maseh mempersoalkan kenyataan atau penafian tersebut
6. Mahkamah juga mendapati Rosmah Mansor , isteri Najib bersalah , dan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta
7. Selepas Rosmah , giliran Bung Mokhtar Radin dan isteri kedua beliau , diikuti Azeez Rahim atau Azeez Keling dan Zahid Hamidi yang menghadapi 87 pertuduhan
8. Tidak mustahil ramai lagi pemimpin - pemimpin UMNO akan diheret ke Mahkamah
9. Yang menjadi PERSOALAN apakah ini perjuangan UMNO kini berbanding dengan UMNO dimasa dahulu dimana mereka berkumpul demi menjaga Hak Melayu BUKAN diperalatkan untuk kepentingan Najib , Presiden UMNO dan yang lain
10. Sebenarnya UMNO sudah rosak di sebabkan :
CASH IS KING
11. Sebahagian besar ahli UMNO telah 'di beli' oleh Najib samada secara terus ( direct ) mahupun melalui 'balaci' beliau yang akhirnya berjaya menjadikan UMNO itu hak peribadi beliau
12. Walaupun sebahagian besar orang Melayu 'lapar' namun majoriti mereka MENOLAK UMNO pada Pilihanraya Umum ke 14 yang diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018
13. Tun Dr. Mahathir sudah pun membuat ramalan 30 tahun dahulu bahawa pada tahun 2020 atau mungkin awal lagi , orang Melayu akan menolak UMNO kerana amalan rasuah , dan pentingkan diri dan keluarga
14. Tun Ghafar Baba ( Al Fatehah ) juga pernah menyuarakan kebimbangan yang sama terhadap apa yang akan menimpa UMNO
15. Hairan bagaimana Tok Guru Nik Aziz ( TGNA ) ( Al Fatehah ) menyebut 2 nama , Najib dan Zahid dalam doa beliau
16. Dalam suasana dimana Najib dan yang lain sedang dan mungkin di penjarakan juga , kita tidak boleh lupa peranan 5 orang wanita :
i. Rosmah Mansor - gila jawatan dan rasuah
ii. Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang beroperasi dari London - orang pertama yang membongkar penipuan 1MDB
iii. Loretta Lynch - Peguam Negara Amerika Syarikat yang telah berjaya menggumpul dan memulangkan USD 1.2 Billion kepada Kerajaan Malaysia
iv. Mary Ann Jolley - pemberita Al Jazerra - walaupun pernah diusir keluar negara oleh Najib namun akhirnya berjaya menemubual Najib sehingga hilang 'control' , dan lari
v. Tun Tengku Maimun Tuan Mat , Ketua Hakim Negara bersama 2 Hakim wanita dan 2 Hakim Lelaki menjatuhkan Hukuman muktamad dan mempenjarakan Najib
17. Najib , Rosmah dan yang lain BERNASIB BAIK kerana 'crime' yang dilakukan mereka adalah dinegara ini ; jika di Saudi Arabia atau Negara - Negara Islam di Timur Tengah , samada dipotong tangan atau leher mereka di pancung ; di Negara Komunis China , hukuman pesalah ialah tembak mati
18. Watak Najib dan Rosmah sama seperti pasangan suami isteri Bonnie and Clyde yang akirnya terpaksa ditembak mati oleh sepasukan polis Amerika Syarikat
19. Sudah mula kedengaran :
'JIKA TIDAK MEROMPAK , MENCURI DAN RASUAH , BUKAN UMNO NAMA NYA'
20. Idris Ahmad , Naib Presiden PAS yang kini BERSEKONGKOL dengan UMNO dalam Kabinet pernah menuduh :
'UMNO , SIANG BELA MELAYU ,
MALAM JUAL MELAYU'
21. Kedua - dua kenyataan itu tidak mustahil ada kebenaran nya
22. UMNO maseh di tokok lama ; TIDAK PERCAYA jika dikatakan UMNO akan gagal sekali lagi , dan akan MELENTING jika di tuduh Parti ini sudah rosak akibat di selubungi RASUAH
23. UMNO akan cakap dan lakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang termasuk yang terbaru anak Najib sanggup MENYAMAKAN beliau dengan Nabi Allah Yusof dan Nelson Mandela
24. Nabi Yusuf digoda oleh isteri pembesar Mesir bernama Aziz sedangkan Nelson Mandela adalah PEJUANG Kulit Hitam di Afrika Selatan yang menentang Dasar Kulit Puteh - Aperthaid
25. Nabi Yusuf dan Nelson Mandela di penjarakan BUKAN kerana mencuri harta rakyat seperti Najib dan Rosmah tetapi atas dasar BERJUANG UNTUK RAKYAT
26. Sebelum terlupa , suami pertama Rosmah juga bernama Aziz seperti nama suami Zulaika
26.. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH MENGHARAPKAN UMNO MEMBELA NASIB MEREKA ; UMNO HANYA PANDAI BERPURA - PURA MENJELANG PILAHANRAYA
27. UMNO yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga kini umpama bas usang dimana hampir kesemua alat ganti rosak ; tambah pula ia di pandu oleh Wak Jawa yang mungkin terlebih minum air ketum
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
28. Dalam keadaan begini di bimbangkan susah untuk sampai ke destinasi , dan amat merbahayakan penumpang
29. Dari segi keselamatan ada lah lebih baik kesemua penumpang didalam nya turun dan menunggu keanderaan dan pemandu yang lebih baik untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat
Wassalam
Terima Kasih
Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar
September 12, 2022
BODOH BUKAN JENAYAH
Pas berangan akan menang 40 kerusi Parlimen – Shaiful
KUALA LUMPUR – Ramalan Pas akan memenangi 40 kerusi Parlimen atau 50 peratus daripada keseluruhan kerusi yang mungkin akan ditandingi parti itu tidak ubah seperti angan-angan menerawang langit.
Ini kerana, berdasarkan analisa, Pas hanya mampu menang 18 daripada 158 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas.
Malah, berdasarkan rekod yang lepas, kadar kebolehmenangan Pas hanyalah 11 peratus, kata Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah (BNCOMMS),
Mengikut statistik, Pas merekodkan jumlah calon kehilangan wang pertaruhan paling ramai iaitu 50 bagi Parlimen dan 96 bagi DUN yang kesemuanya yang melibatkan kerugian sebanyak RM1.345 juta.
”Oleh itu, ramalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md Nor itu sekadar angan-angan sahaja,” katanya yang mengulas keyakinan Muhammad Sanusi yang Pas akan bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Shaiful berkata, kenyataan Muhammad Sanusi itu pun bercanggah dengan Timbalan Presiden Pas yang menyatakan bukanlah 80 kerusi yang akan ditandingi sebaliknya jumlah itu hanya dalam pemantauan.
Perbezaan pandangan ini turut memaparkan betapa celarunya parti itu sekarang.
”Dari seorang Menteri Besar Pas menjaga negeri dengan seorang Menteri Pas yang menjaga pentadbiran pusat yang saling bercanggah ini secara tidak langsung memberi petanda bahawa sehingga kini masih tidak ada kesepaduan antara kepimpinan tertinggi parti. Mungkin penyakit gila kuasa mereka sudah tidak dapat dirawat lagi,” ujar beliau lagi.
Shaiful mendakwa, Pas juga sudah mula tampak kaki ularnya kerana pada PRU sebelum ini parti ini bertanding sendirian dan ia boleh membuat keputusan tanpa mengambil kira strategi politik dengan gabungan politik lain.
Namun kini kata putus bersama Perikatan Nasional turut perlu difikirkan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
”Saya lihat Pas masih dalam dilema, pihak mana yang akan lebih menguntungkan mereka. Parti yang bersifat lalang ini semestinya akan mengikut angin semasa. Mana yang lebih kuat membawa manfaat, itulah yang dikejar mereka.
”Dengan isu penggunaan lambang Pas yang masih belum selesai, isu fitnah terhadap bukan islam sebagai punca rasuah yang belum ditangani dan kini isu kerusi Parlimen yang akan ditandingi pula, mula menampakkan wajah sebenar Pas dalam perikatan ini.
“Saya percaya dengan kecelaruan tanpa kesepaduan ini, PAS tidak mungkin akan memegang tampuk kepimpinan negara. Mana mungkin parti yang wujud percanggahan besar di antara kepimpinan parti dan sentiasa menjadikan agama sebagai tunggangan politik akan diangkat sebagai kerajaan pilihan rakyat,” ujarnya.