Pemimpin Umno berat sebelah cuba salahkan remaja, kata Undi18
KENYATAAN seorang pemimpin Umno menyatakan golongan remaja kurang matang dalam membuat pertimbangan sebelum mengundi adalah tidak berasas dan berat sebelah, kata Undi18 hari ini.
Mereka berkata Ketua Wanita Umno Bahagian Jerai Norma Awang mengeluarkan kenyataan ini hanya kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak seperti yang diharapkan.
“Untuk rekod sekitar 5.8 juta pengundi baharu layak mengundi untuk PRU15 apabila pendaftaran secara automatik dan had umur minima diturunkan ke usia 18 tahun.
“Namun begitu pengundi berumur 18 - 20 tahun pada PRU15 lepas hanya meliputi 3.2% daripada keseluruhan 21.1 juta pemilih berdaftar atau hanya sekitar 676,070 dan selebihya adalah golongan individu yang sudah berusia 21 tahun ke atas.
“Justeru kenyataan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah dianggap sebagai berat sebelah hanya kerana keputusan PRU-15 yang lepas tidak memihak kepada mereka secara total,” katanya. – 13 Januari, 2023.
Siapa cakap anak muda anti rasuah? Lihat video video anak muda bawa bendera PN? Berapa dapat sehari bawa bendera? RM 200 sehingga RM 500 kah kah kah, duit senang masuk siapa tak mahu? Bodoh kalau kata manusia tak mahu duit masuk dengan tak payah kerja, ini Malaysia lah woit, sejak bayi sudah diasuh dengan susu rasuah woit kah kah kah nak tipu siapa lagi????
BalasPadamSiapa cakap anak muda anti rasuah? Lihat video video anak muda bawa bendera PN? Berapa dapat sehari bawa bendera? RM 200 sehingga RM 500 kah kah kah, duit senang masuk siapa tak mahu? Bodoh kalau kata manusia tak mahu duit masuk dengan tak payah kerja, ini Malaysia lah woit, sejak bayi sudah diasuh dengan susu rasuah woit kah kah kah nak tipu siapa lagi????
BalasPadam