Jumaat, 13 Januari 2023

KAMI BUKAN PENGKHIANAT





10 ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin bukan pengkhianat, kata Hishammuddin

SEPULUH ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak boleh dianggap pengkhianat hanya kerana mereka menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada peringkat awal proses membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lepas, kata Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga antara 10 ahli Parlimen itu berkata tindakan mereka pada masa itu adalah konsisten dengan pendirian awal BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Kita konsisten sebelum ini kerana peringkat awal usaha nak bersama-sama dengan PH bercanggah dengan pendirian parti sendiri.

“Jadi kita buat SD (akuan berkanun) berkenaan (menyokong Muhyiddin) tetapi apabila parti sudah buat keputusan, kita berkecuali pada satu ketika dahulu (tidak menyokong PH atau PN), kita tarik balik SD berkenaan.

“Selepas itu bila Agong bertitah, kita setuju wujudkan kerajaan perpaduan. Kita pun anggap itu kehendak parti lalu kita setuju. Jadi, di mana pengkhianatannya?,” katanya kepada wartawan di luar Perhimpunan Agung Umno 2022, hari ini.

Hishammuddin yang juga bendahari BN diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang antara lain menyentuh episod pembentukan kerajaan bersama PH, yang dikenali kerajaan perpaduan.

Kenyataan Hishammuddin senada dengan Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias semalam yang menyifatkan tindakan mereka pada ketika itu selari dengan naratif parti pada masa itu.

Zahid sebelum ini mendedahkan nama 10 ahli Parlimen itu semasa taklimat presiden kepada perwakilan ke perhimpunan agung parti minggu ini, pada Rabu.

Sepuluh ahli Parlimen itu ialah enam daripada Umno termasuk Hishammuddin dan Jalaluddin, serta empat lagi dari tiga parti komponen BN.

Dalam pada itu, Hishammuddin menggesa Umno supaya melupakan episod itu sebaliknya fokus kepada cabaran lain yang lebih utama untuk masa depan parti.

Katanya, orang di luar Umno pun sudah bosan dan muak melihat pertelagahan dalaman parti.

“Saya harap apa yang dapat kita bincangkan dalam perhimpunan agung Umno tahun ini ialah hala tuju dan bagaimana kita mengurangkan jurang serta defisit kepercayaan dalam kalangan orang ramai terhadap parti dan perjuangan.

“Itu lebih baik daripada hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran, berbalah sesama kita, tuduh-menuduh, serang-menyerang sesama kita.

“Sudahlah, cukup-cukuplah,” katanya. – 13 Januari, 2023.


WOIT

10 YB NI

TEGUH PADA 

DASAR PARTI

KAH KAH KAH

NO ANWAR

NO DAP

KAH KAH KAH

YB INI ADALAH

PROTO TALIBAN

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

  1. Ini semua siapa dapat apa, bukan pasal parti, bukan pasal perjuangan bukan bukan bukan, kah kah kah hanya orang-orang bodoh kurang akal akan percaya cerita karut ini semua, kah kah kah lidah kontot tak steady, tunggu peluang mungkin Abah Cow janji bagi TPM lah, kah kah kah itu saja boleh tikam kawan adik beradik bapa dia atok dia pengasas United Taipan kah kah cucu bawa musuh tikam parti asas atok dia kah kah buang saja, buang masa simpan khianat khianat ini semua kah kah kah

    BalasPadam
  2. Ini semua siapa dapat apa, bukan pasal parti, bukan pasal perjuangan bukan bukan bukan, kah kah kah hanya orang-orang bodoh kurang akal akan percaya cerita karut ini semua, kah kah kah lidah kontot tak steady, tunggu peluang mungkin Abah Cow janji bagi TPM lah, kah kah kah itu saja boleh tikam kawan adik beradik bapa dia atok dia pengasas United Taipan kah kah cucu bawa musuh tikam parti asas atok dia kah kah buang saja, buang masa simpan khianat khianat ini semua kah kah kah

    BalasPadam
  3. Kamu khianat kepercayaan rakyat, kamu khianat pengundi semua kerana nak jawatan pangkat pingat kamu, bila kamu pernah fikirkan nasib pengundi rakyat biasa, asyik diri kaum kerabat kroni sebaik dapat jawatan, berapa ramai pengundi kamu pernah belanja kopi o selepas menang, guna duit.kamu sendiri? Bukan duit curik bukan duit rasuah kamu? Kah kah kah pi mampooos lah pengkhianat semua kah kah

    BalasPadam
  4. Ingat lagi insiden bawa keluar KERIS oleh Hisapuddin dulu? Satu permulaan kehancuran yang dimulakan dengan ego, megah sebab kedudukan ketika itu, tak lama, tak panjang sampai masa dah jadi pengkhianat kah kah kah, masa sudah sampai Bhai, masa sudah bagi keputusan karma, mana mana pihak yang ingat mereka lah segalanya dalam dunia ini akhirnya kecundang kah kah kah padan muka padan muka Hisap Mudin kah kah kah engkau jadi sampai sini bukan sebab engkau cerdik pandai, sebab atok engkau sebab bapak engkau saja kau sampai sini Ba, kah kah kah tunggu saja masa sudah sampai sampai kah kah kah karma is sweet Bro

    BalasPadam