Khamis, 5 Januari 2023

LAWAN ZAHID


Mudarat besar jika jawatan tertinggi UMNO tak dipertandingkan – Yusof

KUALA LUMPUR – Mudarat besar dikhuatiri akan menimpa UMNO sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar,  Yusof Ismail berkata, bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja hilang kepercayaan malah rakyat juga akan ‘memalingkan muka’.

“Mana kita lagi sanggup tengok? UMNO kekal dihormati ahlinya sendiri walaupun segelintir akan menyalak kerana hilang kuasa atau UMNO dikuburkan rakyat buat selama-lamanya?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Usul berhubung cadangan agar dua jawatan tertinggi UMNO iaitu presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan dijangka akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 mulai 11 hingga 14 Januari ini.

Beliau turut menempelak pihak tertentu yang menggunakan alasan mahu menjaga kestabilan parti menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi menyokong cadangan tersebut.

Yusof memberitahu, alasan yang sama telah digunakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kononnya untuk memastikan parti kuat dan menang.

“Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah. 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi pada PRU-14,” jelasnya.

Beliau menambah, situasi adalah lebih baik bagi UMNO sebelum PRU-15 di mana parti itu mengetuai kerajaan dan pemimpinnya menjadi perdana menteri.

“Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi?” soalnya.

WOIT

LAWAN ZAHID NI

ADA BAIKNYA

KAH KAH KAH

TAPI BAHAYA

KALAU ZAHID 

KALAH KERAJAAN

AKAN RUNTUH

AMIN

ZAHID PENTING

UNTUK PMX

AMIN

TANPA ZAHID

KERAJAAN TAK

DAPAT DITUBUH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Tak habis habis bab politik aduh sakit jiwa orang biasa, setiap hari nak tebuk atap, nak tebuk bumbung, nak kuasa jugak, tak kira betul atau salah, negara susah rakyat susah, ini lah jadi manusia alpha, manusia ego tak habis habis nak pegang jawatan pangkat kuasa, supaya apa? Nak bantu rakyat? Jauh sekali lah, semua nak bolot kekayaan dengan kuasa yang akan ada nanti. Amin rakyat kena faham, Cina India Sabah Sarawak dah faham muslihat orang politik cuma orang Melayu masih terikat dengan agama kaum bangsa tetapi sokong pemimpin yang tiada nilai moral, nilai integriti nilai jati diri guna agama guna bangsa provokasi untuk jawatan mereka, kah kah kah tepuk dada tepuk atap pun boleh lah woit

    BalasPadam