Najib fail petisyen kepada PBB
BEKAS perdana menteri Najib Razak memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari (WGAD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula berhubung rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah mendakwa rayuan Najib pada tahun lepas di Mahkamah Persekutuan mempunyai “kecacatan serius” dan bertentangan dengan “peraturan keadilan antarabangsa”.
“Prosiding Mahkamah Persekutuan gagal memberinya peluang yang munasabah untuk menghujahkan kesnya dan menafikan peguamnya mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.
“Mahkamah tidak membenarkan pasukan pembelaannya walaupun membuat penghujahan dalam rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun.
“Pada dasarnya Najib dihantar ke penjara tanpa peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan,” kata Shafee petang ini.
Peguam itu memberitahu pemberita petisyen itu difailkan secara digital petang ini. – 5 Januari, 2023.
Loyar dia auta koling...tak sedaq ka apa daa u bagi kawin u bagi tukor nama melayu..now you komplin? Apa kepundekkan ini? Cina u kasi jadi taliban sekarang ada kes sexual...apa hal la korang...biar la kapiaq jadi kapiaq nak angkat angkat sendiri la dulu..ini kerja sohaiiiiii
BalasPadamSatu saja pasti, Mamu peguam ini kaya raya sebab kes Najib, kah kah kah kes lain tak payah, satu kes settle masa depan kah kah kah. Semua tak betul, bawah sampai atas atau atas sampai bawah kalau kena kepala mereka, kah kah kah apa pun tak apa nanti masuk berita dalam CNN hebat tu apa, syukur tuckbeer
BalasPadam