Khamis, 9 Mac 2023

MUHYIDIN TIDUR DIMANA MALAM INI ?


SPRM sahkan Muhyiddin ditahan, akan didakwa esok

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin  ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Agensi antirasuah itu berkata Muhyiddin ditahan pada pukul 1 tengah hari tadi selepas hadir untuk memberi keterangan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan. 

“Sehubungan itu, SPRM juga telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu sumber SPRM memberitahu The Malaysian Insight Muhyiddin mungkin akan dibebaskan dengan ikat jamin lewat hari ini dan perlu hadir di mahkamah pagi esok.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, tambah SPRM.

Bekas perdana menteri itu hadir di ibu pejabat SPRM di Putarajaya kira-kira 11.17 pagi tadi untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau Jana Wibawa, yang dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan Jana Wibawa, termasuk wang yang masuk ke akaun milik Bersatu dan digunakan semasa pilihan raya umum lepas untuk kempen PN.

Muhyiddin menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya bermotifkan politik untuk melemahkan PN.

Sebelum ini dua pemimpin Bersatu didakwa di mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima wang daripada kontraktor yang menerima projek Jana Wibawa.

Pada 21 Februari mendakwa bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad juga dituduh di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 melibatkan projek Jana Wibawa.

Sehari kemudian, Adam Radlan didakwa pula di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama.

Beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Februari atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa. – 9 Mac 2023. 

TIDUR DIMANA

MALAM INI

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan