Khamis, 9 Mac 2023

SERANG HADI SEBELUM HADI MENYERANG



Unit siasatan jenayah Bukit Aman akan siasat Hadi, kata polis

SIASATAN terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah menerima laporan terhadap ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Pemuda PKR Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.

Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua Pemuda PKR Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia, dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD). – Bernama, 9 Mac 2023.


WOIT

PMX AMBIL

LANGKAH TEPAT

AMIN

SEBELUM DISERANG

LEBIH BAIK

MENYERANG

AMIN

GAGALKAN PROJEK

LANGKAH HADI

AMIN

TAPI SERANGAN

INI BAWA BAHAYA

AMIN

BAHAYA HILANG

SOKONGAN

MELAYU ISLAM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan