Khamis, 9 Mac 2023

PMX TAK CAMPUR TANGAN !!!


PM tidak campur tangan urusan SPRM libatkan Muhyiddin


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan SPRM memanggil pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hari ini untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan walaupun semua agensi termasuk Pejabat Peguam Negara diarahkan untuk melihat kepada semua kes yang berkaitaan rasuah.

“Tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya belum tahu apa keputusan. Setakat ini hanya dia (Muhyiddin) dipanggil tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil (tindakan) itu ada motif politik itu maknanya tak bolehlah tangkap, maknanya kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

“Sebab itu saya kata kena lihat dulu ada kes ke tidak. Ini urusan SPRM sampai sekarang saya tidak tahu apa akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Anwar juga menegaskan semua kes harus dilihat satu persatu untuk melihat sama ada wujud pendakwaan politik seperti yang didakwa segelintir pihak atau berdasarkan fakta dalam memastikan negara ini bersih daripada amalan rasuah.

Selain itu, Anwar yang juga menteri kewangan menjelaskan pendakwaan kes SPRM melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan projek tebatan banjir adalah berdasarkan dokumen Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakan SPRM memanggil Muhyiddin bermotifkan politik.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya 11.15 pagi ini.

SPRM pada bulan lepas membekukan akaun Bersatu selain beberapa individu didakwa di mahkamah berkaitan projek program Jana Wibawa. – Bernama, 9 Mac, 2023.

KITA YAKIN

PMX TIDAK

CAMPUR TANGAN

AMIN

INI URUSAN

UNDANG UNDANG

AMIN

AKAN TERBUKTI

NANTI APAKAH

NAJIB AKAN BEBAS

JENG JENG JENG

APAKAH ROSMAH

AKAN BEBAS

JENG JENG JENG

APAKAH KES 

ZAHID AKAN

TANGGUH HINGGA

KUCING BERTANDUK

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan