Selasa, 18 April 2023

PUAD ZAKARSI TIBAI LIM KIT SIANG



‘Lim Kit Siang ubah cerita


Semalam Lim Kit Siang ubah cerita. Dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan UMNO. Sehari sebelum itu dia dakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.

Dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya. Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes.

Buku memoir Tommy Thomas dedah perlantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Lim Kit Siang.

Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Lim Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas.

Menurutnya UMNO tidak boleh bangkit kerana tidak belajar kesilapan lalu. DAP yang tidak belajar kesilapan lalu. DAP bersekongkol dengan Kerajaan Tun M yang gagal tunai janji termasuk memerangi rasuah.

Kini seorang Menteri DAP disiasat oleh SPRM. Dua pegawanya ditahan kerana rasuah. Baru lima bulan jadi Menteri. Kenapa Kit Siang dan DAP membisu?

Baru lima bulan sudah buat hal. Itu yang akan meruntuhkan kerajaan Perpaduan. UMNO tetap belajar dari kesilapan lama Sebab itu UMNO mengalahkan DAP di PRK Cameroon Highland.
.

Oleh Mohd Puad Zarkashi

KAH KAH KAH

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan