Selasa, 18 April 2023

ROSMAH TAK BAYAR HUTANG



Syarikat barang kemas Lubnan saman Rosmah

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat barangan kemas Lubnan yang pernah dikaitkan dengan  Rosmah Mansor, Global Royalty Trading SAL difahamkan telah sekali lagi menyaman isteri bekas perdana menteri itu.

Global Royalty telah memfailkan saman RM67.461 juta yang merupakan nilai barangan kemas yang didakwa telah dihantar kepada Rosmah bagi tujuan pameran.

Difahamkan syarikat Lubnan itu sebagai ganti telah memohon kos barang kemas itu pada RM67,461, 027 yang bersamaan dengan AS$14,567, 270.

Sebelum itu pada dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Jun 2018, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau.

Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.

Syarikat yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dan ternama dari seluruh dunia itu mendakwa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangkan dan dalam keadaan tertentu, Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.

Syarikat itu mendakwa syarikatnya ia telah menghantar 44 set barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Global Royalty berkata, semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma dan syarat yang terkandung dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas tersebut.

Syarikat itu mendakwa Rosmah melalui surat bertarikh 22 Mei mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas itu tetapi menyatakan kesemua barang kemas itu tidak lagi dalam penjagaannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia.

Firma itu mendakwa sepanjang masa material, plaintif adalah pemilik barang kemas tersebut dan pemilikan itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.

Manakala Rosmah pula dalam pernyataan pembelaannya menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas itu dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membelinya. – 

WOIT

BUKAN SAJA

MEMBADAK 

TERIMA DUIT

RASUAH

AMIN

TENGOK BARANG

TAK MAHU

PULANGKAN

AMIN

NAK REMBAT

FREE

AMIN

SAMAN SEKARANG

AMBIL DUIT

SEKARANG

AMIN

DAH MASUK JIL

SUSAH NAK KLIM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan