Khamis, 8 Jun 2023

SAPA BERI LESEN TEBANG HUTAN ?



Pewartaan semula hutan simpan hanya 'gula-gula pilihan raya', kata aktivis

PARTI politik yang memperjuangkan isu alam sekitar melabelkan pengumuman kerajaan Selangor mengenai pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) minggu lalu sebagai “gula-gula pilihan raya”, menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Pengasas Parti Hijau Malaysia Abdul Razak Ismail berkata, Menteri Besar Amirudin Shari sepatutnya mengumumkan pewartaan semula tahun lalu apabila beliau mengumumkan pembatalan pewartaan itu pada September 2021.

Pada September 2021, Amirudin berkata pembatalan itu termasuk membatalkan hak milik tanah yang sebelum ini dipindahkan kepada syarikat swasta untuk projek pembangunan bercampur.

Keputusan itu dibuat selepas perintah penghentian baru-baru ini dikeluarkan kerajaan negeri berhubung rancangan menyahwartakan HSKLU seluas 536.7 hektar yang mendapat bantahan awam daripada pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa Adun Selangor.

“Ia sepatutnya diwartakan semula tahun lalu. MB lewat setahun setengah membuat pengumuman.

“Beliau berjanji untuk mengumumkannya tahun lalu dan sekarang dengan pilihan raya negeri yang akan datang, ini hanyalah ‘gula-gula pilihan raya’,” kata bekas ahli PKR itu.

Sabtu lalu, Amirudin berkata pewartaan semula hutan simpan yang dinyahwartakan pada 2021, dimuktamadkan semasa mesyuarat kerajaan negeri dua minggu lalu.

Jelasnya, perkara itu sudah diselesaikan dan pentadbiran hutan simpan akan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

“Jumlah kawasan hutan masih sama seperti dahulu. Pentadbiran akan dibuat oleh jabatan,” katanya.

Penyahwartaan HSKLU diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 30 Ogos 2021, diluluskan di bawah Seksyen 12, Enakmen Akta Perhutanan Selangor (Penggunaan) 1985.

HSKLU - terdiri daripada hutan yang dilaporkan berusia 8,000 tahun - diwartakan sebagai hutan simpan kekal seluas 7,246.96 hektar pada 1927.

Hari ini, hanya 957.6 hektar kawasan hijau yang tinggal dengan 931.17 hektar daripadanya terancam oleh cadangan penyahwartaan kerajaan negeri.

Bagi Sahabat Alam Malaysia, penantian selama lebih dua tahun membuatkan kumpulan itu mendambakan jawapan yang pasti.

Jurucakapnya, Theiva Lingam berkata kumpulan itu akan menunggu untuk melihat pewartaan sebenar dengan harapan proses itu akan diperketatkan bagi memastikan hak masyarakat Orang Asli tempatan dilindungi.

“Selama lebih dua tahun sejak penyahwartaan, kerajaan Selangor berulang kali mengatakan kawasan itu akan diwartakan semula.

“Dengan pengumuman ini, kami akan menunggu untuk melihat pewartaan sebenar dan berharap proses ini dipercepatkan bagi memastikan kawasan itu kembali menjadi hutan simpan kekal di samping memastikan hak masyarakat Orang Asli tempatan dilindungi,” kata Theiva.

Sementara itu, Randolph Jeremiah dari Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) memuji keputusan itu.

Ahli jawatankuasa eksekutif EPSM itu berkata, walaupun pembangunan penting bagi negeri itu, ia tidak boleh menyebabkan kehilangan habitat semula jadi yang tidak boleh ditukar ganti yang bernilai dari sudut pemuliharaan, penggunaan dan warisan.

“Kami ingin memuji keputusan kerajaan negeri Selangor yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap maklum balas yang diberikan oleh semua pihak bagi pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

“Perlindungan semua habitat semula jadi yang ada di negeri ini juga kritikal dan mesti dijadikan keutamaan untuk bergerak ke hadapan,” katanya. – 8 Jun, 2023.

WOIT

LEBIH BAIK

DIWARTAKAN

SEKALI LAGI

AMIN

INI ORANG RAMAI

AKAN TAHU

BILA JADI ISU

AMIN

ADA HUTAN SIMPAN

KITA TAK TAHU

TAPI DAH BOGEL

AMIN

INI WAJIB DILAWAN

WAJIB DI BOCORKAN

AMIN

TUN TAN SERI RAJA

DATUK MANA YG

BERI LESEN ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan