KESEDARAN MELAYU
Wujudiah Melayu di Tanah Melayu ini penting. PRN baru-baru ini memperlihatkan kekuatan dan kesedaran Melayu. Disini dibongkar surah dan sejarahnya.
Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Inggeris mengisytiharkan Darurat ke atas Tanah Melayu. Ini hasil dari laungan Merdeka yang di mulakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM). Laungan ini disambut juga oleh kaum dan bangsa pendatang yang lain.
Kekuatan laungan merdeka PKMM ini telah menggoncang kekuatan penjajah Inggeris.
Bila Darurat di isytihar ada kumpulan nasionalis Melayu mengundur ke hutan. Di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) perjuangan bersenjata telah dilancar untuk menghalau Inggeris dari Tanah Melayu.
Gerakan gerila menjadi senjata politik utama yang diterajui oleh PKM untuk melawan Inggeris.
Pada ketika Perang Pembebasan ini Melayu menjadi amat penting. Inggeris menganggap satu sosok gerila Melayu sama nisbahnya dengan lapan sosok gerila bukan Melayu. Gerila Melayu dianggap lebih bahaya dari gerila China atau India.
Terbukti dari zaman kuasa kolonial lagi telah disedari betapa pentingnya Melayu. Ini kerana bumi yang di jajah Inggeris ini nama asalnya ialah Tanah Melayu – Land of the Malays.
Nama ini dengan cara licik dan jahat telah di tukar oleh Inggeris kepada Malaya.
Nama Malaya tidak memiliki apa makna. Nama Malaya ini adalah taktik Inggeris untuk melupuskan nama dan identiti Melayu dan Tanah Melayu.
Melupuskan nama Tanah Melayu menjadi Malaya ini juga adalah strategi Inggeris untuk menghalalkan Inggeris membawa masuk pendatang asing dari India dan China.
Tanah ini bukan lagi tanah milik Melayu. Bukan lagi land of the Malays.
Jelas nama Tanah Melayu wajib di lupuskan lebih awal untuk memudahkan meluruh masuk pendatang asing – China dan India.
Dari nama asal Tanah Melayu - Land of the Malays - menjadi Malaya yang tidak membawa apa-apa makna dalam bahasa Melayu. Ingatan kolektif orang Melayu tentang Tanah Melayu secara licik dipadam.
Pada tahun 1963 projek jahat Inggeris yang berjaya memadamkan nama Tanah Melayu ini disambung sekali lagi oleh parti United Malays National Organisation dengan memperkenalkan nama Malaysia.
Jika nama Malaya untuk membawa pendatang dari China dan India masuk manakala nama Malaysia untuk membawa Sabah dan Sarawak masuk.
Ini bukti sejarah bagaimana melupuskan nama Melayu pada Tanah Melayu itu penting.
Sama seperti Malaya – perkataan Malaysia ini juga tidak memberi apa-apa makna dalam Bahasa Melayu, Amin
Apa sangkut paut Darurat, pendatang asing , nama Tanah Melayu dengan suasana dan wacana politik negara hari ini. Apa kaitan semua ini dengan kita yang baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya di enam buah negeri.
Dalam tulisan ini saya cuba beri pencerahan tentang kesinambungan sejarah dulu dengan apa yang berlaku sekarang. Tulisan ini juga untuk memperlihatkan apa itu Melayu dalam budaya politik hari ini.
Pilihan Raya enam negeri 2023 baru saja selesai. Untuk saya ianya telah memperlihatkan bagaimana sejarah nasionalisma Melayu berulang kembali.
PRN kali ini bukan dengan laungan Merdeka a la PKMM. Bukan perjuangan gerila melawan Inggeris. Tapi laungan identiti Melayu – keabsahan bahawa bumi yang dipijak oleh anak semua bangsa dan bangsa semua agama adalah Tanah Melayu.
Cerita ini Melayu kali ini ialah cerita kesedaran Melayu.
Pada tahun 40’an da 50’an – di zaman penjajah – anak Melayu yang terdidik dan berilmu tidak ramai. Rata-rata mereka mencari makan dengan Inggeris atau terus menjadi barua Inggeris.
Dengan kuasa Darurat beratus -ratus anak Melayu yang berani melawan Inggeris di tangkap seperti Ishak Haji Muhamad atau Boestamam. Atau lari menghilangkan diri seperti Mokhtaruddin Lasso atau Ibrahim Yacob. Ada yang sempat bergerila ke hutan seperti Abdullah Sidi, Shamsiah Fakeh atau Rashid Mydin.
Darurat 1948 ? PRN 2023 ? Ada apa kena mengena?
Bila saya katakan sejarah berulang kembali bermakna agenda nasionalis Melayu anti kolonial masih belum tuntas - belum sampai ke hujung. Niat dan inspirasi nasionalis Melayu dikhianati oleh United Malays National Organisation.
Perjuangan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut yang di sambung oleh Pak Sako, Rashid Mydian, Abdullah Sidi telah di khianati dan dimandulkan. PRN baru baru ini memperlihatkan suasana dan agenda kesedaran semangat nasionalisma Melayu sedang disambung kembali dengan ampuh.
Inggeris telah berjaya mematahkan perjuangan para nasionalis Melayu dengan mendirikan parti United Malays National Organisation sebagai pembelot dan pengkhianat Melayu.
Dalam PRN 2023 peranan pembelotan masih lagi dimainkan oleh United Malays National Organisation.
Parti yang klim sebagai Parti Ketuanan Melayu menjadi budak suruhan Inggeris yang setia untuk menumpaskan para nasionalis Melayu. Dalam PRN 2023 semakin jelas United Malays National Organisation memainkan peranan yang sama. Belot dan khianat untuk mematahkan agenda Melayu.
Keputusan PRN membuktikan bahawa Melayu merasa tidak puas dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Melayu merasa resah dan gelisah. Melayu merasa kuasa politik Melayu akan terhakis.
Kajian terperinci , secara berdata ilmiah atau secara rambang dilihat jelas bahawa Melayu telah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Satu ketika dulu gabungan garis reformasi Pakatan Rakyat ini diyakini Melayu. Kini Melayu agak kurang yakin tidak percaya kepada gabungan ini.
Ini akibat Pakatan bersekongkol dengan parti pengkhianat perjuangan nasionalis Melayu. Pakatan Harapan telah terpalit dengan jenayah pembelotan.
Ramai pemerhati dan penganalisis politik hairan dan bertanya kenapa Melayu merasa terancam dalam negara sendiri. Mengapa Melayu merasa kehilangan kuasa politik walhal Perdana Menteri Melayu, Menteri Ekonomi Melayu, Menteri Besar semua Melayu, Ketua Hakim Negara Melayu, Ketua Polis Melayu , ada Askar Melayu – malah di belakang semua ini ada Raja Raja Melayu .
Kenapa orang Melayu ada rasa ‘ inferior - jiwa hamba ‘ walau pun mereka warga majoriti – 70% dalam negara ini.
Jawabnya senang sahaja : Singapura sebahagian dari Tanah Melayu kini di miliki oleh China yang asal usul mereka dari Tanah Besar China. China bukan anak asali Nusantara.
Jawabnya senang sahaja : Melayu melihat Pulau Pinang akan mengikuti langkah Singapura.
Baru-baru ini garis dan sikap yang menolak dan menafikan sejarah Pulau Pinang itu sebagai sebahagian dari Kedah adalah permulaan. Malah mengancam dengan kuasa polis sesiapa yang menimbulkan sejarah Kedah adalah satu lagi bukti.
Kenapa Melayu merasa curiga. Kenapa Melayu merasa akan hilang tanah air mereka?
Jawanya senang sahaja : Lupakan berapa ribu hektar tanah rizab Melayu lesap ke tangan China. Lupakan juga berapa juta warga China Merah yang datang masuk sebagai pelawat tapi tidak pulang dan menetap di Tanah Melayu sebagai pendatang haram.
Tidak perlu menggunakan pendekatan Marxist untuk Melayu melihat Tanah Melayu ini bukan lagi milik mereka. Buka sahaja mata Melayu akan terlihat kondo-kondo mewah milik bukan Melayu. Pergi masuk ke dalam pekan dan kota Melayu akan melihat gedung membeli belah dan kedai-kedai milik China.
Pekan dan bandar punca ekonomi dalam sistem kapitalis adalah milik China.
Melayu tanpa menggunakan pendekatan materialis tetapi memandang material di hadapan mata. Mereka yakin bahawa Tanah Melayu ini bukan milik mereka.
Melayu bukan Marxist tetapi hakikatnya perasaan Melayu itu adalah perasaan kelas – kelas kaya dan kelas miskin.
Apa yang berlaku sekarang ini adalah pertempuran kelas dan bukan pertempuran kaum. Yang kaya China yang miskin Melayu.
Dalam istilah Marxisme kontradiksi yang wujud sekarang ini bukan rasisme. Kontradiksi induk ialah yang miskin Melayu melawan yang kaya China. Ini pandangan Marxisme.
Justeru slogan Melayu Islam menyengat. Para pengundi Melayu berkumpul menyokong Perikatan Nasional. Pengundi Melayu melihat Parti Bersatu sebagai penyambung nasionalisma Melayu. Pengundi Melayu juga melihat Parti Islam PAS sebagai penyelamat Melayu.
Sejarah berulang kembali. Kalau dulu United Malays National Organisation belot kerana bekerjasama dengan Inggeris. Kali ini parti yang klim parti keramat Melayu ini dilihat belot untuk sebaris dengan parti Democratic Action Party (DAP) – yang dibaca oleh orang Melayu sebagai parti China.
Manifestasi yang amat jelas dan mencucuk mata Melayu ialah kenyataan Zahid Hamidi Presiden Parti United Malays National Organisation yang bersumpah dan berjanji – No Anwar No DAP –
Kalau tahun 1955 berunding dalam gelap dengan Inggeris untuk mematahkan perjuangan Pak Sako, Boestamam, Burhanudin Helmi . Kali ini berunding dalam gelap dan terang dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan pasukan penyamun kleptokrat dari masuk penjara.
Kemarahan Melayu kepada Zahid, Anawar dan DAP ini telah memusatkan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional.
Apakah sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional ini akan dapat bertahan dan membawa kestabilan ?
Jawabnya : Tidak.
Ini kerana selagi agihan ekonomi tidak adil tidak seimbang dan Melayu masih merasa di Red Indiankan maka politik di Tanah Melayu tidak akan stabil.
PN – PH atau BN memerintah semua dilihat sama. Selagi Melayu masih melihat pekan, bandar dan kota milik China maka selagi itu pertentangan kelas yang dimanifestasikan dengan Melayu benci China akan berterusan.
Apakah larangan polis terhadap RAB : Raja Agama Bangsa akan menenteramkan keadaan dan membawa kestabilan ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/08/19/prn-6-negeri-dan-kesedaran-melayu
Kapla butoh yang di red indiankan adalah sakai, temuan, negrito Dan kaum sewaktu dengan orang asli..melayu nie semua indon la..22 taun dah ada India jadi pirdana menteri..title pon gelaran koling..ko dah mabuk ka apa..
BalasPadam