Sabtu, 19 Ogos 2023

KESEDARAN MELAYU



 KESEDARAN MELAYU


Wujudiah Melayu di Tanah Melayu ini penting. PRN baru-baru ini memperlihatkan kekuatan dan kesedaran Melayu.  Disini dibongkar surah dan  sejarahnya.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Inggeris mengisytiharkan Darurat ke atas Tanah Melayu.  Ini  hasil dari laungan Merdeka yang di mulakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM). Laungan ini disambut juga oleh   kaum dan bangsa pendatang yang lain. 

Kekuatan laungan merdeka PKMM ini   telah menggoncang kekuatan penjajah Inggeris.

Bila Darurat di isytihar ada kumpulan  nasionalis Melayu  mengundur ke hutan. Di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) perjuangan bersenjata telah dilancar untuk menghalau Inggeris dari  Tanah Melayu.

Gerakan gerila menjadi senjata politik utama yang   diterajui oleh PKM untuk  melawan Inggeris.

Pada ketika Perang Pembebasan ini  Melayu menjadi amat penting.  Inggeris menganggap satu  sosok gerila Melayu sama nisbahnya dengan lapan sosok  gerila bukan Melayu. Gerila Melayu dianggap lebih bahaya dari gerila China atau India.

Terbukti dari zaman kuasa kolonial lagi telah disedari betapa pentingnya Melayu. Ini kerana bumi yang di jajah Inggeris ini  nama asalnya ialah Tanah Melayu – Land of the Malays.

Nama ini dengan cara licik dan jahat telah  di tukar oleh Inggeris kepada Malaya.

Nama Malaya  tidak memiliki  apa makna. Nama Malaya ini  adalah taktik Inggeris untuk melupuskan nama dan identiti Melayu dan Tanah Melayu.

Melupuskan nama Tanah Melayu menjadi  Malaya ini juga adalah strategi Inggeris untuk  menghalalkan Inggeris membawa masuk pendatang asing dari India dan China.

Tanah ini bukan lagi  tanah milik Melayu. Bukan lagi land of the Malays.

Jelas nama Tanah Melayu wajib di lupuskan lebih awal untuk memudahkan meluruh masuk pendatang asing – China dan India. 

Dari nama asal  Tanah Melayu - Land of the Malays - menjadi Malaya yang tidak membawa apa-apa makna  dalam bahasa Melayu.  Ingatan  kolektif orang  Melayu tentang Tanah Melayu secara licik dipadam.

Pada tahun 1963 projek jahat Inggeris  yang berjaya memadamkan  nama Tanah Melayu ini disambung sekali lagi  oleh parti United Malays National Organisation dengan memperkenalkan nama Malaysia.

Jika nama Malaya  untuk membawa pendatang dari China dan India masuk manakala  nama Malaysia untuk membawa Sabah dan Sarawak masuk.

Ini bukti sejarah bagaimana melupuskan nama Melayu pada  Tanah Melayu itu penting.

Sama seperti Malaya – perkataan Malaysia ini juga  tidak memberi apa-apa makna dalam  Bahasa Melayu, Amin

Apa sangkut paut  Darurat, pendatang asing , nama Tanah Melayu dengan  suasana dan wacana  politik negara hari ini. Apa kaitan semua ini  dengan kita yang  baru sahaja selesai mengadakan  pilihan raya di enam buah negeri.

Dalam tulisan ini saya cuba beri pencerahan tentang kesinambungan sejarah dulu dengan apa yang berlaku sekarang. Tulisan ini juga  untuk memperlihatkan apa itu  Melayu dalam budaya politik hari ini. 

Pilihan Raya  enam negeri 2023   baru saja  selesai. Untuk saya ianya telah    memperlihatkan  bagaimana sejarah  nasionalisma Melayu berulang kembali. 

PRN kali  ini bukan dengan laungan Merdeka a la  PKMM. Bukan perjuangan  gerila  melawan Inggeris.  Tapi laungan identiti Melayu – keabsahan bahawa bumi yang  dipijak oleh anak semua bangsa dan bangsa semua agama  adalah Tanah Melayu.

Cerita  ini Melayu kali ini  ialah cerita  kesedaran Melayu.

Pada tahun  40’an da 50’an  – di zaman penjajah – anak Melayu yang terdidik dan berilmu tidak ramai. Rata-rata mereka mencari makan dengan Inggeris atau terus  menjadi barua Inggeris.

Dengan kuasa Darurat  beratus -ratus anak Melayu yang berani melawan Inggeris di tangkap seperti Ishak Haji Muhamad atau Boestamam. Atau lari menghilangkan diri seperti Mokhtaruddin Lasso atau Ibrahim Yacob. Ada yang sempat bergerila ke hutan seperti Abdullah Sidi, Shamsiah Fakeh atau  Rashid Mydin.  

Darurat 1948 ? PRN 2023 ? Ada apa kena mengena?

Bila saya katakan sejarah berulang kembali bermakna agenda  nasionalis Melayu anti kolonial masih belum tuntas - belum sampai ke hujung. Niat dan inspirasi nasionalis Melayu dikhianati oleh United Malays National Organisation.

 Perjuangan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut  yang di sambung oleh Pak Sako, Rashid Mydian, Abdullah Sidi  telah di khianati dan dimandulkan. PRN baru baru ini memperlihatkan  suasana dan agenda kesedaran semangat nasionalisma Melayu sedang  disambung kembali dengan ampuh.

Inggeris telah berjaya mematahkan perjuangan para nasionalis Melayu dengan  mendirikan parti United Malays National Organisation  sebagai pembelot dan pengkhianat Melayu.

Dalam PRN 2023 peranan pembelotan  masih lagi dimainkan oleh United Malays National Organisation.

Parti yang klim sebagai Parti Ketuanan Melayu  menjadi budak  suruhan Inggeris  yang setia untuk menumpaskan para nasionalis  Melayu. Dalam PRN 2023 semakin jelas United Malays National Organisation  memainkan peranan yang sama. Belot dan khianat untuk mematahkan agenda Melayu.

Keputusan PRN membuktikan bahawa Melayu merasa tidak puas  dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Melayu merasa resah dan gelisah. Melayu merasa  kuasa politik  Melayu akan terhakis.

Kajian terperinci , secara berdata ilmiah atau secara rambang dilihat jelas bahawa Melayu telah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Satu ketika dulu gabungan  garis reformasi Pakatan Rakyat ini diyakini Melayu. Kini   Melayu agak kurang yakin tidak percaya kepada  gabungan ini.

Ini akibat Pakatan bersekongkol dengan parti pengkhianat perjuangan  nasionalis Melayu. Pakatan Harapan telah terpalit dengan jenayah pembelotan.

Ramai pemerhati  dan penganalisis politik hairan dan bertanya kenapa Melayu merasa terancam  dalam negara sendiri. Mengapa Melayu  merasa  kehilangan kuasa politik walhal Perdana Menteri Melayu, Menteri Ekonomi Melayu, Menteri  Besar semua Melayu, Ketua  Hakim Negara Melayu, Ketua Polis Melayu , ada Askar Melayu  – malah di belakang semua ini ada Raja Raja Melayu .

Kenapa  orang Melayu ada rasa ‘ inferior  - jiwa hamba ‘ walau pun mereka warga majoriti – 70% dalam negara ini.

Jawabnya senang sahaja : Singapura  sebahagian dari Tanah Melayu kini di miliki oleh China yang asal usul mereka dari Tanah Besar China. China  bukan anak asali Nusantara.

Jawabnya senang sahaja : Melayu melihat Pulau Pinang akan mengikuti langkah Singapura. 

Baru-baru ini garis  dan sikap yang menolak dan menafikan  sejarah Pulau Pinang itu sebagai sebahagian dari Kedah adalah permulaan. Malah mengancam dengan kuasa polis sesiapa yang menimbulkan sejarah Kedah adalah  satu lagi bukti. 

Kenapa Melayu merasa curiga. Kenapa Melayu merasa akan hilang tanah air mereka?

Jawanya senang sahaja :   Lupakan berapa ribu  hektar  tanah rizab Melayu lesap ke tangan China. Lupakan juga berapa juta warga China Merah yang datang  masuk  sebagai  pelawat  tapi tidak pulang dan menetap di Tanah Melayu sebagai pendatang haram.

Tidak perlu menggunakan pendekatan Marxist untuk  Melayu melihat Tanah Melayu ini bukan lagi milik mereka. Buka sahaja mata Melayu akan terlihat  kondo-kondo mewah milik bukan Melayu. Pergi masuk ke dalam pekan dan kota Melayu akan melihat gedung membeli  belah dan kedai-kedai milik  China.

Pekan dan bandar punca ekonomi dalam sistem kapitalis adalah milik China.

Melayu tanpa menggunakan  pendekatan materialis tetapi memandang  material di hadapan mata. Mereka yakin bahawa  Tanah Melayu ini bukan milik mereka.

Melayu bukan Marxist tetapi  hakikatnya perasaan Melayu itu adalah  perasaan  kelas – kelas kaya dan kelas miskin. 

Apa yang berlaku sekarang ini adalah pertempuran kelas dan bukan pertempuran  kaum. Yang kaya China yang miskin Melayu. 

Dalam istilah Marxisme kontradiksi yang wujud  sekarang ini bukan  rasisme. Kontradiksi induk ialah  yang miskin Melayu melawan yang kaya China. Ini pandangan  Marxisme.

Justeru slogan Melayu Islam menyengat. Para pengundi Melayu berkumpul menyokong Perikatan Nasional.  Pengundi Melayu melihat Parti Bersatu  sebagai penyambung   nasionalisma Melayu. Pengundi Melayu juga melihat Parti Islam PAS sebagai penyelamat Melayu.

Sejarah berulang kembali. Kalau dulu United Malays National Organisation belot kerana  bekerjasama dengan Inggeris. Kali ini  parti  yang klim parti keramat Melayu ini  dilihat belot  untuk sebaris dengan parti  Democratic Action Party (DAP) – yang dibaca oleh orang Melayu sebagai parti China.

Manifestasi yang amat jelas  dan mencucuk mata Melayu ialah kenyataan Zahid Hamidi Presiden Parti United Malays National Organisation yang bersumpah dan berjanji – No Anwar No DAP –

Kalau tahun 1955 berunding dalam gelap dengan Inggeris  untuk mematahkan perjuangan Pak Sako, Boestamam, Burhanudin Helmi . Kali ini berunding dalam gelap dan terang  dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan pasukan penyamun kleptokrat  dari masuk penjara.
 
Kemarahan Melayu kepada Zahid, Anawar dan DAP ini telah memusatkan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional.

Apakah sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional ini akan dapat bertahan dan membawa kestabilan ?

Jawabnya : Tidak. 

Ini kerana  selagi agihan ekonomi tidak adil tidak seimbang  dan Melayu masih merasa  di Red Indiankan maka politik di Tanah Melayu tidak akan stabil.

PN – PH atau BN memerintah semua  dilihat sama. Selagi  Melayu masih melihat pekan, bandar dan kota milik China maka selagi itu pertentangan kelas  yang dimanifestasikan dengan Melayu benci China  akan berterusan.

Apakah larangan polis terhadap RAB : Raja Agama Bangsa akan  menenteramkan keadaan dan  membawa kestabilan ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)

TULISAN INI
DISIARKN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/08/19/prn-6-negeri-dan-kesedaran-melayu



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kapla butoh yang di red indiankan adalah sakai, temuan, negrito Dan kaum sewaktu dengan orang asli..melayu nie semua indon la..22 taun dah ada India jadi pirdana menteri..title pon gelaran koling..ko dah mabuk ka apa..