Krisis Palestin-Israel: China giat dorong gencatan senjata, galak rundingan damai
UTUSAN khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun menghubungi Timbalan Menteri Luar Pertama Palestin, Amal Jadou menerusi telefon pada Rabu.
Zhai berkata China sedih melihat kematian dan kecederaan orang awam yang tidak bersalah akibat konflik Palestin-Israel serta amat bimbang terhadap situasi keselamatan dan kemanusiaan yang semakin buruk.
“Tugas yang paling mendesak ketika ini adalah mewujudkan gencatan senjata serta-merta dan melindungi orang awam.
“Masyarakat antarabangsa harus memainkan peranan efektif ke arah meredakan ketegangan dan menyediakan bantuan kemanusiaan,” kata beliau.
Menurut Zhai jalan keluar bagi menamatkan konflik itu terletak pada pemulihan rundingan damai berasaskan ‘penyelesaian dua negara’, penubuhan negara Palestin yang merdeka serta realisasi hidup bersama secara aman antara Palestin dengan Israel.
“Kami (China) akan terus mendorong gencatan senjata dicapai bagi menamatkan keganasan dan membantu meredakan krisis kemanusiaan.
“Pihak kami juga akan aktif menggalakkan perdamaian dan perundingan, sekali gus memainkan peranan konstruktif dalam menggerakkan penyelesaian isu berkenaan secara menyeluruh, adil dan berkekalan,” katanya.
Sementara itu Jadou menzahirkan penghargaan atas pendirian konsisten China dalam isu Palestin sambil menyuarakan harapan agar terus memainkan peranan bersifat membina. – Bernama, 13 Oktober, 2023.
Sekarang China Merah jadi baik pulak? Saban hari hentam kata tak3baik pulak kah kah kah
BalasPadamHanya kiamat Yang boleh mengajar isreal
BalasPadam