Jumaat, 13 Oktober 2023

TANAH MELAYU DAN PALESTIN

 


TANAH MELAYU

 DAN 

PALESTIN


Saya tunda dulu kesah Anwar Ibrahim tak ambil gaji bulanan. Tangguh dulu kesah dan peranan cukong dan oligarki dalam politik Malaysia.  Saya  tidak jujur pada diri saya jika saya tidak menulis tentang Palestin dan Gaza.

‘ Pada tahun 1937 beliau telah menerbitkan  sebuah majalah bernama Taman Bahagia. Majalah ini banyak mengutarakan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh British melalui pembentukan negara Israel. Hanya kira-kira satu jam selepas majalah itu diterbitkan, Burhanuddin ditahan oleh pihak British. Kemudian beliau berjaya diikat jamin oleh ahli keluarga al-Saggoff dengan bayaran sebanyak $1,000 bersamaan RM3.074.’

Potongan di atas saya kutip dari  Zine Dari Johor #10/2022.

Sejarah merakam seawal tahun 1937 lagi telah diwujudkan bahan pencerahan tentang Palestin dan Israel kepada Bani Melayu.

Burhanuddin yang dimaksudkan ialah Burhanuddin Al-Helmy  anak kelahiran Changkat Tualang Perak. Sosok ini bersama  Ishak Haji Muhamad dan Ibrahim Yaacob telah. menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.

Sosok ini juga menubuhkan parti nasionalis Melayu pertama di beri nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada 17 Oktober 1945.

Sosok terdidik dalam bidang Islam dan perubatan Homeopati adalah juga seorang 

Nasionalis Melayu yang progresif. Sosok ini menjadi penasihat Parti Rakyat dan juga pemimpin Parti Islam  Pas.

Malah pernah beraktiviti  di Palestin untuk memahami lebih dekat tentang bagaimana Palestin telah diwujudkan oleh kolonial Inggeris melalui Deklarasi Balfour 1917.

Melalui Deklarasi ini kolonial Inggeris menyokong dan mengajukan agar negara Israel ditubuhkan di Palestin untuk Yahudi. Ketika ini Palestin di bawah kuasa Ottoman.

Apa yang hendak saya jelaskan disini ialah perjuangan Palestin ini bukan satu yang baru untuk  Bani Melayu.  Malah  ada sosok Melayu yang dikenali sebagai Sulaiman Palestin yang pernah jadi calon  menentang Hussein Onn Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1978 .

Sir Henry Gurney  wakil Baginda Queen yang di tembak mati  oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya pada 6 Oktober 1951 di jalan ke Bukit Frazer. Henry Gurney  seorang  soldadu pegawai kolonial  sebelum bertugas di Tanah Melayu pernah berlatih mengawal dan membunuh warga Arab di Palestin.

Terbukti - Palestin dan Tanah Melayu memiliki sejarah yang sama. Dua negara ini menjadi tanah  jajahan Inggeris.

Hari ini Palestin dan Gaza bergolak lagi. Isu Palestin ini tidak pernah padam-padam. Semenjak negara Zionis Israel di tubuhkan pada 14 Mei 1948 perang berterusan. Perang  tak henti ini  mengancam wilayah Timur Tengah dan juga mengancam dunia.

Fakta sejarah merakamkan bahawa memang ada Yahudi yang tinggal di Palestin pada tahun-tahun sebelum Parang Dunia Ke Dua.  Yahudi ketika itu adalah  bangsa  minoriti yang hidup aman damai dengan majoriti  masyarakat Arab Palestin.

Satelah selesai Perang Dunia Ke Dua semua  berubah.

Sejarah merakamkan bagaimana pada 9 Mei 1948 telah dijalankan program pembunuhan beramai-ramai orang kampung di Dier Yassin. Seramai 107 kecil besar tua muda Arab Palestin telah dibunuh oleh Irgun – pasukan pengganas Yahudi.

Pembunuh di kampung-kampung lain juga berlaku. Ini dalam usaha untuk membersih Palestin dari warga Arab.  Yang sempat dibunuh di bunuh. Yang sempat lari melarikan diri. Dari sini  bermula perang Arab-Yahudi yang tidak selesai hingga ke hari ini.

Warga Palestin di bunuh, tanah dan kampung halaman mereka di rampas. Arab Palestin menjadi orang pelarian mencari perlindungan di Lebanon, Syria dan Jordan.

Hukum alam tetap  berlaku - sebanyak mana penindasan sebanyak itulah perlawanan. Yang di tindas yang  ditekan  pasti akan bangun melawan. 

Negara-negara Arab semuanya  tidak menerima kemunculan Israel di wilayah mereka. Perang Pertama meletus pada tahun 1948, Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967, Perang Pergeseran 1969-1970, Perang Ramadan Oktober 1973 dan Perang Lebanon 1982.

Setiap kali perang berlaku Israel merampas lebih luas wilayah. Hingga ke tahun 2023 ini Israel masih tidak memiliki  batu sempadan yang tetap. Setiap kali perang semakin banyak  kota dan desa menjadi milik Yahudi Israel. Semakin ramai warga Palestin  menjadi pelarian perang.

Bandar Baitulmuqaddis di Tebing Barat -  dimana Masjid Al-Aqsa berdiri  telah jatuh ke tangan Israel pada Perang 1967. Pada tahun 1980 Keneset – parlimen Israel – telah mengumumkan bandar ini  sebagai ibu kota Israel. 

Kerajaan Amerika pada 6 Disember 2017 di bawah Donald Trump telah mengiktiraf  Juruselam atau Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel..

Pengumuman ini membawa bentrokan yang berterusan. Ini kerana kota ini dianggap suci oleh penganut agama Islam. Kiblat pertama Islam ialah ke Masjid Al-Aqsa.

Tidak pernah ada hari damai dalam negara yang dipanggil Israel. Ada saja rumah Palestin atau tanah ladang mereka di rampas. Ada saja anak muda Palestin ditembak mati. Pelbagai helah dan rancangan di ajukan untuk memastikan dasar Zionis dapat di jalankan di Palestin.

Apa dia dasar Zionis ini?

Dasar Zionis cukup mudah. Kaum Zionis mahu  mendirikan Israel sebagai Negara Yahudi.

Yahudi di serata dunia boleh pindah ke Israel untuk menjadi warga negara. Pendatang baru berasal  dari Eropah kini menjadi warga negara majoriti di  Israel.

 Dalam Perang Dunia Ke Dua Hitler telah membunuh Yahudi.   Di German – ekonomi German dikawal dan di miliki oleh Yahudi. Justeru dengan Parti Nazi Hitler telah membantai Yahudi dimana sahaja ditemui. 

Satelah tamat perang maka disinilah masuknya jarum Zionis. Kaum Zionis telah menggunakan  rasa bersalah Eropah yang membenarkan Hitler membantai Yahudi . Dihebohkan bahawa  6 juta Yahudi telah dibunuh oleh  Nazi. 

Holocaust – pembunuhan Yahudi beramai-ramai menjadi kempen kaum Zionis. Saban hari, saban tahun setiap detik kaum Zionis mengingatkan dunia tentang Hitler Nazi dan. Holocaust.  Justeru negar-negara  Eropah menyokong penubuhan negara Israel atas bumi Palestin.

Ini dahulu. Bagaimana sekarang?

Keganasan, penindasan dan kezaliman ke atas Palestin berjalan tanpa henti. Malah bekas Presiden Amerika Jimmy Carter telah  menyifatkan Israel negara aparteid. 

Israel hari ini mengamalkan dasar   rasis  yang ekstrem – satu undang-undang  untuk Yahudi satu yang lain untuk Arab Palestin. Kawasan dan wilayah Arab dipagari dengan kawat berduri dan tembok di bina untuk memastikan Palestin dan Israel tidak bertemu. 

Semua dijalankan atas nama keselamatan. Arab Palestin – besar kecil tua muda  semua dianggap pengganas  yang wajib dijimatkan sebelum mereka sempat mengganas. 

Apakah  masyarakat dunia – negara-negara dunia tidak melihat semua ini. Amat jelas dan amat terang bahawa yang mengganas saban hari ialah Zionis Israel.

Ada penindasan pasti ada perlawanan.

Muncul Parti Hamas. Parti ini  telah menang  pilihan raya di Gaza. Hamas menewaskan Fatah pada tahun 2005. Pada tahun 2007 Zionis Israel telah mengepung  dan menjalankan sekatan ke atas  Gaza. Semenanjung ini menjadi penjara kepada lebih dari 2 juta warga Arab Palestin.  

Gaza adalah penjara terbesar dalam dunia.

Sapa  keluar dan sapa masuk ke Gaza wajib mendapat kebenaran dari Israel.   Keluar masuk menjadi susah dan hampir mustahil. Israel mengawal barang masuk dari darat dan laut. Nelayan hanya dibenarkan menangkap  ikan di pesisir pantai tidak ke laut dalam.

Lawan pasti melawan.

Justeru warga Gaza membuat lubang tikus dan terowong untuk menyeludup dari wilayah padang pasir Sinai sempadan dengan Mesir. 

Walau pun dalam kepungan dan sekatan warga Gaza masih berupaya  melawan. Senjata masuk melalui terowong  bawah tanah. 

Beberapa kali Israel telah mengebom musnah rumah dan bangunan di Gaza. Beribu Arab Palestin terbunuh. Beribu cedera. Beratus bangunan dan rumah runtuh musnah.

Pelawaan masih diteruskan. Inilah Semangat Gaza. Inilah perjuangan Parti Hamas.

Ketika saya menulis ini kereta kebal, meriam dan  soldadu bala tentera Zionis Israel sedang berkampung di sempadan Semenanjung Gaza.

Pada subuh 7 Oktober 2023 gerila pembebasan Palestin dari Parti Hamas telah masuk menyerang  Israel. Ini bukan kali pertama Hamas menyerang Israel tapi kali ini memeranjatkan dunia.

Gerila Pembebasan Hamas telah menyerang Israel dari darat laut dan udara. Israel yang klim memiliki sistem risik tercanggih dalam dunia kini tercabut  seluar dalam.

Kem tentera Zionis  telah diserang. Balai polis  telah di serang. Sapa bergerak di tembak mati.  Dalam masa 20 minit 5000 roket masuk ke Israel. Sistem pertahanan Israel lungkup. 

Kereta kebal meletup hasil kerja drone. Pagar kawat besi di runtuh jentolak. Gerila Hamas bermotosikal masuk menyerang. Gerila Hamas seperti helang sampai dengan  glider. 

Soldadu dan orang awam di tawan untuk dijadikan tebusan.  Tawanan perang dibawa pulang ke Gaza. Di beritakan seorang Kolonel Tentera Israel telah menjadi salah seorang dari ratusan orang awam dan puluhan  soldadu yang ditawan.

Dunia gempar melihat kebolehan gerila Hamas. Operasi Taufan Al-Aqsa teah  dirancang dengan teliti. Strategi militer yang cekap lagi menakjubkan.

Walau pun dalam penjara terbesar dalam dunia gerila Pembebasan Hamas tetap melawan.

Apa yang berlaku telah menaikkan semangat perjuangan  gerila Parti Hezbolah di Lebanon.  Gerila Hezbolah bersetia kawan dengan melancarkan serangan roket dari Selatan Lebanon ke arah Israel.

Sokongan setia kawan juga meledak di dunia. Di Sydney Australia demo menyokong  Palestin menjemput ribuan ke jalan raya. Di New York anak muda dan warga Amerika turun berdemo. Di Tehran dan di Istambul  ribuan demonstran turun bersolidariti dengan Palestin.

Dalam Parlimen Malaysia para YB berbincang menyatakan sokongan terhadap perjuangan adil rakyat Palestin. Negara- negara dalam dunia menuntut. hentikan kepungan dan beri bantuan kemanusiaan pada warga Gaza.

Negara besar seperti China dan Rusia kecuali  German dan Perancis , semua negara termasuk Malaysia menyeru agar serang menyerang di hentikan. Bentrokan jangan dilebarkan.

Tenaga elektrik  di Gaza dipadamkan, air di Gaza di  putuskan dan bangunan dan rumah di ledakan. Keganasan Zionis Israel sedang di saksikan  oleh rakyat dunia.

Tertiba saya terlihat sidang akhbar Adam Adli dan Rara dalam Youtube. Angkatan Muda Pakatan Harapan bersama pelbagai NGO akan bersolidariti dengan rakyat   Palestin pada Jumaat 13 Oktober 2023.

Lalu saya teringat kembali 50 tahun dahulu pada bulan yang sama. Pada hari yang sama.

Ketika itu sebagai setiausaha agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) saya mengadakan sudut pidato pada pagi Sabtu 13 Oktober. Saya menghasut anak mahasiswa semua bangsa untuk menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.

Perang Arab -Israel telah meledak pada 6 Oktober 1973. Ini Perang Ramadan untuk Arab. Perang Yom Kippur untuk Yahudi.

Di akhir Sudut Pidato  – lebih 500 orang siswa-siswi Universiti Malaya (UM) turun berdemo anti-Amerika di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dalam bangunan AIA di Jalan Ampang.

Demo mahasiswa penyokong rakyat Palestin dari UM telah diserang oleh gerombolan FRU. Bertempiaran kami lari.

Lima puluh tahun kemudian  demo  bersetia kawan dengan Palestin akan berjalan sekali lagi. Kali ini bukan di Jalan Ampang tempat Kedutaan Amerika yang baru

Kali ini himpunan lepas Jumaat di Masjid Negara..

Lima puluh tahun dahulu sasaran kami ialah imperialis Amerika Sereket.  Justeru kami di bantai oleh FRU. 

Kali ini bukan menggodam Amerika  penyokong kuat Zionis Israel. Dalam himpunan kali ini mungkin ada ucapan berapi-api. Mungkin ada doa yang panjang.  Tapi pasti tidak ada serangan dari FRU kerana Amerika Sereket tidak dijadikan sasaran.

Lima puluh tahun kemudian saya tetap akan bersetia kawan dengan Palestin. Saya menyokong perjuangan yang adil. Tanpa mengira apakah mereka Islam, Hindu, Kristian. Majusi, Nasrani  beragama atau tidak beragama.

Yang wajib kita sokong ialah keadilan. Walau pun di tangkap seperti Burhanuddin pada  tahun 1937. Atau seperti pelajar UM di tembak dengan gas pemedih mata oleh FRU pada 13 Oktober  1973.

 Yang wajib kita lawan ialah kezaliman. Tanpa mengira yang zalim itu Islam, Kristian, Yahudi, Majusi . Nasrani  yang beragama atau yang tidak beragama. 

Selagi ada kezaliman selagi itu ada perlawanan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL 
THE MALAYSIAN INSIGHT,COM

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/466533









 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan