Jumaat, 24 November 2023

BERITA BAIK UNTUK SIRUL


Sirul rayu suaka di Australia, mohon ampun kepada keluarga Altantuya

BEKAS polis, Sirul Azhar Umar, yang berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, merayu untuk terus berada di Australia dan berkata tidak selamat baginya pulang ke tanah air.

Dalam temu bual dengan Al Jazeera, Sirul juga memohon kemaafan daripada keluarga Altantuya.

Walaupun disabitkan oleh mahkamah tertinggi Malaysia atas pembunuhan itu, beliau terus mempertahankan dirinya tidak bersalah, mendakwa sebagai kambing hitam yang terperangkap dalam permainan politik.

Sirul mengaku menerima RM1 juta di Australia daripada sumber yang tidak didedahkan untuk “menutup mulutnya”.

“Saya merayu kepada masyarakat di sini untuk menerima saya. Saya berjanji kepada anak saya, saya tidak akan pernah melanggar undang-undang di sini. Saya akan patuh semuanya,” katanya.

“Saya sedar ia benar-benar tidak selamat untuk saya kembali ke sana. Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya berharap masyarakat Australia menerima saya seadanya. Saya bukan orang jahat.

“Saya cintakan Australia jauh di sudut hati, dari jiwa. Berikanlah saya peluang kedua. Satu lagi…saya mahu memohon kemaafan kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya dalam wawancara pertamanya sejak dibebaskan dua minggu lalu dari pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.

Sirul adalah antara tahanan imigresen yang dibebaskan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Australia terhadap penahanan imigresen tanpa had tempoh.

Mengenai kebimbangan keselamatannya, Sirul berkata seorang pegawai polis Malaysia memaklumkan kepadanya yang menteri hal ehwal luar Australia menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk bertanya tentang keselamatannya di Canberra.

“Mereka memberitahu saya selamat. Tapi, saya kecewa, lihat sahaja berita semuanya jahat tentang saya. Jadi, masyarakat di sini sangat, sangat takut kepada saya. (Mereka fikir) Sirul berbahaya.”

Sirul melarikan diri ke Australia selepas dijatuhi hukuman mati di Malaysia tetapi permohonan suakanya ditolak pada 2019, menyebabkan dia ditahan di Sydney. – 24 November 2023.

HAM DUL LIL

SIRUL SELAMAT

AMIN

APA AKAN JADI

PADA AZILAH ?

JENG JENG JENG

KENA GANTUNG

ATAU PENJARA

SEUMUR HIDUP

AMIN

BAGAIMANA DG

NAJIB YANG BERI

300RM PADA AZAILAH

LEPAS BUNUH 

ALTANTUYA ?

JENG JENG JENG

BERAPA ORANG

MATI DIBUNUH

TERLIBAT DGN NAJIB

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan