Isnin, 27 November 2023

HUSAM PARTI APA ?




Mujahid, Husam jadi perhatian dalam pemilihan Amanah

PEMILIHAN Amanah akan menyaksikan jawatan presiden Mohamad Sabu dicabar dan juga kebangkitan semula bekas naib presiden Husam Musa, kata beberapa sumber dalam parti.

Beberapa sumber Amanah mengesahkan kepada The Malaysian Insight, Mohamad Sabu hampir pasti akan dicabar Mujahid Yusof Rawa yang merupakan naib presiden parti waktu ini.

Seorang daripada sumber itu berkata ini mengesahkan wujud kempen untuk membolehkan barisan pemimpin dalam kem Mujahid mendominasi jawatankuasa tertinggi Amanah.

Usaha ini akan membolehkan barisan pemimpin yang mengisi 27 kerusi jawatankuasa tertinggi itu mengangkat Mujahid sebagai presiden baharu Amanah.

“Memang ada pergerakan yang turun berkempen di kalangan akar umbi untuk mengangkat pasukan 27 orang yang dijangka akan menyokong Mujahid sebagai presiden,” katanya.

Oleh itu, Mujahid perlu memastikan kemnya menang dalam pemilihan kali ini memandangkan tiada pertandingan satu lawan satu bagi lima jawatan tertinggi Amanah, kata sumber.

Jelasnya, 27 orang pemimpin dalam jawatankuasa tersebut akan menentukan jawatan tertinggi dalam Amanah, antaranya presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

“Jadi pemilihan kali ini akan menyaksikan pertembungan kem antara Mohamad dan Sabu. Jadi kem yang menang dan mendominasi jawatankuasa tertinggi akan memilih presiden mereka,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat antara yang dikenal pasti akan diangkat oleh kem tersebut ke jawatan timbalan presiden.

“Antara yang ada dalam kem Mujahid selain ialah pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Pahang, pengerusi Amanah Pulau Pinang Roslan Ahmad.

“(Selain itu), Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Manjoi Asmuni Awi dan senator Hatta Ramli,” katanya.

Pemilihan Amanah akan berlangsung pada 23 dan 24 Disember ini.

Mujahid sudahpun mengumumkan bahawa beliau sedia memikul tanggungjawab lebih besar sekiranya nama beliau tersenarai dalam lima jawatan tertinggi dalam pemilihan parti ini.

Sementara itu, satu lagi sumber dalam kalangan pemimpin kanan Amanah mendedahkan mengenai potensi bekas naib presiden parti, Husam Musa menyertai jawatankuasa tertinggi Amanah.

Bagaimanapun sumber rapat dengan Husam itu berkata pemimpin tersebut tidak memihak dalam mana-mana kem dalam pemilihan kali ini.

“Beliau sudah menyatakan minatnya untuk bertanding dalam jawatankuasa Amanah.

“Mohamad sendiri pun ada meminta beliau untuk bertanding semula begitu juga dengan Mujahid, tapi beliau kata tidak akan pro mana-mana kem,” katanya.

Husam merupakan naib presiden Amanah selepas menyertai parti itu sejak disingkirkan dari PAS pada 2016. Beliau kemudian melepaskan jawatannya dalam Amanah pada September 2020.

Keputusannya itu dikaitkan dengan pertembungan dengan Mohamad kerana Husam didakwa tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Mohamad dalam Amanah.

Husam seterusnya bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam PRU15, namun beliau masih lagi menjadi ahli Amanah.

Sumber bagaimanapun menjelaskan, Husam bertindak melepaskan jawatannya pada 2020 kerana tidak mahu dikaitkan dengan pertembungan dengan presiden pada waktu itu.

“Itu memang prinsip Husam. Pada waktu itu dikatakan hangat ada pertembungan kuat antara Husam dengan presiden. Jadi beliau mahu elak pertembungan itu maka beliau lepas jawatan.

“Sama juga semasa beliau melepaskan kerusinya di Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum 2004 kepada Salahuddin Ayub.

“Kerana beliau tidak mahu ada pertembungan. Sekiranya ada pertembungan beliau akan menjadi pihak yang mengalah,” katanya.

Pada masa sama sumber itu menyifatkan hubungan Husam dengan Mohamad sangat baik.

Kalangan pemimpin akar umbi pula tidak menolak bahawa gerakan untuk menukar kepemimpinan tertinggi dalam Amanah menimbulkan reaksi berbeza-beza.

Seorang pemimpin dari struktur akar umbi yang enggan dinamakan berkata perkembangan itu menimbulkan reaksi berbeza, tetapi masih positif.

“Memang ada suara-suara akar umbi yang berbeza-beza. Itu kita tak nafikan. Kerana ada setengah mereka berpandangan perlu ada kepimpinan baharu,” katanya.

Beliau berkata bagi pihak yang mahu kepimpinan baharu dalam parti ini kerana ia dapat memberi suasana baharu terutama bagi menguatkan hala tuju dan menghadapi PRU16.

Sumber berkata situasi perbezaan dalam kalangan akar umbi masih terkawal dan ia proses biasa dalam sistem demokrasi.

“Dan ada sebahagian besar suara akar umbi yang mahu kepimpinan sama dikekalkan kerana ini adalah penggal terakhir Mohamad selaku presiden,” katanya.

Perlembagaan Amanah menetapkan setiap presiden parti hanya dapat mengekalkan jawatan itu selama tiga penggal secara berturut-turut. – 27 November, 2023.

WOIT

SALEHUDIN PERGI

AMANAH RUGI

AMIN

MUJAHID GANTI

MAT  SABU ?

AMIN

TAPI HUSAM

DAH KELUAR

AMANAH MASUK

PKR

AMIN

APAKAH TAKDA

PENGUMUMAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Taktik Dasai sejak zaman Umno letak loyalist, kroni dan macai dalam parti2 lain.
    Ronny Liu sihat?

    BalasPadam