Isnin, 25 Disember 2023

DENGAR NASEHAT YANG BAIK


Jangan tangguh buat ujian kendiri jika bergejala, kata MMA


PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) mengesa rakyat Malaysia supaya meningkatkan langkah keselamatan dan lebih berwaspada dengan situasi semasa di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Presidennya Dr Azizan Abdul Aziz menegaskan rakyat di negara ini mesti sentiasa memeriksa keadaan kesihatan serta menggesa mereka supaya membuat ujian saringan kendiri jika bergejala.

“Satu langkah yang sangat penting yang memerlukan penekanan ialah ujian saringan kendiri apabila bergejala seperti selesema.

“Kebanyakan kes terkini Covid-19 yang dilaporkan adalah bergejala ringan dan terdapat kemungkinan besar ramai yang tidak melakukan ujian saringan kendiri apabila mengalami simptom seperti selesema.

“Apa yang dibimbangi tanpa ujian kendiri, kuarantin yang wajib dijalani juga berkemungkinan tidak dipatuhi,” kata Azizan kepada The Malaysian Insight.

Malaysia kini mengalami lonjakan kes Covid-19 dan menurut Kementerian Kesihatan (KKM) trend itu dijangka berterusan sepanjang tempoh Krismas dan cuti umum.

Semakan di portal KKMNOW KKM menunjukkan terdapat 28,375 kes aktif Covid-19 di negara ini hingga kini, dengan 97.6% daripadanya menjalani kuarantin di rumah.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad minggu lepas berkata kementerian sudah merangka lima strategi untuk menangani perkara itu.

Lima strategi utama tersebut ialah: pengesanan awal, pemerkasaan komuniti melalui TRIIS (test, report, isolate, inform and seek), pemantauan fasiliti kesihatan, komunikasi risiko berkesan dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.

Azizan mengingatkan orang ramai supaya memainkan peranan masing-masing bagi memastikan lima strategi utama yang digariskan kerajaan itu berjaya.

“Melangkah ke hadapan, kami juga menggesa Kementerian Kesihatan untuk menyampaikan strateginya melalui pelbagai platform untuk memastikan maklumat tersebut sampai kepada rakyat dengan baik,” katanya. – 25 Disember, 2023.

DENGAR NASEHAT

YANG BAIK INI

AMIN

KITA JAGA

KITA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan