Isnin, 25 Disember 2023

ZIONIS DAH JADI NAZI




70 terbunuh dalam serangan Israel di kem pelarian


KEMENTERIAN kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas beberapa rumah di kem pelarian pada lewat Ahad.

Kementerian berkata serangan itu memusnahkan rumah-rumah di kem Al-Maghazi di tengah-tengah wilayah Palestin. AFP tidak dapat mengesahkan angka kematian secara bebas.

Jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra berkata “jumlah syahid dari pembunuhan beramai-ramai Al-Maghazi telah meningkat kepada 70 orang setakat ini”.

Tentera Israel ketika dihubungi AFP, berkata ia sedang “menyemak” laporan itu.

Terdahulu, Qudra berkata serangan itu memusnahkan “blok kediaman” dan “angka kematian berkemungkinan meningkat” memandangkan jumlah keluarga yang tinggal di situ.

Dalam kejadian berasingan, kementerian berkata 10 ahli satu keluarga terbunuh dalam serangan Israel ke atas rumah mereka di kem Jabalia di utara Gaza. – AFP, 25 Disember, 2023.

DULU DIBUNUH

OLEH NAZI

AMIN

SEKARANG DAH

JADI NAZI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan