Khamis, 12 Januari 2023
AHLI UMNO BANYAK GILA KATA KJ
‘Hentikan kegilaan ini’, KJ selar cadangan jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan
Bekas ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini mengecam gesaan agar jawatan tertinggi parti tidak dicabar pada pemilihan parti yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini, sehari selepas bermula perhimpunan agung Umno yang pertama selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau menyelar cadangan lebih 100 pemimpin bahagian Umno supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, menyifatkan cadangan itu sebagai “kegilaan” yang melanda parti itu.
“Hentikan kegilaan ini,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.
“Saya rasa presiden adalah seorang ‘fighter’ yang gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.
"Jangan matikan demokrasi dalam Umno."
Seramai 140 ketua bahagian Umno berkata semalam bahawa jawatan presiden, yang kini disandang Ahmad Zahid Hamidi, tidak perlu dicabar.
Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian juga bersetuju supaya jawatan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Beliau berkata Umno perlu menumpukan perhatian kepada pengukuhan parti bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.
Menurutnya, persetujuan itu disuarakan 126 ketua Umno bahagian yang hadir manakala 14 lagi memberi sokongan menerusi telefon.
“Semua telah bersetuju supaya jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata memandangkan keadaan Umno sekarang, adalah wajar jawatan itu tidak dipertandingkan.
“Kalau boleh dalam keadaan kita jatuh terduduk ini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding, kerana kalau bertanding sedikit sebanyak ia akan menyebabkan perpecahan,” katanya kepada pemberita selepasselepas perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata tetap mempertahankan jawatannya jika dicabar pada pemilihan parti.
Pada 2018, Khairy menentang Zahid dalam perebutan jawatan presiden Umno.
Namun beliau tewas kepada Zahid dengan 61 undi daripada 191 undi bahagian dan mengatasi pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang masuk terakhirn.
KJ ADALAH
PEMIMPIM MASA
DEPAN NEGARA
AMIN
LEBIH BIJAK DARI
HISHAM H20
AMIN
LEBIH FASIH
BAHASA INGGERIS
DARI ZAHID
KHALAS
LULUSAN
OXFART YANG
TERSOHOR
ILMU PPE
KAH KAH KAH
KHALAS
LAUNGAN UNDUR ZAHID UNDUR !
Singkir pengkhianat dalam Umno, kata Asyraf Wajdi
UMNO perlu menyingkirkan pengkhianat dalam parti bagi mengelakkan parti Melayu itu terus dirosakkan, kata Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki.
Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau mentakrifkan pengkhianat tersebut antara lain menyerang presiden dan parti selain mencerca Umno dalam kempen pilihan raya.
Beliau memberitahu perwakilan sayap tersebut, saki baki pengkhianat itu akan memusnahkan Umno dari dalam sekiranya dibiarkan.
“Pemuda ingin tegaskan agar saki baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, utamakan diri daripada parti agar disingkirkan terus daripada menjadi barah yang merosakkan segala organ dan jasad parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di ibu negara hari ini.
Asyraf juga melahirkan rasa kesal terdapat segelintir kepimpinan Umno menggunakan pentas kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu untuk menyerang institusi presiden dan parti.
“Lebih menyedihkan apabila masih wujud api dalam sekam dan musuh dalam selimut yang berkempen dalam PRU dengan cara mengutuk parti dan presiden.
“Dalam kempen PRU, tak terbayang bagaimana pemimpin berpuluh hidup tahun hidup bermewah atas keringat dan darah ahli parti,” katanya.
Beliau juga kesal kerana sesetengah calon Umno mencerca parti sendiri dalam kempen itu.
“Dijaja kononnya mengundi beliau untuk memulihkan Umno yang sesat, rosak, dan korup seolah-olah dia paling suci, sempurna, dan paling hebat segalanya,” katanya.
Sedangkan calon inilah yang menikmati segala kebaikan dengan hasil dan jasa Umno selama ini, katanya.
“Apa hodoh sangat ke Umno yang menatang mereka hingga sesetengahnya dapat beberapa kali jadi menteri.
“Busuk sangatkah kepemimpinan mereka yang berulang kali khianat diberi tempat dalam parti,” kata Asyraf lagi.
Katanya, tindakan calon inilah bukan sahaja tidak membantu rakyat mengundi Umno bahkan menunjukkan parti itu berpecah belah sekali gus menjauhkan pengundi.
“Bagaimana rakyat nak yakin kita boleh bawa kestabilan jika pemimpin atasan sibuk bercakaran, bagaimana rakyat nak undi BN jika kita saling berpecah belah. Kluster itu kluster ini.
“Realitinya 2018 kita kalah kerana fitnah, 2022 kalah kerana berpecah,” katanya lagi.
Awal Oktober lepas, Umno memutuskan menggantung anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun, kerana didakwa secara terbuka mengkritik parti dan kepimpinan, terutamanya Presiden Ahmad Zahid Hamidi.
Umno turut menolak rayuan bekas ahli Parlimen Pasir Salak terhadap penggantungannya.
MKT Umno turut menggantung bahagian Arau atas alasan melanggar disiplin parti.
Awal bulan lepas, Umno juga memecat tiga pemimpin bahagian termasuk bekas ketua Umno Ketereh Annuar Musa selepas didapati terlibat secara langsung atau tidak menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dua lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita Umno Arau, Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita Umno Maran, Fatimah Kassim.
Shamsiah adalah isteri kepada bekas ketua Umno Arau Shahidan Kassim manakala Fatimah isteri kepada bekas ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib.
Suami mereka tidak dicalon semula untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lepas dan memilih menjadi calon Perikatan Nasional.
Umno juga pada masa itu memecat bekas ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin dan Azhar Ahmad kerana bertanding sebagai calon bebas. – 12 Januari, 2023.
UNDUR ZAHID
UNDUR
KHALAS
INI MUKA MUKA
PENGKIANAT
YANG JELAS
AMIN
APA TINDAKAN
AKAN DIAMBIL
KHALAS
HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA
HALANG PENCURI
KEMBALI
BERKUASA
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"DUA BERGELAR DATUK
DI TANGKAP KES MENARA KL"
Ramai yang hoi hoi yahoi biliyun biliyun ada LATOK, Tan Seli dan Islang ..mereka ni Latok selepas hoi hoi yahoi ke atau sebelum. Yang paling chantek pabila korban TANAH RUNTUH yang Kapir Laknat pun kono Hoi Hoi Yahoi ..kahkahkah ..tuckbEEr.
NAJIB DITINGGALKAN
NAJIB & PAU
DILAPORKAN
PAU KALI INI
TAK HEBOH
PASAI NAJIB
KAH KAH KAH
KUMPULAN NAK
BEBASKAN NAJIB
ADA DI PAU
TAPI TIDAK BUAT
KEMPEN GILA GILA
AMIN
APAKAH INI
TANDA ZAHID
LEPASKAN DIRI
SENDIRI DULU
SEBELUM
LEPASKAN NAJIB
ATAU BAK KATA KJ
NAJIB BOLEH
REST IN PISS
KHALAS
LAPORAN PAU
LAPORAN PAU
AMIN
ZAHID SELAMAT
KJ HANYA BUAT
GEMPAQ
AMIN
TAKDA SAPA
AKAN BERANI
LAWAN ZAHID
AMIN
AKAN ADA
KETETAPAN
TAKDA PERLAWANAN
AMIN
KERAJAAN PMX
SELAMAT
KHALAS
KJ GIGIT JARI
REST IN PISS
KAH KAH KAH
KHALAS
APA JADI DENGAN KES PEMBETONG ?
APA JADI DENGAN
KES BUAT
PEMBETONG
AMIN
SEBELUM PRU15
DIKATAKAN ADA
PROJEK BERBILION
DILULUS
AMIN
BETUL ATAU FITNAH
KAH KAH KAH
KHALAS
AL-FATIHAH
Legendary rock guitarist Jeff Beck dies aged 78
Beck rose to fame with the Yardbirds before fronting the Jeff Beck Group and making forays into the jazz-fusion sound he pioneered
Jeff Beck, pemain gitar terkenal yang bermain dengan Yardbirds dan mengetuai Kumpulan Jeff Beck, telah meninggal dunia pada usia 78 tahun, wakilnya mengesahkan.
Beck meninggal dunia pada hari Selasa selepas "tiba-tiba dijangkiti meningitis bakteria", wakil mengesahkan. "Keluarganya meminta privasi semasa mereka memproses kerugian besar ini," tambah mereka.
Selalunya digambarkan sebagai salah seorang pemain gitar terhebat sepanjang zaman, Beck - yang jari dan ibu jarinya terkenal diinsuranskan dengan harga £7m - dikenali sebagai inovator yang berminat. Dia mempelopori jazz-rock, bereksperimen dengan kesan fuzz dan herotan dan membuka jalan untuk subgenre yang lebih berat seperti psych rock dan heavy metal sepanjang kerjayanya. Beliau adalah pemenang Grammy lapan kali, penerima Ivor Novello untuk sumbangan cemerlang kepada muzik British dan telah dilantik ke dalam Rock and Roll Hall of Fame sebagai artis solo dan sebagai ahli Yardbirds.
THE YARDBIRDS
1965
AMIN
APA ITU RUMAH HIJAU
APA ITU
RUMAH HIJAU
Satu masa yang agak lama dulu saya pernah terbaca berita Tunku Abdul Rahman berkata : Di Malaysia ini kalau semua warga jadi penganut agama Islam maka baru kita bersatu.
Satu masa yang tidak berapa lama dulu saya ada melihat klip video YouTube di mana Ronald Reagan Presiden Amerika berkata : Umat manusia ini akan bersatu jika dunia kita diserang oleh makhluk asing dari luar bumi.
Ketika ini Hishamuddin Rais berkata: Kita tak perlu menganut satu agama untuk bersatu. Kita juga tidak perlu menunggu makhluk asing datang menyerang baru kita bersatu.
Kita perlu bersatu sekarang bukan kerana agama. Kita perlu bersatu sekarang kerana yang datang ini lebih pantas dari halilintar membelah bumi. Kita perlu bersatu bukan kerana serangan makhluk asing dari bintang Jupiter atau bintang Marikh.
Kita semua – umat bumi – anak semua bangsa dan bangsa semua agama – kita wajib sedar bumi kita sedang diserang oleh malapetaka cuaca.
Kita hanya ada satu bumi. Musnah bumi ini kita tak ada tempat lain untuk hidup bernafas.
Dunia kita sedang berhadapan dengan krisis iklim. Dunia makin panas hasil dari dampak rumah hijau.
Apa dia rumah hijau ?
Kita yang duduk di Malaysia sebuah negara bumi tropika di mana cahaya mata hari dari Tuhan Ra ada sepanjang tahun. Tuhan Ra memberi rahmat kepada kita dengan tenaga sinarnya.
Di Eropah – kalau kita ke Belanda dan melintas kampung Orang Belanda maka kita akan ternampak banyak rumah hijau. Pak Tani Belanda bercucuk tanam dalam rumah hijau.
Rumah hijau beratapkan plastik. Rumah ini ada yang berpintu dan berdinding dan banyak pula yang hanya ada atap tanpa dinding - terbuka lapang.
Rumah hijau Pak Tani ini akan memerangkap cahaya anugerah Tuhan Ra membantu tanaman untuk tumbuh cepat dan segar.
Di masa kita di sekolah rendah ada cik gu mengajar kita jika ada air, ada udara dan ada panas maka biji jagung akan tumbuh. Untuk membuktikan perkara ini kita diberi sebutir biji jagung, satu balang test tube dan kapas.
Kapas di masuk ke dalam balang kemudian kita masukkan biji jagung. Kapas dibasahkan dengan titisan air.
Empat hari kemudian jagung bercambah. Ilmu pengetahuan ini sebenarnya adalah asas konsep rumah hijau. Dari awal lagi kita telah diberi tahu tentang rumah hijau.
Balang test tube itulah rumah hijau.
Ketika itu kita tidak tahu pun apa itu rumah hijau. Malah perkataan rumah hijau amat jarang didengar.
Bumi kita pun dalam rumah hijau yang wujud semula jadi. Rumah hijau bumi bukan macam rumah hijau di Belanda yang nampak dilihat. Rumah hijau bumi halimunan.
Asal muasal bumi kita ini dengan ledakan Big Bang – Kun Fa Yakun bermula 13.8 bilion tahun dahulu . Dari ledakan Big Bang ini debu-debu dan habuk atom telah berkumpul dan berkisar dan membulat hingga terwujudnya planet bumi yang kita kenali sebagai bumi.
Umur planet bumi ialah 4.543 bilion tahun.
Bumi kita ini cukup unik. Ada berbilion bintang dan planet dalam alam ini tapi setakat tahun 2023 ini hanya bumi kita ini yang diketahui ada wujudnya umat manusia.
Para saintis mentakrifkan bumi kita ini sebagai planet Goldilocks. Perkataan Goldilocks ini sering kita dengar. Biar saya beri pencerahan.
Goldilocks adalah nama watak budak perempuan dalam kesah Tiga Ekor Beruang. Ada Pak Beruang, Mak Beruang dan Anak Beruang. Mereka mahu makan bubur yang baru dimasak oleh Mak Beruang. Bubur mereka masih panas. Lalu tiga ekor beruang ini beruang keluar bersiar sementara menunggu bubur sejuk.
Mencuri masuk anak gadis bernama Goldilocks. Dia mencuba bubur mangkuk Pak Beruang – masih terlalu panas. Goldilocks menyudu bubur Mak Beruang yang juga masih panas.
Kemudian Goldilocks menyudu bubur dalam mangkuk kecil milik Anak Beruang. Bubur Anak Beruang ini tidak panas dan tidak sejuk. Cukup enak untuk di nikmati.
Maka dari ini lahir konsep planet bumi dan Goldilocks. Sama seperti suhu bubur Anak Beruang yang dinikmati oleh Goldilocks. Nama Goldilocks diambil sebagai metafora planet bumi ini yang tidak panas dan tidak sejuk.
Planet bumi memiliki suhu yang tepat dan amat sesuai untuk mewujudkan kehidupan makhluk dan tumbuhan.
Bumi tidak panas seperti suhu planet Mercury 167C atau Venus 464C. Suhu bumi ialah 15 C atau 59 F – cukup Goldilocks. Amin.
Bumi kita ini dipayungi oleh rumah hijau. Jika kita mendongak ke langit kita tidak nampak rumah hijau ini. Rumah hijau bumi bukan plastik seperti rumah hijau Pak Tani Belanda. Rumah hijau bumi adalah gas yang halimunan.
Bumi kita ini diliputi atau diselubungi oleh gas karbon dioksida, methane, nitrous oxides dan wap air. Suhu wap air ini berubah ubah mengikut suhu pancaran sinar matahari.
Bumi kita beredar mengelilingi Tuhan Ra. Arah senget bumi, jarak jauh dan dekat bumi dari matahari akan menimbulkan musim sejuk, musim bunga , musim daun gugur dan musim panas.
Para saintis telah menemui fakta bahawa pemanasan karbon dioksida memberi kesan kepada kestabilan atmosfera bumi. Jika dilupuskan karbon dioksida kesan rumah hijau di bumi akan hilang. Tanpa karbon dioksida suhu bumi akan jadi 33C sejuk.
Karbon dioksida ini diperlukan sama seperti gas yang lain.
Justeru adunan antara semua gas dan wap air ini telah menjadikan planet bumi bersifat Goldilocks. Semuanya seimbang – semua teratur – semua memainkan peranan.
Bumi kita ini berjalan indah permai walau pun sesekali ledakan gunung berapi tapi tidak mengancam cuaca keseluruhan. Hakikatnya aman damai.
Semuanya mula berubah dengan bermula Revolusi Industri Pertama. Pada tahun 1776 apabila pereka dan jurutera dari Scotland James Watt ( 1938 -1819) membuat injin wap.
Kuasa wap dari air yang dibakar arang batu. Kuasa wap yang menggerakkan injin ini mengubah bukan hanya kehidupan manusia malah mengubah bumi umat manusia.
Dunia diubah dengan pembakaran tenaga bahan api fosil.
Apa dia bahan bakar fosil.
Bahan fosil tersimpan berjuta-juta tahun dalam perut bumi. Fosil ini adalah plankton dan tumbuhan yang telah mati terkambus dalam bumi berjuta tahun dahulu.
Plankton menjadi gas dan minyak. Tumbuhan menjadi arang batu. Ini asal usul bahan bakar fosil.
Bila kita terbaca perkataan ‘fossil feuls’ maka kita fahami ini adalah arang batu, gas dan minyak petrol.
Dunia moden yang kita temui pada tahun 2023 ini adalah hasil pembakaran tenaga fosil. Kita membakar arang batu, kita membakar gas dan kita membakar minyak petrol untuk menjalani hidup moden.
Ramai tidak sedar bahawa hidup moden kita hari ini bersandarkan bahan bakar fosil.
Membakar ertinya memanaskan.
Satu ketika dulu kita pakai dapur kayu. Kita bakar kayu untuk masak nasi, untuk jerang air atau untuk rebus telor.
Kemudian kita padamkan api yang membakar kayu itu. Dapur kita kembali sejuk seperti sedia kala.
Awas! Proses kita membakar kayu kita boleh nampak api dan asap. Tapi ada lagi ada perkara halimun telah berlaku. Ada proses yang tidak kita lihat. Ada perkara halus telah terjadi.
Ada gas yang keluar dari proses pembakaran itu. Gas yang keluar ialah karbon monoksida yang bergumpal sama dalam sama dalam asap.
Tapi memasak nasi ini bukan pembawa masalah. Ini hanya contoh pembakaran.
Apa akan terjadi apabila minyak petrol dibakar dalam injin kereta. Akan ada wap yang bercampur dengan gas karbon monoksida, nitrogen oksida, asap dan debu. Ini yang membawa pencemaran udara.
Membakar minyak petrol dan arang batu juga mewujudkan karbon dioksida. Karbon dioksida inilah yang membawa pemanas rumah hijau bumi.
Bukankah karbon dioksida ini diperlukan untuk keseimbangan rumah hijau planet bumi.
Betul. Gas karbon jenis ini diperlukan. Tetapi ada had dan jumlahnya. Ada jumlah dan keseimbangan yang Goldilocks yang diperlukan. Bukan kurang dan bukan berlebihan.
Jangan risau masalah pemanasan rumah hijau planet bumi ini bukan akibat dari Mak Cik Kiah memasak nasi pakai dapur gas di Jengka. Bukan kerana Awang Pijoi membakar lemang pakai arang di Jelebu.
Masalah pemanasan ini telah berlaku semenjak 1750 - Revolusi Industri Pertama ratusan tahun dahulu. Arang batu, minyak, dan gas telah dibakar. Semua pembakaran ini mengeluarkan karbon dioksida.
Asas hidup moden hari ini ialah pembakaran tenaga fosil. Usik apa sahaja dalam dunia moden hari ini maka kita akan bertemu dengan pembakaran tenaga fosil.
Api leterik yang kita gunakan hasil dari arang batu dan minyak telah dibakar di loji jana kuasa.
Kereta, bas, lori dan motosikal yang bergerak di jalan raya semuanya adalah pembakaran tenaga fosil.
Pembakaran fosil ini bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur, di Alor Star, atau di London atau di New York atau di New Delhi atau di Shanghai – tidak – pembakaran ini berlaku di seluruh dunia.
Satu dunia ini – kita bersama sama – senang membakar fosil. Ini maknanya warga seluruh dunia – umat manusia seluruh dunia bertanggung jawab membawa pemanasan rumah hijau planet bumi.
Tidak cukup ini dengan ini kita umat manusia juga menebang hutan, pokok dan kayu kayan. Manusia pemusnah hutan.
Ada apa dengan hutan dan kayu kayan. Apa sangkut paut hutan balak dnegan pemanasan rumah hijau bumi. Tunggu pencerahan. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARAKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/422554
ZAHID AKAN BEBASKAN NAJIB ?
ZAHID AKAN
BEBASKAN NAJIB ?
AMIN
Unknown commented on
"RAKYAT SEDANG MEMERHATI"
Majoriti rakyat memerhati dengan sebelah mata saja. Sebab tu sampai sekarang pemimpin2 di Malaysia ni masih berjaya memperbodohkan rakyat dengan modal agama dan bangsa. Selagi Zahid tpm selagi itulah Najib takkan bebas. Jadi silalah pilih rakyat2 yang kononnya memerhati, lu nak Najib bebas atau terima Zahid sebagai tpm. Jangan pulak lu nak semua bersih tiba2. Lu duduk Malaysia bhaii...bukan Finland bukan Sweden bukan New Zealand.
PENCURI KEMBALI BERKUASA
Kerajaan perpaduan Anwar terjejas jika BN gagal di negeri Pakatan, kata pemerhati
KEGAGALAN Umno gagal menyatukan undi Melayu pada pilihan raya negeri akan datang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang boleh menjejaskan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata pemerhati politik.
Mereka berkata pengkritik yang menentang kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan persekutuan akan semakin berani untuk mencabar kedudukan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam parti itu – satu langkah yang akan memberi kesan riak kepada kerajaan perpaduan termasuk musuh ketat Umno, DAP.
Penganalisis politik Liew Wui Chern dari Universiti Tunku Abdul Rahman berkata jika Umno gagal mendapatkan semula sokongan berbanding parti berasaskan Melayu yang lain – Bersatu, PAS mahupun Pejuang – dan mendapatkan undi Melayu, ia akan memberi kesan buruk kepada kestabilan kerajaan persekutuan semasa.
Pensyarah itu berkata prestasi buruk itu boleh mencetuskan lagi perbezaan pendapat dalam kepimpinan Zahid daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) - MIC, MCA dan khususnya Umno - yang menentang keras kerjasama dengan PH.
“Mereka akan mempunyai alasan untuk mengatakan pakatan dengan PH ini tidak baik untuk BN.”
Liew berkata rasa tidak senang itu boleh menjejaskan harapan Zahid untuk kekal sebagai presiden pada perhimpunan agung parti itu.
“Zahid mungkin dicabar. Jadi kesimpulannya jika keputusan pilihan raya di tiga negeri itu tidak memihak kepada Umno atau PH, ia boleh menggugat kestabilan kerajaan perpaduan,” tambahnya sambil menuding jari kepada BN sebagai punca masalah.
Liew berkata sebaliknya, ahli PKR juga mungkin berkata Umno atau BN bukan aset yang PH boleh diharapkan.
Keputusan Umno bekerjasama dengan PH bagi kerajaan perpaduan, mencetuskan perdebatan panjang dan hangat di kalangan penyokong akar umbinya.
Liew berkata jika PH mahu melengkapkan penggal lima tahunnya, gabungan pemerintah mesti membawa balik sejumlah besar undi Melayu dalam pilihan raya negeri di tiga negeri itu, ditambah dengan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pilihan raya negeri dijangka diadakan selepas Hari Raya.
Liew tidak menganggap keputusan Kedah dan dua negeri pantai timur sebagai kunci dalam analisisnya. Kedah, Kelantan dan Terengganu kini di bawah pemerintahan PAS.
Beliau berkata jika keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dijadikan kayu pengukur, beliau tidak percaya PAS boleh ditumpaskan di negeri-negeri yang majoritinya orang Melayu.
“Tidak akan ada sebarang perubahan di tiga negeri itu. Tetapi tidak kira apa keputusannya, ancaman yang akan ditimbulkannya kepada kerajaan perpaduan hanya minimum.”
Bagaimanapun, di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, undi Melayu mesti dikembalikan, kata Liew.
“Petanda mesti ada. Ia mungkin tidak banyak tetapi selagi ada tanda-tanda untuk kembali, ia sudah cukup baik.”
Beliau berkata sekiranya PH kehilangan 10% lagi undi Melayu di tiga negeri itu, ia boleh mendedahkan gabungan itu kepada langkah menggulingkan mereka daripada kuasa.
Dr Cheah See Kian bersetuju dengan penilaian Liew dan berkata prestasi PH dalam pilihan raya Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah ujian utama untuk Anwar.
“Adalah penting PH mempertahankan tiga negeri itu, terutama Pulau Pinang dan Selangor.”
Beliau berkata jika PH kalah kepada BN atau jika prestasi mereka tidak meyakinkan, “mereka akan mendapat malu dan kuasa PH bakal berakhir”.
Anwar perlu memberikan yang terbaik untuk menunjukkan karisma dan pengaruhnya di Pulau Pinang dan Selangor untuk memenangi lebih ramai pengundi Melayu menyokong Umno, tambahnya.
Justeru, beliau berkata pilihan raya negeri itu sangat penting untuk kelangsungan PH.
Anwar dilaporkan memaklumkan kepada pemimpin pakatan utama untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada Jun ini.
“Kami tidak berhenti bekerja sejak PRU15. Kami bekerja keras untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan peruntukan kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri itu sudah 80% selesai.
Beliau berkata pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Pulau Pinang yang parti anggota PN sudah membincangkan peruntukan kerusi seawal pilihan raya negara tahun lepas.
“Persediaan pilihan raya negeri dan pembahagian kerusi menjadi asas perbincangan kita pada masa itu, dan kita boleh katakan sudah 80% selesai, dan barulah kita kaji secara terperinci strategi untuk menangani pilihan raya negeri.”
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum tahun lepas.
Hanya Pahang, Perak dan Perlis yang membubarkan DUN mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri.
Ini bermakna enam negeri mesti mengadakan pilihan raya negeri sebelum September tahun ini.
Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri sebelum pilihan raya umum pada 19 November 2022. – 12 Januari 2023.
WOIT