Khamis, 23 Februari 2023
SYED SADDIQ DI DAKWA KERANA TAK SOKONG ABAH
Pendakwaan terhadap saya kerana tidak sokong Muhyiddin, kata Syed Saddiq
AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pendakwaan terhadapnya di mahkamah adalah kerana tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu.
Bekas ketua Pemuda Bersatu itu berkata permintaan untuk menyokong Muhyiddin, bagi mengelak beliau didakwa di mahkamah adalah sesuatu yang salah.
Syed Saddiq berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Gobind Singh Deo, pada hari kedua prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Gobind: Apa yang kamu maksudkan ia sesuatu yang salah?
Syed Saddiq: Permintaan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin, walaupun secara peribadinya saya tidak mempunyai masalah dengan beliau (Muhyiddin) Yang Arif, tetapi jika perkara itu (menyokong Muhyiddin) akan menghentikan pendakwaan, ia adalah salah. Perkara itu diberitahu pegawai penyiasat yang menyiasat saya dan serbu rumah saya.
“Dia (pegawai penyiasat) bersama saya setiap hari semasa saya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai penyiasat itu beritahu, SPRM adalah alat politik apabila bertukar kerajaan dan saya adalah mangsa pendakwaan politik. Itu tidak betul dan saya harap perkara ini diperbetulkan,” katanya.
Gobind: Sekiranya kamu tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin, pendakwaan akan dikenakan terhadap kamu, itu yang anda katakan? Bagi kami ia suatu yang salah?
Syed Saddiq: Betul Yang Arif, ia perkara yang salah Yang Arif.
Pada prosiding semalam, peguam Haijan Omar merujuk Syed Saddiq dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.
Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Muhyiddin, kerana bekas perdana menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu, masih mengambil berat terhadapnya dan memaklumkan SPRM menjadi “alat” apabila berlaku pertukaran kerajaan.
Kepada soalan Gobind, bekas menteri belia dan sukan itu berkata keterangannya di mahkamah adalah benar dan bukan difikirkan kemudian.
Sementara itu, Syed Saddiq bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali, yang memindahkan dana RM120,000 daripada akaun Maybank atas nama Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun Maybank milik Syed Saddiq.
Ditanya Wan Shaharuddin, Rafiq Hakim yang memindahkan wang itu kerana beliau (Rafiq Hakim) adalah pemilik akaun ABBE, Syed Saddiq menjawab, “Betul”.
Presiden Muda itu juga bersetuju beliau tidak menunjukkan sebarang resit perbelanjaan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk dirinya sendiri, yang bertanding di Parlimen Muar kepada Rafiq Hakim dan tidak memaklumkan RM120,000 adalah bayaran balik kepada perbelanjaan kempen tersebut.
Ditanya semula oleh Gobind, mengapa Syed Saddiq tidak menunjukkan resit dan memaklumkan kepada Rafiq Hakim mengenai perbelanjaan bagi kempen PRU14, anak guamnya itu menjawab, Rafiq Hakim tidak terlibat dalam kempennya dan hanya meminjamkan akaunnya untuk memasukkan dana tersebut (RM120,000).
Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac, 2020.
Anak kelahiran Johor Bahru itu, didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April, 2018.
Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun, 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid bersambung esok. – Bernama, 23 Februari, 2023.
KES RASUH WAN SAIFUL JADI PELIK
SPRM tahan lelaki dakwa tawaran RM10 juta kepada Wan Saiful
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang mendakwa agensi antirasuah itu menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful Wan Jan untuk mengubah keterangannya bagi mensabitkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki itu, Mohamad Shafiq Abdul Halim, ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.
“Dia datang ke pejabat setelah dapat arahan kita dan kemudian ditangkap di pejabat SPRM (Putrajaya) semalam, jam 3.30 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Shafiq sebelum ini sudah meminta maaf secara terbuka kepada SPRM berhubung kenyataannya itu.
Katanya, beliau “terlepas cakap” berdasarkan khabar angin yang didengarnya di mahkamah.
Mengulas lanjut, Azam berkata meskipun Shafiq sudah meminta maaf tetapi tindakannya tidak boleh diampuni.
“Walaupun saya tahu dia membuat permohonan maaf dalam Facebook, ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.
“Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful. Akibat daripada kenyataan itu dia menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan, ada yang masih percaya wujud perkara itu.
“Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan,” katanya.
Azam berkata, lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.
Sebelum ini satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada ketua penerangan Bersatu itu.
Melalui klip video itu, lelaki terbabit mendakwa tawaran itu dibuat SPRM supaya Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu untuk menerima wang rasuah.
Selasa lalu, Wan Saiful, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. – 23 Februari 2023.
Insight
KES MAKIN
PELIK
KAH KAH KAH
APA MAKNA
BERITA INI
KAH KAH KAH
APA BERITA
DIBALIK BERITA
AMIN
KHALAS
APA JADI DENGAN KES AZAM BAKI
Pengawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire
SEORANG penolong pengarah kanan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas pertuduhan menerima sebuah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.
Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, sebagai seorang penjawat awam didakwa menerima untuk dirinya kenderaan itu yang bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat untuk perkara yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April, 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes. – Bernama, 23 Februari, 2023.
WOIT
HEBAT GEMPAQ
SPRM TANGKAP
SANA SINI
AMIN
INI AMAT BAIK
UNTUK NEGARA
AMIN
TAPI PELIK
APA JADI DENGAN
KES AZAM BAKI
AMIN
DULU HEBOH
PAKATAN MAHU
AZAM BAKI
DIREHATKAN
AMIN
APA SUDAH JADI
AZAM KINI
AMAT AKTIF
KHALAS
WAN SAIFUL NAK AJAR ZAHID
WAN SAIFUL
NAK AJAR ZAHID
AMIN
Unknown commented on
"WAN SAIFUL
SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI"
Cukong cukong huloq duit, akhirnya cuma untuk melihat anak menantu dapat projek...cukong sekalian pulak cuma mahu lihat negara ni maju di masa depan...lojik apakah semua ni???mohon pencerahan
Unknown commented on
"WAN SAIFUL
SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI"
Semua tahu melayu pegang kuasa, cukong support belakang, ini semua sejak merdeka sampai sekarang berlaku, buat pelik buat tak percaya menipu saja, cukong mana pernah rugi? Mesti lah cukong nak sokong orang yang boleh, berkuasa beri projek cari makan, untuk cukong siap kena bayar komisen saja, sebab itu harga bagi up up up sebab nak tanggung banyak pihak kah semua bodoh atau senagaja berlakon Bodoh macam Bossku ? Jangan lupa kah kah kah kerana setiap hari ada saja pelawak yang bernama YB membuat lawak berdiri kah kah kah jangan lupa orang TUA Malaysia bernama Mahathir
WAN SAIFUL SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI
WAB SAIFUL
SEKOLAHKAN
ZAHID HAMIDI
KHALAS
Unknown commented on
"BERSATU TUNJUKKAN
CONTOH PADA ZAHID"
Aku ni anti wak jahid tapi bandingkan wak dengan wan alamak...come on...
Dan sepatutnya kerajaan kena kawal cukong,bukan cukong2 kawal kerajaan. Tak kisahlah cukong tu fikir masa depan ke cukong kaki rembat ke apa. Zaman Najib 1mdb tu cukonglah kawal kerajaan ....sampai melingkup punah ranah kerana sekor cukong yang tak dapat/taknak ditangkap sampai sekarang. Psssss muhyidin pun xsibuk suruh tangkap Jho low dah. Taknak tanya kenapa ke?? Jeng jeng jeng
Hudbenseman commented on
"BERSATU TUNJUKKAN
CONTOH PADA ZAHID"
Siapalah nak bagi duit tanpa harap apa2, apa brader kita ni ingat cukong2 ni nak masuk syurga saja ka? Kalau ikut lu, Maka lingkuplah negara ni, sebab majoriti cukong2 ni pengketedarah,harga segala maha harga naik kerana cukong2 lah....ada cukong demi rakyat ke?? Kalau ada tolong sebutkan nama. Lojik brader ni sekarang,pn adalah boneka cukong sajalah. Tak gitu?
LANGKAH BAIK - JANGAN JADI TUHAN
RUU mansuh hukuman mati mandatori dibentangkan Mac ini
Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Mac ini.
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata pihaknya menjangkakan RUU itu dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan Mei nanti.
“Apabila undang-undang tersebut diwartakan, mereka yang terkesan boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara,” katanya selepas melawat Penjara Kajang di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 1,320 banduan yang dijatuhi hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan terkesan apabila RUU itu diwartakan.
Katanya permohonan itu akan melalui proses mahkamah dan bukan secara automatik hukuman banduan dikurangkan.
“Mahkamah akan mendengar bukan sahaja daripada tertuduh atau mereka yang telah disabitkan tetapi mangsa dan keluarga akan berpeluang menyampaikan faktor yang akan ditimbulkan untuk perhatian mahkamah melalui Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya.
“Mahkamah Persekutuan akan melihat satu persatu kes untuk menentukan sama ada hukuman gantung wajar digantikan dan ini terpakai kepada mereka yang menjalani hukuman gantung atau penjara sepanjang hayat,” katanya.
Ramkarpal berkata undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada banduan dari segi rehabilitasi dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk keluar semula kepada masyarakat.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi dialog bersama tujuh banduan akhir dan sepanjang hayat bagi mendengar pandangan mereka mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori.
Pada sesi itu, banduan berusia lingkungan 38 hingga 66 tahun yang sedang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terbabit meluahkan rasa gembira apabila dimaklumkan mengenai usaha kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori.
Mohamad (bukan nama sebenar), 45, berkata dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat yang kini memasuki tahun ke-23.
“Berilah kami peluang untuk bersama keluarga dan berjanji akan melakukan yang terbaik,” katanya yang disabitkan dengan kesalahan membabitkan dadah.
Katanya kebanyakan banduan yang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat berusia lebih 60 tahun dan wajar diberikan peluang kedua.
Pada 10 Jun tahun lepas, kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan mengenakan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.
LANGKAH BAIK
KITA JANGAN
JADI TUHAN
KHALAS
FAKE NEWS TOK ARAB
Wakil rakyat bimbang remaja terpedaya penipuan tawaran belajar
REMAJA lepasan sekolah dihujani tawaran belajar di luar negara yang disyaki sindiket penipuan, kata Adun Teruntum Sim Chon Siang.
Wakil rakyat daripada Pakatan Harapan berkata pelajar dari kawasannya di Pahang juga menjadi sasaran tawaran ini yang menjanjikan pekerjaan di luar negara.
Sim memberitahu The Malaysian Insight, beliau akan membuat laporan polis berhubung tawaran ini, yang dihantar melalui mesej teks di pelbagai platform dalam talian.
Beliau berkata pelajar Tingkatan 5 dan 6 di kawasannya menerima tawaran belajar dan menjalani latihan amali di Dubai, bandar paling ramai penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan wang saku RM1,500 sebulan.
Terdapat juga tawaran untuk bekerja dan belajar dengan tarikan ziarah percuma ke Mekah dan Madinah, katanya.
Beliau berkata ketika melawat sebuah sekolah di kawasannya untuk mengesahkan maklumat yang diterima, beberapa pelajar di sana menerima tawaran mengikuti kursus diploma “dengan program pekerjaan terus”, kebanyakan pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengakuinya sendiri.
Sim berkata beliau bimbang gelombang penipuan lain.
Beliau berkata tawaran itu amat mencurigakan dan mahu polis menyiasatnya.
Sim berkata jika syarikat yang membuat tawaran menjalankan latihan pengambilan yang sah, mengapa ia tidak mendedahkan nama mereka.
“Mereka tidak mendedahkan nama syarikat.”
Apa yang membuatkan Sim lebih curiga ialah syarikat yang menghantar tawaran itu mempunyai nama pelajar yang betul.
“Saya tidak faham bagaimana mereka boleh mendapatkan nama dan nombor telefon pelajar.”
Sim berkata akan terus memaklumkan pelajar, terutamanya mereka yang bakal tamat sekolah dan masuk ke pasaran pekerjaan, berhubung kemungkinan penipuan.
“Kebanyakan pelajar di kawasan saya semua sedar tawaran pekerjaan di Singapura atau Dubai tidak boleh dipercayai.
“Tetapi apa yang saya bimbang ialah penipu itu akan beralih ke tempat lain kerana mereka terus mencari pelajar yang mungkin terpedaya dengan helah mereka.
“Ada yang tidak pernah membaca berita, walaupun dalam talian meskipun memiliki telefon.”
Beliau berkata mereka yang naif dan mudah tertipu akan terpedaya dengan penipuan itu.
Tambahnya ibu bapa perlu terus memainkan peranan dalam kehidupan anak-anak apabila mereka mula mengorak langkah seterusnya ke alam pekerjaan. – 23 Februari, 2023.
APAKAH INI
KERJA TOK ARAB
ATAU GAGAK
NIGERIA
AMIN
ATAU TIM
ANTARABANGSA
AMIN
ANAK MUDA
TERPENGARUH
MUNGKIN DGN $$$
MUNGKIN DGN
FAKE NEWS
KE MEKAH
KAH KAH KAH
SAPA ADA MAKLUMAT
BOCORKAN DALAM
MEDIA SOSIAL
TAK PERLU TUNGGU
MEDIA BEBAL
KERAJAAN
KHALAS
MALCOLM X
TARIKH 21/2/23
HARI KE 58 TAHUN
MALCOLM X
(19/5/1925-21/2/1965)
DI BUNUH OLEH FBI
AMIN
DI HARI YANG SAMA
DI TEMPAT MALCOLM
MATI DITEMBAK
KELUARGA MALCOLM
MENGUMUMKAN MENYAMAN
100 JUTA DOLAR
TERHADAP
FBI, CIA, NYPD,
DEWAN BANDAR
NEW YORK & PENDAKWA
KOTA NEW YORK
KHALAS
BERSATU TUNJUKKAN CONTOH PADA ZAHID
BERSATU
TUNJUK CONTOH
PADA ZAHID
KHALAS
Amier The Hero commented on
"CONTOH TERBAIK
DARI BERSATU"
Ini mmg terbaek.. ahlil politik cegini la yg kito cari². PN byk duit.. sapo bagi, tontu la para² cukong. Napo cukong bagi, sobab dia buleh nampak maso dopan parti ni. Itu pendapat cukong's la tapi pendapat den sendighi.. PN adolah parti maso dopan. Umngok bleh bungkus.. hancor dah maso dopan eh sobab presiden pontingkan diri sendiri. Skrg pmx kesayangan TT kono botindak pantas utk cantas apo yg patut. PM ikat tepi bertahun-tahun takkan dah dapek jadi PM utk 5 tahun ajo, mano buleh bhaiiii.. kah kah kah kah kah kah.. hebakkkk hebakkkk... Kojo utk rakyat, lenkali buleh buek.. brg² naik takpo, menu rahmah ado!!! K dabal usp.. padan la muko ekau wahai rakyat malaysia - gomen firm kato tak buleh laie tlg dah!!! Kah kah kah kah kah.. pangkah la laie PH...
APO NAK DI KATO - ITO
APO NAK DI KATO
AMIN
DARI ITO
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"DONGA APO CAKAP ITO"
Lagu Apo nak dikato - ngambarkan suasano sosio-ekonomi Tanah Molayu tahun 1981/82 ..maso tu den ngaji kek ITM, somuo eay free makan minum, bilik, peralatan malah tokeh kafe Incik Ibrahim Shah kato, sapo yg melahap kek kafe den kok tak do duit makan dulu nanti bila dah kojo bayar ..apo pon den halalkan. Lopeh 40 tahun suasano Tanah Melayu cam tu jo ..yg kayo makin kaya yang miskin lagi torok miskin eay ..
ULANG TAHUN PERANG
SETAHUN PERANG
KHAMIS 23/2/2023
ESOK PERANG UKRAINE MASUK
SATU TAHUN
KITA SEDANG MEMBACA
SATU DEMI SATU
PEMIMPIN PERIKATAN
KENA DAKWA
INI AMAT BAIK SEKALI
SEKALI AIR BAH
SEKALI PASIR BERUBAH
YANG KENA DAKWA
ORANG KELILING ABAH
ABAH DAN HADI BELUM LAGI
MACAI HADI PUN BELUM LAGI
TINDAKKAN INI TEPAT
SEBELUM PMX KENA SERANG
LEBIH BAIK MENYERANG
DAIM ANAK BERANAK PUN
SEDANG DISERANG
JENG JENG JENG
TAPI ADA BAHAYA
KALAU SEMUA YANG DISERANG
BERKUMPUL DAN MENDIRIKAN
UNITED FRONT
MAKA BALA AKAN SAMPAI
KE PMX
TAPI JANGAN RISAU
PERIKATAN TAK ADA
PEMIKIR STRATIJIK
ABAH PANDAI BERCAKAP
HADI PANDAI BERDOA
KITA LIHAT APA
LANGAH YANG AKAN
DIAMBIL OLEH PERIKATAN
ADAKAH AKAN
TERKANG KANG MENRIMA
SONDOLAN DARI PMX
ATAU
BANGUN MELAWAN
KHALAS
POLAND
KEPALA NEGARA NATO
BERKUMPUL UNTUK BERI
SOKONGAN PADA UKRAINE
SETAHUN PERANG DAH BERLANGSUNG
RUSIA MASIH TIDAK DAPAT DIKALAHKAN
UKRAINE DAH HABIS PELURU
KAH KAH KAH
KALAU CHINA
DATANG SOKONG PUTIN
TERBARAI NATO
HANCUR UKRAINE
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
HUJAN TAK JADI TURUN KELMARIN
PAGI INI LANGIT DI LIHAT BIRU
KL & KL SENTRAL CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
BILA GUA MASUK
SUARA KENG KENG
TERDENGAR KUAT
DARI BUKIT YANG JAUH
JANTAN BERKOKOK
AMAT SAYU BUNYINYA
TIONG DAN TERKUKUR
MULA GEMBIRA KERANA
ADA KAWASAN TELAH DIBAKAR
SENANG MENCARI CACING
DAN MENANGKAP BELALANG
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
GUA RANCANG NAK KE CHOW KIT
PAGI INI
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG INDAH
BRO
SABAR ITU
KEKUATAN
BRO
DISPLIN AKAN MENJADIKAN
IMPIAN LU SATU REALITI
BRO
JADIKAN SAKIT
ITU SATU TENAGA
BRO
DETIK LU NAK BERHENTI
ADALAH DETIK
YANG WAJIB DIGERAKKAN TERUS
BRO
KAWAL FIKRAH LU
KALU TIDAK
FIKRAH LU AKAN KAWAL LU
BRO
JADI HALIMUNAN
JANGAN CARI PUBLISITI
KEMBANGKAN DIRI
DENGAN SENYAP
BRO
TERLALU MENGHARAP
MINDA LU AKAN
ROSAKKAN DIRI LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
INGATI PERANG
UKRAINE DAH BERJALAN
SETAHUN