Jumaat, 24 Februari 2023

MALAPETAKA CUACA AKAN SAMPAI


AWAS !!!

BERSEDIA !

MALAPETAKA CUACA

AKAN SAMPAI

KHALAS

ZAHID NAK SELAMATKAN DIRI



Umno mesti terus jelaskan pilihan sertai kerajaan perpaduan, kata Mahdzir

UMNO mesti terus menjelaskan kepada rakyat sebab ia memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu, kata naib presidennya Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata beliau menawarkan diri mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti bulan depan antara lain kerana mahu bersama-sama kepimpinan Umno untuk memulihkan semula imej parti Melayu itu.

“Saya bersedia ambil tanggung jawab bersama kepimpinan parti untuk beri gambaran jelas kepada rakyat termasuk pilihan kita, parti Umno dan Barisan Nasional memilih parti bawah kerajaan perpaduan… kita kena bagi penjelasan yang betul.

“Sekarang penjelasan yang betul sebenarnya sudah dibuat sebab apa kita pilih. Ia kerana untuk menentukan kerajaan yang ada pada hari ini berada di landasan betul dan kita pilih kerajaan PH untuk tubuh kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu wawancara dengan NRC TV di Facebook malam tadi.


Beliau diwawancara atas tajuk “Melukis Wajah Umno di Era Madani”.

Jelas Mahdzir, Umno mesti menjelaskan kepada umum kesanggupannya menerima DAP, parti yang pernah ia label sebagai anti Melayu.

Katanya, persoalan itu sebenarnya tidak harus timbul dalam pembentukan kerajaan perpaduan sekarang kerana hakikatnya Umno sebelum ini tidak pernah menidakkan kaum lain dalam usaha membina negara bangsa.

Beliau malah menyifatkan kerajaan perpaduan yang dibentuk sekarang mencerminkan kerjasama pelbagai kaum dalam pentadbiran.

“Saya fikir ia adalah pembinaan sebuah kerajaan berasaskan integrasi nasional membina perpaduan nasional.

“Jadi kita tolak sebarang ekstremis, orang Melayu yang ekstrem kita tolak, Cina dan India yang ekstrem pun kita tolak.

“Kita tak ambil kumpulan yang ekstrem tapi kita ambil kumpulan yang boleh menerima dan membina negara bangsa,” katanya.

Semalam Mahdzir mengumumkan keputusannya mempertahankan jawatan naib presiden Umno.

Selain itu, seorang lagi naib presiden Khaled Nordin turut mengesahkan mempertahankan jawatan tersebut.

Bagaimanapun Ismail Sabri Yaakob setakat Rabu belum lagi memberi kata putus tetapi difahamkan cenderung untuk tidak bertanding jawatan naib presiden.

Pada perhimpunan agung parti Januari lepas, Umno memutuskan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Umno akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi parti secara serentak di seluruh negara pada 18 Mac. – 24 Februari, 2023.




APAKAH

RAKYAT AKAN

DIBERI TAHU

DENGAN JUJUR

AMIN

ZAHID NAK

SELAMATKAN DIRI 

DARI MASUK JIL

AMIN

ANWAR BERAHI

NAK JADI PM

AMIN

DUA KEPENTINGAN

INI BERTEMU

DAN DIBANTU

OLEH RAJA RAJA

MELAYU 

MAKA

LAHIR KERAJAAN

CAMPURAN DENGAN

PAKATAN

KHALAS

PELAJAR TAKDA DUIT NAK MAKAN


Mahasiswa tinggal nota meruntun jiwa, “saya dah tak ada duit nak makan”

Mahasiswa tinggal nota meruntun jiwa, “saya dah tak ada duit nak makan”. ”Saya dah berhari tak ada duit untuk makan.. terima kasih banyak..” antara bait ayat pada sekeping nota dalam keratan kertas separuh koyak yang ternyata menyentuh hati.

Nota yang ditulis oleh seorang mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dijumpai di sebuah kios makanan oleh sukarelawan yang bertanggungjawab menyediakan makanan percuma kepada pelajar di situ.

”Assalamualaikum… terima kasih pada pihak yang memberikan free food. Saya dah berhari tak ada duit untuk makan. Terima kasih banyak. Saya dapat makan hari ni. Saya ambil lebih 1. Terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki tuan/puan. Pelajar UMT,” tulis nota tersebut.

KEADAAN BURUK

BARU  BERMULA

AMIN

TAHAP TENAT

AKAN SAMPAI

AMIN

KHALAS

PROJEK BEBASKAN NAJIB



SPRM serah laporan berkait Mohd Nazlan kepada ketua hakim, kata Azalina

LAPORAN Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009 diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman berkata SPRM memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Februari 2023.

Bagaimanapun katanya tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut dimaklumkan dalam surat itu.

Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kesalahan.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Fasal 3 Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang termasuk seorang hakim, jika keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan berkenaan.

“Bagaimanapun kerajaan tidak akan campur tangan kuasa Peguam Negara atau Pendakwa Raya,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini. 

Pada 23 April  tahun lepas akhbar tempatan melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara tersebut.

Mohd Nazlan yang mendengar kes Najib Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, juga membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April 2022 memaklumkan Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim, serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Sementara itu menyentuh cadangan penggubal Akta Perkhidmatan Parlimen atau Akta Suruhanjaya Parlimen, Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM sedang memuktamadkan dasar dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.

Beliau berkata usaha tersebut menjadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.

Beliau berkata Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara itu akan dibentangkan di Kabinet dalam masa terdekat. – Bernama, 23 Februari, 2023.


INI PROJEK

NAK BEBASKAN

PENCURI BERNAMA

NAJIB NAZAK

AMIN

APAKAH ADA

RACANGAN SDGN

DI ATUR

AMIN

KHALAS

HIMPIT KENA HIMPIT



PDRM hantar kertas siasatan Himpit 2023 ke PPN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menghantar kertas siasatan berhubung Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit 2023) kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu, semalam.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata pihaknya melengkapkan kertas siasatan itu setelah mengambil keterangan daripada 36 individu melibatkan penganjur dan peserta program yang terlibat.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada PPN dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 14 Akta Hasutan Kesalahan Kecil 1955.

“Kertas siasatan sudah dihantar dan dirujuk kepada PPN semalam. Kita tunggu arahan untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu Rohaimi berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung program perarakan itu yang didakwa mengganggu ketenteraman orang ramai dan menjejaskan keharmonian antara kaum.

Program Himpit 2023 anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Jumaat lepas di Setiu mencetuskan polemik apabila peserta berarak sambil membawa replika senjata seperti pedang dan lembing.

Namun Ketua DPPNT Mohd Harun Isa dilapor menjelaskan peserta hanya mengikut tema perarakan dan ia sama seperti pertandingan pakaian beragam dianjurkan di seluruh negara. – Bernama, 23 Februari, 2023.

WOIT

SENI

PERSEMBAHAN

HIMPIT

KENA HIMPIT

KAH KAH KAH

KHALAS

KUASA DUNIA JATUH BANGKRAP


SATU MASA DULU

DIPANGGIL

GREAT BRITAIN

KUASA TERULUNG

SELURUH DUNIA

AMIN

HARI INI SEMUA

TAMAT

KHALAS

PENJARAKAN POLITIKUS RASUAH


PENJARAKAN

POLITIKUS 

MAKAN RASUAH

KHALAS

Unknown commented on
 "LANGKAH BAIK - 
JANGAN JADI TUHAN"

Dulu dulu semua masuk penjara adalah jenayah jenayah common, sekarang masuk semua jenayah jenayah kompleks, semua bijak pandai, tipu scam curi rasuah semua hebat belaka, kompleks penjara kena tambah, kena luaskan, kena ramai kena tanggung makan berak mereka termasuk kos indah water, semuanya rakyat kena tanggung, adalah hukuman mati direstui rakyat dulu? Saja tanya ja ni Gan marah siapa buat keputusan ini baik untuk rakyat negara bangsa agama? Adakah Senik atau Nenas kah kah kah

KUASA MEREBUT KEKAYAAN PUNCA PERANG


KUASA & MEREBUT

KEKAYAAN PUNCA

PERANG

KHALAS




Unknown commented on 
"GERAKAN ANTI PERANG 
MULA BANGUN DI AMERIKA"

Manusia dimana saja pelik pelik belaka, semua mahu agenda sendiri ditegakkan kah kah satu mahu perang jana ekonomi satu mahu perang stop, semua berbalas balah tak habis macam negara sini jugak, bila orang lain naik kuasa, ada saja aku jatuhkan kah kah asyik perang sini perang sana, sengaja susahkan manusia, baik tanam sesuatu, boleh makan boleh berak, minta askar askar tanam sayur, tanam kelapa sawit tanam koko ada juga baik belaka kah kah kah

STESEN TV AMERIKA ANTI BIDEN


STESEN TV AMERIKA

ANTI BIDEN

ANTI PERANG

AMIN

STESEN GARIS KANAN

PRO REPUBLIKAN

ANTI DEMOKRAT

KHALAS

DUNIA KAPITALIS DALAM KRISIS


Kerajaan perlu siap sedia untuk ikat perut, kata pakar ekonomi


RAKYAT Malaysia akan terus bergelut untuk menjalani kehidupan walaupun negara mencatatkan pencapaian ekonomi yang kukuh tahun lalu, kata pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid.

Beliau berkata kadar pekerjaan, guna tenaga tidak penuh dan pendapatan per kapita masih lagi rendah walaupun ekonomi kelihatan positif.

“Walapun pertumbuhan ekonomi meningkat tahun lalu, ia tidak bermakna kehidupan orang ramai sekarang baik.

“Jika kita lihat kepada kadar pengangguran semasa, ia masih tinggi berbanding masa pra Covid-19.

“Selain itu, kadar guna tenaga tidak penuh masih tinggi dan pendapatan per kapita juga masih rendah berbanding era pra Covid.

“Jadi walaupun ekonomi meningkat secara positif, kita masih belum pulih,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Muhammed yang juga penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut meramalkan ekonomi akan bertambah perlahan tahun ini.

“Tidak akan berlaku kemelesetan, atau sesuatu yang buruk secara ekstrem, tetapi pertumbuhan akan perlahan.

“Kenapa? Salah satu sebabnya ialah kerana tidak ada lagi pengeluaran KWSP. Tahun ini tidak ada apa yang dapat digunakan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Dengan konflik Russia-Ukraine masih tidak selesa, Muhammed berkata ia akan turut menyumbang kepada kesan ekonomi.

“Ia menjejaskan harga komoditi seperti minyak mentah contohnya. Harga minyak mentah naik begitu juga harga gas. Jadi, kesan harga turut berlaku.

“Jadi, ekonomi akan perlahan tahun ini. Bukan di Malaysia saja, tetapi di seluruh dunia terutama negara membangun,” katanya.

Ekonomi Malaysia, jika diukur dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK), tumbuh 14.2% tahun ke tahun pada suku ketiga 2022 disokong aktiviti ekonomi kembali normal, tetapi pada suku keempat, ia meningkat 7%.

Ini menjadikan pertumbuhan KDNK penuh bagi 2022 ialah 8.7%.

Tiada pengeluaran khas KWSP

Beliau berkata pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga menyumbang kepada pertumbuhan negara.

“Ekonomi kita berkembang tahun lalu kerana kita buat sesuatu yang negara lain tidak buat. Kita benarkan pengeluaran KWSP.

“Kenapa negara lain tidak buat begitu? Kerana ia tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sejumlah RM145 bilion caruman dikeluarkan dari KWSP oleh 8.1 juta pencarum ketika pandemik Covid-19.

Angka itu termasuk RM20.8 bilion dikeluarkan oleh 5.3 juta pencarum di bawah program i-Lestari, RM58.7 bilion oleh 6.6 pencarum menerusi i-Sinar, RM21.4 bilion oleh 5.2 juta pencarum di bawah i-Citra dan RM44.6 bilion oleh 6.6 pencarum ketika program pengeluaran khas KWSP tahun lalu.

“Ini bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Baik untuk masa lepas, susah kepada masa hadapan kerana permintaan untuk keluarkan KWSP itu betul, tetapi cara memberi bantuan itu silap. Kerajaan cakap ‘pakai duit korang sendiri la, jangan cari aku’. Banyak pembaziran ketika itu. Ini memberi kenaikan ekonomi yang tinggi,” katanya.

Menurut data KWSP, 51.5% daripada 6.67 juta pencarum di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan di bawah paras RM10,000 pada tahun lalu.

Jumlah itu meningkat 9.7% atau 591,000 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

KWSP berkata pencarum yang mengeluarkan simpanan ketika pandemik kebanyakannya Bumiputera iaitu seramai 5.1 juta atau 76%.

Meringankan beban rakyat

Dengan pertumbuhan ekonomi kelihatan malap, Muhammed berkata rakyat akan semakin berjimat cermat dan kuasa membeli bakal berkurangan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam membantu rakyat.

“Kerajaan harus memberi bantuan yang sebaiknya. Kita ada duit, masalah bukan isu wang, negara mempunyai duit tetapi bantuan diberikan kepada orang yang tak perlukan wang. Jadi rakyat sebenarnya tak pernah ikat perut, kerajaan boleh bagi longgar.

“Saya bagi contoh. Tahun lepas, kita berbelanja subsidi minyak, elektrik, dengan bantuan tunai lebih kurang RM80 billion. Minyak subsidi lebih kurang RM50 billion. Daripada RM50 billion yang kita bagi subsidi ini lebih kurang setengah pergi kepada golongan kaya.

Muhammed berkata rakyat sudah pun merana dan menyebabkan mereka mendesak kerajaan dan menterinya untuk mengekang perbelanjaan dan membayar bil sendiri, untuk merasa sendiri penderitaan rakyat.

“Orang kaya dapat banyak, bukan orang susah yang dapat. Sebab itu orang miskin kena ikat perut. Duit kita bagi ke orang yang tak perlu, sepatutnya bagi kepada orang susah. Kalau kita buat benda betul, pada masa sama, kerajaan pun kena ikat perut la.

“Benda mudah, simbolik tu penting la. Pembaziran dikurang tapi simbolik penting. Simbolik ini senang. Menteri, suruh dia bayar minyak kereta sendiri, tol sendiri. Baru dia tahu kesusahan rakyat,” katanya.

Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dijadualkan membentangkan semula Bajet 2023 hari ini. – 24 Februari, 2023.

BUKAN KITA 

SAHAJA

DILANDA BENCANA

AMIN

SATU DUNIA

HADAPAI SAMA

AMIN

INI BUKTI

DUNIA KAPITALIS

SEDANG NAZAK

KHALAS

AWAS!!!

WASPADA

BELAJAR DARI

SEJARAH

AMIN

KAUM PEMODAL

 KAUM KAYA &

ELIT POLITIK

AKAN MERANCANG

PERANG

AMIN

PAK LEBAI HIDUP MEWAH


KEHIDUPAN RAMAI

AMIN



PAK LEBAI

HIDUP MEWAH

KHALAS






Tolong siasat pemimpin PAS ni daoat duit darimana... Kaya semalam je.. Setakat tadah tin milo tak de sampai beratus ribu der.. 1MDB 90Juta senyap sunyi je skrg


SENJATA NUKLEAR AKAN DIGUNA ?


SENJATA NUKLEAR

AKAN DIGUNA ?

KHALAS

Russia dan US ada huge stock pile of nuclear weapons...eloklah di gunakan sebelum expire...

Yg hancur adalah Europe,..proxy US...

Ekonomi US akan meningkat setiap kali adanya perang...

US tak terjejas kerana mereka tak hantar tentera..tetapi tentera upahan...

CARI KERJA DI LUAR NEGARA


JANGAN TERPAKSA

CARI KERJA

DI LUAR NEGARA

AMIN

Unknown commented on
 "FAKE NEWS TOK ARAB"

Wow ada juga wakil rakyat bimbang pasal rakyat, syabas bagus terbaik kah kah kerja wakil rakyat ada buat? Ada selesai masalah banjir, masalah jalan rosak, masalah longkang sumbat, kah kah kah jangan nak projek nak komisen nak share saja ya BN g berkhidmat semua, cuba tengok kerja kerja bersih longkang, potong rumput, cuci jalan tampal jalan ada buat tak ? Kalau tak salah YB kena jaga kawasan dan bukan saja manusia yang undi kalau salah ampun tuanku kah kah kah sampai lah masa rakyat terpaksa cari kerja di luar negara, mungkin terpaksa jadi amah di Indonesia, jadi buruh di Thailand, jadi tukang masak di India, akan sampai kalau asyik makan rasuah siang malam woit, tapi tak apa, tak akan melayu hilang kah kah kah

SETAHUN PERANG


SETAHUN

OPERASI SPESIAL

JUMAAT 24/2/2022
HARI INI SETAHUN 
PERANG UKRAINE

SETAHUN DULU PUTIN 
MELANCARKAN
SPECIAL OPERATION
AMIN

RASUAH
KEMPEN ANTI RASUAH 
SEDANG BERJALAN LANCAR
RAMAI DI TANGKAP SPRM
RAMAI AKAN DI DAKWA

TAHNIAH
KERAJAAN PAKATAN

TAPI
YANG PELIK
KES  RASUAH KAPAL
KENAPA TAK ADA TINDAKAN
INI KES LAMA
JENG JENG JENG

UKRAINE
SETAHUN DULU PUTIN
MASUK MENYERANG UKARINE
BERJAYA
MEMBEBASKAN  BEBERAPA WILAYAH
DARI CENGKAMAN NAZI
INI KEJAYAAN PUTIN

NATO 
BERI SENJATA
AMERIKA BERI SENJATA
UNTUK LAWAN RUSIA
KAH KAH KAH
INI MENJADI PERANG PROKSI
KAH KAH KAH
YANG MATI KATAK UKRAINE
YANG UNTUNG TOWKAY SENJATA

HARI INI ADA
7 - 8 JUTA WARGA UKRAINE
JADI ORANG PELARIAN
MAJORITI LARI KE RUSIA
MASUK KE POLAND
MASUK KE CZECH
MASUK KE GERMAN
INI BAWA KRISIS BARU
UNTUK EROPAH

BELUM AMBIL KIRA
KRISIS EKONOMI
BUKAN HANYA UNTUK EROPAH
TAPI UNTUK SELURUH DUNIA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI  KELAM
MATA HARI BELUM MUNCUL
LANGIT  BERAWAN KELABU

MAKIN BANYAK
KAWASAN KUBUR DI BERSIH
BELUKAR DI TEBAS
RUMPUT DI BAKAR
UNTUK SEDIA MENYAMBUT
PESTA SEMBAHYANG KUBUR

TIONG AMAT SUKA
MELONCAT SANA SINI
DI KAWASAN TERBAKAR
MENCARI APA YANG ADA

GUA YAKIN HARI  INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM MENYAMBUT
HARI JUMAAT 

BRO
PAKSA DAN TEKAN DIRI LU
UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK
ORANG LAIN TAK AKAN BUAT

BRO
JADIKAN YANG LEPAS
MEMBUATKAN KITA LEBIH BAIK
BUKAN LEBIH PALAT

BRO
FOKUS UNTUL BAIKI DIRI
BUKAN FOKUS UNTUK
MENONJOL DIRI

BRO
WAKTU YANG LU MILIKI INI
ADALAH HARTA PALING MAHAL
MILIK LU
JANGAN  BAZIRKAN

BRO
KALAU LU BOLEH
PERGI GYM UNTUK
MEMBINA OTOT
LU PASTI BOLEH
MEMBINA FIKRAH

BRO
JANGAN BERKONGSI
TAK TENTU HALA
PRIVASI ITU BERKUASA

BRO
KAWAL EMOSI
LATIH DIRI UNTUK
KURANGKAN AKSI GOPOH
BERTINDAK

BRO
JANGAN ANGGAP
IANYA SATU MASAALAH
ANGGAP IANYA
SATU CABARAN

BRO
YAKIN PADA DIRI SENDIRI
ADALAH RAHSIA UTAMA
KEJAYAAN

BRO
MINDA NEGATIF
TIDAK AKAN MEMUNCUL
HIDUP YANG POSITIF

BRO
JANGAN MENGIRA HARI
HARI ITU WAJIB DIKIRA

BRO
DUA PERKARA YANG
MENUNJUKKAN SAPA LU
PERTAMA KESABARAN
KETIKA LU TAKDA APA APA
KEDUA  SIKAP LU
KETIKA LU MEMILIKI
SEMUA BENDA

BRO
KALAU LU TERUS
BERSIKAP POSITIF
DALAM SUSANA NEGATIF
LU MENANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI  INI

MENGINGATI
SETAHUN OPERASI SPESIAL
VLADIMAR PUTIN