Khamis, 30 Mac 2023

MIMPI JUMPA ALLAH DAN NABI


MACAM MANA

QASIM KENAL NABI

AMIN

NABI ADA PAKAI

TANDA NAMA KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

ESOK - HARI PENENTUAN UNTUK NAJIB



Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib esok

MAHKAMAH Persekutuan dijadual menyampaikan keputusannya esok terhadap permohonan Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais akan menyampaikan penghakiman tersebut pada 9 pagi.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, peguam jenayah terkemuka N. Sivananthan ketika diminta mengulas mengenai apa yang akan berlaku jika permohonan tersebut memihak kepada bekas perdana menteri itu, berkata keputusan panel terdahulu akan diketepikan dan diteruskan dengan pendengaran rayuan.

“Jika permohonan itu dibenarkan, bermakna rayuan terakhirnya belum selesai, jadi beliau diletakkan dalam situasi seseorang yang masih menunggu rayuan terakhirnya. Sekiranya permohonan itu ditolak, bermakna berakhirlah kes itu. Hukuman yang dijatuhkan oleh panel terdahulu akan kekal, dan beliau perlu menjalaninya,” katanya.

Sepanjang prosiding selama enam hari yang bermula pada 19 Januari itu, peguam Muhammad Shafee Abdullah berhujah panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan Najib telah melakukan kesilapan asas dalam undang-undang dengan tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan tidak membenarkan bekas peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Peguam itu juga berhujah catatan Facebook suami Tengku Maimun pada 11 Mei, 2018 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, boleh menimbulkan kebencian terhadap Najib.

Beliau berkata hakim tertinggi itu sepatutnya tahu mengenai catatan yang boleh dilihat oleh umum itu dan bertanya kepada pihak terbabit sama ada beliau patut menarik diri daripada panel tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram dalam hujah balas berkata tidak berlaku pelanggaran keadilan atau salah laku keadilan atau sebarang penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu kerana pihak pembelaan diberi semua peluang untuk berhujah semasa rayuan terakhir.

Beliau berkata Hisyam memilih untuk tidak mengambil peluang yang diberikan atas alasan tidak bersedia dan Najib melantik peguam baharu dengan harapan untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu.

Oleh itu, mahkamah berhak menolak penangguhan yang dimohon, katanya.

Pada 28 Julai, 2020 Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan,  menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021 Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu. – Bernama, 30 Mac, 2023.

JUMAAT ESOK

JAM 9 PAGI 31/3/23 

SATU MALAYSIA

AKAN TAHU NAJIB

BEBAS ATAU TERUS

DI KAJANG

KHALAS

TOLAK AMERIAK TOLAK CHINA MERAH



Parlimen: Kapal selam Australia tidak dilengkapi senjata nuklear


KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear oleh Australia hanya menggunakan enjin berkuasa nuklear namun tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.

“Semasa sesi penerangan tersebut saya telah menjelaskan bahawa pendirian dan prinsip Malaysia berhubung AUKUS (kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat) adalah tetap dan tidak berubah.

“Pendirian Malaysia, menggesa agar semua pihak berkaitan, sama ada di dalam mahupun di luar pakatan AUKUS ini, untuk saling menghormati dan mematuhi sepenuhnya instrumen perundangan negara dan antarabangsa yang sedia ada.

“Ia terutamanya berhubung dengan pengoperasian kapal selam berkuasa nuklear di dalam perairan negara,” katanya menjawab sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) bertanyakan soalan berkenaan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS yang mana Australia akan membeli lapan buah kapal selam perang nuklear berharga A$368 bilion dan kesannya kepada keselamatan negara-negara ASEAN berdasarkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN dan sama ada lapan kapal selam perang nuklear akan dibenarkan beroperasi dalam rantau perairan negara-negara ASEAN.

Maklumat itu, kata Mohamad, diperoleh menerusi penerangan Duta Khas Perdana Menteri dan Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus J. Campbell di pejabatnya pada 9 Mac lalu.

Jelas Mohamad, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat kemudian memberi penerangan sama melalui panggilan telefon pada 10 Mac 2023 dan terkini semasa sesi pertemuan Minister of State at the Ministry of Defence United Kingdom pada 28 Mac 2023.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia sebagai anggota ASEAN memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon ZOPFAN. 

MALAYSIA

WAJIB TOLAK

AMERIKA

DAN TOLAK

CHINA MERAH

AMIN

BAGIMANA PULA

DGN PERJANJIAN

SENJATA 5 NEGARA

AMIN

FDA - UK, AUSTRALIA

NEW ZEALAND, 

SINGAPURA & 

MALAYSIA ?

AMIN

KHALAS

TEPAT DAN BETUL


TEPAT DAN BETUL

AMIN


ni bukan Ketua Menteri, bukan MB....tapi Ketua Menteri Bosar

BAHAYA DENGGI SUDAH SAMPAI



Kes denggi dijangka melonjak tahun ini


DATA menunjukkan epidemik denggi akan memuncak di Malaysia tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata wabak denggi mengikut corak kitaran dengan epidemik yang dilaporkan setiap empat hingga lima tahun.

“Kes denggi sedang tinggi tahun ini kerana ia sebahagian trend kitarannya dan dijangka memuncak pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Peningkatan jumlah kes denggi turut berlaku disebabkan perubahan dalam dominan serotip denggi atau ‘peralihan serotip’ yang diketahui menjadi sebab berlakunya lonjakan denggi.

“Kes denggi biasanya akan meningkat antara empat hingga enam bulan selepas peralihan serop kerana kurangnya imuniti dalam masyarakat terhadap serotip dominan baharu itu.”

Katanya, epidemik denggi berlaku pada 2014 dan 2019 dengan purata 2,300-2,500 kes sehari.

Kenyataan itu dibuat susulan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 26,222 kes denggi dilaporkan sejak bermulanya 2023, berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kematian akibat denggi juga meningkat 17 kes berbanding empat bagi tempoh sama 2022.

Dr Noor Hisham berkata perubahan iklim juga menyumbang kepada peningkatan kes itu.

“Pada musim hujan, bekas buatan manusia atau tempat semulajadi contohnya daun pokok yang menampung air, akan menjadi tempat berpontesi untuk nyamuk Aedes membiak.

“Selain itu, ketika musim panas, nyamuk Aedes jadi bertambah aktif dan gigit lebih banyak manusia, menjadikan penularan virus denggi,” katanya.

Katanya, lonjakan kes denggi turut dilaporkan di beberapa negara lain di rantau ini. – 30 Mac, 2023.

SERANGAN VIRUS

WUHAN BELUM

SELESAI

AMIN

KINI NYAMUK

DENGGI PULAK

SAMPAI

AMIN

HATI HATI

JAGA JAGA

AMIN

KHALAS

PETANG KHAMIS


PETANG KHAMIS

HARI INI CUACA AGAK REDUP
TENGAH HARI MATAHARI BERSINAR
PETANG LANGIT JADI REDUP
AWAN PUTIH JADI KELABU
TAPI TIDAK HUJAN

ADUH !
ALAM MEMBANTU  KITA
UNTUK MENUNAIKAN PUASA
KITA DAH MASUK SEMINGGU
 BERPUASA

GUA MASIH LAGI BELUM
MELAWAT BAZAR RAMADAN

MELAWAT BAZAR RAMADAN
INI ADALAH  RUKUN IMAN
UNTUK PENGANUT ISLAM BUDAYA
SEKURANG KURANGNYA
SEKALI WAJIB DATANG
BERTAWAF DALAM BAZAR RAMADAN

PETANG INI
GUA BERBUKA MAKANAN
YANG SAMA
TAKDA APA SPESIAL

GUA PANASKAN
LEBIHAN KELMARIN
 GUA BERBUKA
TAK PERLU BERLUMAYAN
APA YANG ADA GUA MAKAN
AMIN

SELAMAT BERBUKA 

GATAL MULUT DAPAT HUTANG



Jamal Yunos diperintah deposit RM300,000 kepada Teresa Kok


KETUA Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos diperintahkan supaya mendepositkan RM300,000 ke dalam akaun peguam bekas menteri industri utama Teresa Kok Suh Sim dalam tempoh 21 hari mulai hari ini, sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Yaacob Md Sam membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung ganti rugi RM300,000 kepada Kok.

“Setelah mempertimbangkan penghujahan, kami mendapati ada merit permohonan ini dibenarkan, tetapi dengan syarat jumlah penghakiman RM300,000 didepositkan ke dalam akaun peguam Kok dan dipegang sebagai pemegang amanah, sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Rayuan,” kata Yaacob yang bersidang bersama M. Gunalan dan Azimah Omar.

Kok dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berjaya dalam saman fitnah terhadap Jamal berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Jamal kemudiannya merayu atas keputusan itu.

Semasa Yaacob menyoal sama ada mahkamah boleh memerintahkan wang tersebut dibayar dalam tempoh 14 hari mulai hari ini, peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal, memohon tempoh sebulan kerana anak guamnya akan mencari dana.

Bagaimanapun, Azimah mencelah dengan mengatakan bahawa terdapat pengesahan dalam afidavit Jamal bahawa dia mempunyai wang itu.

Yaacob kemudiannya memerintahkan supaya wang itu dibayar dalam tempoh 21 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Rejinder memohon penangguhan kerana jumlah penghakiman fitnah, ditambah dengan kos, adalah jumlah yang besar dan rayuan utama mungkin menjadi tidak berguna jika penangguhan itu tidak diberikan.

Beliau berkata Jamal adalah ahli politik dan status muflis akan menjejaskannya untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanapun, peguam S.N. Nair yang mewakili Kok berhujah bahawa Jamal sudah mempunyai wang yang mencukupi melalui pendanaan awam dan dia sepatutnya membayar kepada Kok.

Pada 26 Julai tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohd Arief Emran Arifin dalam penghakimannya turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.

Kok memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika. – Bernama, 29 Mac, 2023.


WOIT

INI KES GATAL

MULUT

KAH KAH KAH

GATAL MULUT

DAPAT HUTANG

AMIN

GATAL KOTE

DAPAT ANAK

KAH KAH KAH

MAT TONGGOL

TELAH

DI TONGKOLKAN

AMIN

TAK DAPAT MASUK KAABAH


TAK DAPAT

MASUK DALAM

KAABAH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"PASAI APA KENA
 KENCING TOK ARAB ?"

ada lagi satu persoalan tt, sebenarnya betul ke Anwar tak dapat masuk atau dia taknak masuk? Jeng jeng jeng.
Unknown commented on 
"GAGAL DI SAUDI"

Woi aku enjoi de menjoi Anwar tak masuk kaabah. Kadang2 aku lagi takut yang dipilih Oleh king kalikong untuk masuk ni akan jadi musibat berkali ganda...tak percaya Tanya tt, tt lagi mahir pasal Gaddafi,pasal Saddam, Pahlavi ..depa pun dipilih dulu...kerap2 pulak tu. Kahkahkah

SENJATA NUKLEAR AKAN DIGUNAKAN ?



AMARAN

AMIN

SENJATA NUKLEAR

AKAN DIGUNAKAN

BILA RUSIA

RASA TAK SELAMAT

AMIN

CHINA TIPU PEMIMPIN MELAYU ISLAM

 



CHINA TIPU

PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

AMIN

Unknown commented on

 "CHINA TIPU MELAYU & ARAB"

Betul betul betul bab kena tipu heboh satu dunia kerana Bodoh sakan, Bodoh sangat sampai kena tipu, dulu sekolah oxford rasuah belajar di London kah kah kah kah kah kah Bodoh piang kah apa ini, asyik kata kena tipu? Pengalaman political berapa tahun? Pandai sampai projek masa depan negara boleh tapi kena tipu, jangan jual modal yang lapuk, kah kah kah kalau Bodoh sangat tak payah jadi PM lah dulu kah kah kah berlakon Bodoh lepas curi berlakon sondol lepas rasuah ini budaya biasa biasa orang macam Bossku, Tun lagi hebat, semua tak ingat berlakon nyanyuk lagi senang atau Kes mental kah kah kah

SAH TOK ARAB KENCING ANWAR


SAH ADA

JEMPUTAN RESMI

AMIN

DI JEMPUT UNTUK

DI KENCING ATAU

ADA SABOTAJ

KHALAS

ANWAAR AKAN BEBASKAN NAJIB ?



ANWAR AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

KHALAS

Unknown commented on 
"KES BARU - PASTIKAN NAJIB
 TERUS DI KAJANG"

Bro tt...lu pikir najib kekal ke kt kajang...dia punya xtpm pun dah boleh terbang mana mana saja...lu kena ingat dan insafi diri yg ni negara malaysia...undang undang boleh padam oooo...lu jgn main main..kah kah kah

AGENDA PERANG


Kes mahkamah Muhyiddin, Hadi antara isu PRN, kata pembangkang Terengganu


KES mahkamah dihadapi pemimpin PN, retorik kaum dan agama serta kos sara hidup bakal melatari kempen pilihan raya negeri di Terengganu kelak, kata pemimpin muda pembangkang di sini.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno Barisan Nasional (BN) ini menjangka boleh memberi kelebihan dan juga cabaran kepada mereka untuk meraih sokongan pengundi dalam kempen kelak.

Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohamad Zamir Ghazali menjangkakan isu pendakwaan juga termasuk petisyen membatalkan kemenangan di kerusi utama pemimpin PAS.

Kes kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang di Marang serta satu lagi kerusi, Kuala Terengganu yang kini dibicarakan mahkamah boleh memberi kelebihan kepada PH dan Umno, katanya.


Pengundi akan berubah jika kemenangan PAS dalam PRU15 dibatalkan kerana kesalahan membeli undi dan pemimpin Bersatu yang berdepan kes penyelewengan diputuskan bersalah, katanya.

Mohamad Zamir menjangka peralihan ini mungkin ditunjukkan golongan pengundi muda atau peringkat umur pertengahan yang mengundi PN dalam PRU15.

Pemilih ini mengundi PN kerana percaya dengan mesej gabungan parti itu yang kononnya bersih dan tidak mengamalkan rasuah, katanya.

Katanya, paling utama pendakwaan bagi tuduhan penyelewengan ke atas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan juga ke atas ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan.

“Pendakwaan itu akan menyebabkan rakyat akan fikir banyak kali, jadi mungkin undi itu akan berpecah.

“Yang kedua, petisyen Parlimen Kuala Terengganu dan Marang (untuk membatalkan kemenangan PAS).

“Ia akan menjadi duluan perubahan peralihan sokongan pengundi untuk PRN dalam konteks Terengganu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut, Zamir turut menjangkakan retorik perkauman agama akan menjadi isu hangat dalam PRN yang akan cuba dimainkan PN.

Beliau berkata ia sudah menjadi cabaran terbesar buat PH terutama di Terengganu untuk menangkis persepsi tersebut yang menyebabkan mereka tewas dalam PRU15 di negeri itu.

Katanya, beliau menjangka PN akan menimbulkan isu tersebut untuk menguasai undi golongan lebih muda di saluran 4, 5, dan 6

“Mereka akan main sentimen perkauman agama sebab terbukti mainan isu ini dalam PRU lepas menyebabkan PH kalah teruk begitu juga BN di Terengganu.

“Jadi ia merupakan satu kewajipan dan cabaran besar kepada PH  khusus Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menonjolkan sisi kejayaan mengurus isu berbangkit yang ada sekarang ini.

“Seperti contoh isu lawatan ke gereja, isu perarakan LGBT kalau kerajaan dapat urus dengan baik insya Allah isu ini tidak dapat digunakan sebagai modal PRU,” kata Zamir.

Tambahnya begitu juga dengan isu kos sara hidup yang turut menjadi isu penting dan kritikal yang perlu diuruskan dengan baik oleh kerajaan pusat.

Peningkatan kos sara hidup dan harga barang berterusan akan mengundang kekecewaan kepada rakyat dan memberi kesan kesan dalam sokongan pengundi dalam PRN.

“Kerana itu kerajaan pusat kena memastikan keberkesanan dalam program bantuan menghadapi isu kos sara hidup dan peningkatan harga makanan.

“Jika tidak ia sudah tentu menjadi cabaran terbesar buat PH dalam PRN,” kata Zamir.

Beliau berkata bagi PAS sudah tentulah akan menguar-uarkan kejayaan mereka memberi pelbagai bentuk program bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu.

Ketua Pemuda Umno Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera sependapat dengannya dan menambah, usaha dilakukan untuk menonjolkan prestasi kerajaan PH dan BN.

“Yang penting kita kena tunjuk kredibiliti baik Umno atau PH ini nak tawarkan sebagai kerajaan negeri. Mereka boleh menilai sepanjang beberapa bulan jadi kita jadi kerajaan,” katanya.

Beliau juga menjangka BN akan dapat berdepan cabaran dengan isu kos sara hidup namun percaya tindakan dilaksana kerajaan pada waktu ini dapat membantu rakyat.

“Seperti contoh bantuan banjir, kerajaan sudah selesai sebahagian besar pengagihan bantuan ini yang menunjukkan ini adalah isu rakyat yang kita dapat selesaikan dengan segera.

“Begitu juga dengan isu kos sara hidup, kerajaan hari ini telah membuat komitmen lebih awal dengan melancarkan inisiatif seperti menu rahmah, sumbangan tunai rahmah.

“Ini semua sudah dilakukan kerajaan lebih awal,” katanya yang menambah kaitan peningkatan kos sara hidup dan harga barang dengan inflasi sudah dijelaskan kerajaan.

Isu retorik kaum dan agama pula tidak menjadi masalah dalam PH dan BN dengan penubuhan Majlis Pimpinan Sekretariat yang menetapkan komitmen menjaga dari menimbulkan isu ini.

“Juga perjanjian memorandum pemuafakatan kerajaan perpaduan bersama PH juga menunjukkan komitmen awal kita dalam menjaga isu-isu seperti ini.

“Bila ada perjanjian ini kita dah ada persefahaman dengan DAP supaya jangan sentuh hak orang Melayu dan Islam.

“Setakat ini tidak semua pihak faham dan hormati perjanjian. Juga Umno walaupun dalam kerajaan Perpaduan tapi tidak pernah larut dalam memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.

Enam negeri mencapai kata sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan dan seterusnya memberi laluan kepada PRN

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama antara menteri besar dan ketua menteri enam negeri tersebut yang diadakan pada bulan lalu. – 30 Mac, 2023.

AGENDA PERANG

TELAH DI ATUR

AMIN

HANYA TUNGGU

SEMBOYAN

AMIN

PRU14 KES

1MDB NAJIB

AMIN

PRN KALI INI

KES RASUAH ABAH

AMIN

KHALAS

POLITIK TIK TOK




TikTok mampu guling kerajaan?


APABILA lesen televisyen dan radio dimansuhkan dalam dekad terakhir alaf lalu, tiada lagi pegawai kerajaan turun ke kampung-kampung untuk menyelidik rancangan kegemaran penduduk.

Pegawai dari Jabatan Penerangan ini lazimnya masuk ke segenap ceruk kampung untuk bertanya mengenai sebab pendengar dan penonton meminati sesuatu program.

Pegawai ini juga mahu pemegang lesen menerima siaran ini menyatakan kekerapan mereka menonton TV dan mendengar radio selain tempoh masa dihabiskan untuk mengikuti program.

Hasilnya diolah menjadi rajah dan rumusan yang memberitahu pembuat dasar mengenai rancangan diminati dan juga yang ditolak penonton serta pendengar.

Ia juga dapat memberi gambaran sama ada penonton dan pendengar masih dapat menerima propaganda kerajaan – atau lebih pop dengan istilah naratif pada masa ini.

Selain akhbar, saluran TV dan radio masih menjadi medium penting pada waktu itu untuk mengolah pendapat umum, yang turut bermaksud mempengaruhi undi sewaktu pilihan raya.

Responden dikenalpasti Jabatan Penerangan dari daftar lesen yang dikeluarkan. Bayaran lesen ini pula disalurkan untuk membiaya penerbitan program dan operasi stesen serta pemancar.

Sewaktu peralihan ke alaf baharu itu juga kita diperkenalkan dengan perkhidmatan televisyen berbayar. Beberapa penyedia bertapak dan kini Astro memonopoli arena ini.

Siaran digital tidak lagi memerlukan para pegawai turun menyelidik penggunanya secara berkala kerana sikap penonton dan pendengar ini dapat diperhatikan secara langsung.

Pada setiap masa, petugas di stesen ini dapat melihat berapa ramai penonton mengikuti sesuatu rancangan, dan berapa lama penonton tersebut bertahan di satu-satu saluran.

Petugas ini juga dapat tahu saluran mana menjadi alternatif sekiranya penonton ini hilang minat, dan juga program kegemaran di setiap akaun pengguna.

Sikap ditunjukkan penonton ini memberi pedoman kepada pengusaha stesen untuk mengeluarkan kandungan yang menepati citarasa dan mengekalkan pelanggan mereka.

Tidak kira kandungan agama atau hiburan, mekanisme ini membolehkan kandungan dapat dirancang untuk terus membuatkan pelanggan ketagihan.

Tentulah ramai juga pelanggan yang lari kerana mutu siaran, kandungan, kos dan hal lain.

Namun dengan algoritma lebih cekap, dan dibantu pula dengan kecerdasan buatan, kandungan yang lebih memikat dapat disediakan secara langsung kepada pengguna.

Inilah yang ditawarkan TikTok, platform media sosial yang memberi saingan kepada Facebook dan Instagram pada waktu ini, dan menjadi kebimbangan kuasa besar Amerika Syarikat.

Negara itu berpengalaman menghadapi serangan Cambridge Analytica, satu firma yang menggunakan algoritma Facebook sebagai senjata untuk mengubah pilihan rakyatnya di peti undi.

Pegawai tertinggi TikTok dipanggil menghadap senat AS selepas pelantar itu merampas ramai pelanggan Facebook dan Instagram – yang kini mula dipanggil media sosial tradisional.

CEO TikTok Chew Shou Zi sewaktu memberi keterangan menafikan aplikasi itu berkongsi data dengan Parti Komunis China, atau mempunyai sebarang kaitan dengan parti pemerintah itu.

Beliau juga ditanya sekiranya benar Parti Komunis China dapat menguasai rangkaian peranti elektronik isi rumah melalui TikTok. Ini dinafikannya.

Penguasaan TikTok, pelantar yang diusahakan firma Bytedance dari China ini disebut pegawai tinggi AS sebagai ancaman kepada keselamatan negara itu.

Ketua agensi keselamatan siber AS Rob Joyce dilaporkan berkata, TikTok menjadi ancaman strategik kepada negara – seperti kuda Trojan dalam mitos Greek purba.

Beliau mendakwa China mampu menggunakan TikTok untuk mengawal jenis maklumat yang boleh diterima rakyat AS, dan menapis perkara yang memburukkan kerajaan China.

Badan siasatan AS juga memberi amaran TikTok yang menguasai 150 juta pengguna di negara tersebut mampu digunakan untuk melancarkan serangan melalui kempen mengolah pendapat.

Secara ringkasnya, AS yang berpengalaman luas menggulingkan pelbagai bentuk kerajaan di atas muka bumi kini bimbang China mampu melakukan perkara sama ke atasnya dengan TikTok.

Presiden AS nampaknya sedia memperkenal undang-undang baharu untuk mengharamkan TikTok dan teknologi dari luar negara yang disangka sebagai ancaman kepada keselamatan negaranya.

Pengharaman ini langkah paling mudah untuk memastikan rakyatnya hanya menggunakan media sosial buatan dalam negara.

Tentulah banyak juga pelaburan strategik AS dalam Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram. Firma itu meraih pelaburan paling besar di dunia dalam tawaran saham lebih sedekad lalu.

Facebook masih lagi menjadi media sosial paling popular dengan lebih 2.96 bilion pengguna seluruh dunia, sepertiga daripadanya pengguna aktif setiap hari.

Namun angka itu tidak lagi berkembang.

Kebimbangan dan kempen memburuk-burukkan TikTok di peringkat pentadbiran tertinggi AS berlangsung ketika Facebook menghadapi tahun paling teruk.

Harga sahamnya merudum ke paras paling rendah sejak tahun lalu ketika pemadat media sosial negara tersebut semakin meminati TikTok yang lebih mengujakan.

Sebaik membuka aplikasi TikTok, pengguna dihujani dengan pelbagai video. Sekiranya pengguna itu meminati ceramah agama, pantas sahaja akaun TikTok mereka dipenuhi kandungan sedemikian.

Pengguna ini tetap dapat mengikuti ceramah di aplikasi tersebut walaupun penyampai itu tidak mendapat tauliah mengajar agama di surau berhampiran rumah mereka, sebagai contoh.

Dalam negara pula, kita mendengar pemimpin PH dan BN mengeluh mengenai pengaruh lawan mereka yang lebih luas di TikTok sewaktu kempen PRU15 lalu.

Pengaruh itu membolehkan PAS, Bersatu dan sekutunya menguasai kerusi parlimen di lima negeri dan mendabik dada dengan sokongan pengundi Melayu luar bandar.

Kita juga mendengar mengenai momok seperti 13 Mei diratib hantu tertentu di TikTok sewaktu kempen pilihan raya itu.

Adakah PH dan BN masih ketinggalan di TikTok yang menjadi lubuk pengundi baharu sewaktu pilihan raya di enam negeri makin hampir?

Adakah kerajaan perpaduan mahu mengikut langkah AS yang cenderung mengharamkan TikTok?

Dan sejauh mana benarnya TikTok berupaya digunakan untuk mengolah pendapat umum dan menumbangkan kerajaan? Adakah data empiris yang boleh menyokong dakwaan ini?

WOIT

INI POLITIK BARU

INI MEDIUM BARU

AMIN

CARA PROPAGANDA

TERBARU TERKINI

SAPA BIJAK

DIA MENANG

AMIN

BUKAN SALAH

BUKAN BENAR

 TAPI

LAWAK UNTUK

DI LIHAT

AMIN

KHALAS