Sabtu, 8 April 2023

AMPUNKAN NAJIB - KERAJAAN RUNTUH




Apakah isu pengampunan Najib boleh menimbulkan keretakan Kerajaan Perpaduan?


UMNO telah menggerakkan satu momentum kuat untuk memohon Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan pada Najib Razak, bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri.

Adakah momentum tersebut akan mengwujudkan keretakan di dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan? Pada pandangan saya jawapannya tidak.

Mengapa tidak? Kerana pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berada di dalam keadaan tertekan dan dilema untuk menasihati Agong sama ada untuk memberi pengampunan ataupun tidak kepada Najib?

Soalan ini tidak relevan dan tidak berbangkit. Perkara 42(4) (a) dibaca dengan Fasal (3) Perkara 40 menyatakan Agong bertindak dalam hal pengampunan itu selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan.Ini bermakna nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri tidak diperlukan.

Anwar berada di dalam keadaan selamat dan kerajaan pimpinannya selamat dalam badai yang datang bersama momentum usaha pengampunan Agong yang digerakkan oleh Umno jika Anwar sebagai Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya mengambil sikap mematuhi doktrin pengasingan kuasa iaitu tidak campur tangan dalam bidang kuasa Agong untuk menangani isu pengampunan tersebut mengikut peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang cukup jelas dari Fasal (1) hingga Fasal (13).

Adakah Najib berhak memohon pengampunan Agong?

Permohonan pengampunan Najib itu telah pun difailkan pada Ogos tahun 2022 sebaik selepas keputusan Perbicaraan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Perkara 42(2) menyatakan bahawa Agong boleh menjalankan kuasa pengampunan jika hukuman telah dijatuhkan oleh Mahkamah.

Ini bermakna Agong boleh memberi pengampunan kepada Najib dalam kes rasuah SRC International yang melibatkan RM42 juta kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Tetapi Najib ada tiga kes lain yang berasingan yang belum selesai iaitu pertama, kes rasuah 1MDB membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion; kedua, kes pengubahan wang haram SRC International berasingan melibatkan RM27 juta; dan ketiga, kes pecah amanah International Petroleum Investment Companya (IPIC) bernilai RM 6.6 bilion.

Dalam tiga kes yang di atas, yang belum selesai perbicaraan di mahkamah maka Agong tidak ada kuasa untuk memberi pengampunan.

Ada hikmahnya dalam kuasa pengampunan ini bahawa Perdana Menteri tidak ada kuasa menasihati Agong untuk mengambil sesuatu tindakan di bawah Perkara 40(1) iaitu yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Perkara ini tidak terpakai dalam hal pengampunan diraja. Peruntukan ini menyelamatkan Perdana Menteri dari desakan dan asakan Umno supaya Najib diampunkan.

Jika Perdana Menteri Anwar dan Kabinet pimpinannya tidak berperanan dalam hal pengampunan diraja ini, jadi bagaimana usaha dan prosedur pengampunan diraja ini boleh dijalankan?

Perkara 42(4)(b) menyatakan dengan jelas bahawa Agong menjalankan kuasa pengampunan itu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42.

Di bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11)) dan tidak lebih daripada 3 orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.

Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab di bawah Perkara 42(11) itu bukan Perdana Menteri tetapi Menteri Dalam Negeri. Ini membebaskan Anwar sebagai Perdana Menteri dari beban memutuskan soal pengampunan diraja itu.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah besar dalam soal pengampunan ini. Misalnya Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Agong dan Agong hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu (Perkara 42(8)). Isu yang berbangkit adakah Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat sedangkan Najib Razak telah memfailkan permohonan pengampunan sejak Ogos tahun 2022 dan kes semakan keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak pada 31 Mac 2023 dengan keputusan 4-1?

Ini bermakna “bola di gelanggang” Lembaga Pengampunan. Maka logiklah jika Umno telah menggerakkan momentum memohon Agong memberi pengampunan kepada Najib dengan “by-pass” Perdana Menteri kerana Perdana Menteri tiada kuasa dalam hal pengampunan diraja ini.

Jadi Anwar selaku Perdana Menteri tidak boleh dipersalahkan jika proses pengampunan ini lambat atau cepat. Anwar juga tidak boleh di persalahkan jika pengampunan dibenarkan ataupun ditolak. Jika doktrin pengasingan kuasa dihormati dan dipatuhi maka kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan pimpinannya akan selamat dari diganggu-gugat. – 8 April, 2023.

*Hassan Abdul Karim,
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
dan Peguambela dan Peguamcara.

NAMPAKNYA

JIKA NAJIB

DIAMPUNKAN

KERAJAAN AKAN

RUNTUH

KHALAS

PAS SERANG ANWAR LAGI


PMX usah terlalu angkuh burukkan bangsa Melayu

SECARA dasarnya, ucapan Anwar Ibrahim dalam suatu perhimpunan kementerian di hadapan kakitangan kerajaan menyatakan ‘Melayu Islam jangan terlalu selesa dan angkuh’ datang daripada sosok Perdana Menteri yang hanya mendapat 11 peratus undi Melayu bersifat menghina dan hanya memburukkan orang-orang Melayu di negara ini.

Bahkan, kita melihat prestasi parti Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX) ini dilihat terlalu apologetik dan menikus bila bercakap soal perihal hak keistimewaan orang Melayu, hak orang Islam dan sebagainya.

Ia seolah-olah kerajaan hari ini sudah hilang keazaman politik identiti menjaga hati orang Melayu Islam yang merupakan kaum majoriti di mana puluhan tahun orang Melayu bertolak ansur, bersabar dengan dasar pelaksanaan kerajaan sedia ada, serta bersikap toleransi dengan kaum lain untuk hidup di negara ini dengan aman dan harmoni.

Ini diburukkan lagi bila mana hanya dengan suatu lawatan PMX ke Phnom Penh berbuka puasa bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Berbuka puasa bersama 6,000 Muslim Kemboja terus mahu dibangga-bangga, diulang bicara bahawa Melayu majoriti Malaysia wajar contohi Hun Sen dan rakyat majoriti Buddha di sini. 

Ironinya, Hun Sen yang lahir sejak tahun 1952 sudah menjadi Perdana Menteri Kemboja hampir mencecah 38 tahun pemerintahan. Ironinya rekod yang pelbagai seperti menekan hak asasi kebebasan manusia amat buruk seperti dalam laporan Human Right Watch (https://www.hrw.org/report/2015/01/12/30-years-hun-sen/violence-repression-and-corruption-cambodia) dengan pemerintahan diktator, pelbagai skandal rasuah, tekanan politik bahkan pembunuhan berlaku di sepanjang pemerintahan lelaki bernama Hun Sen ini.

Justeru, Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap kenyataan  yang dilontarkan oleh PMX bersifat memburukkan orang Melayu yang jauh sekali untuk bersikap angkuh dan selesa.

Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru umat Islam untuk bangkit dan sedarlah bahawa sesungguhnya negara kita hari ini sedang tenat ditadbir oleh mereka yang mengenepikan kepentingan orang Melayu secara jelas dan nyata. Amaran tegas dan tuntas dilaungkan oleh Pemuda PAS Negeri Selangor agar PMX membetulkan dan meminta maaf kepada kaum Melayu Islam majoriti kerana menghina kaum majoriti tanpa sebarang bukti kukuh dan ampuh.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Selangor 



DALAM POLITIK

APA SAJA BOLEH

DI GUNA UNTUK

SERANG MUSUH

KAH KAH KAH

SALAH BENAR

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

TIBAI DULU

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR BUAT DEAL ?

 



ANWAR BUAT

DEAL ?

KHALAS

Unknown commented on 

"MUSTAHIL AGONG

 TAKDA KERJA LAIN"

Ini lah sebab UMNO tak mahu campur PN, awal awal lagi PN tak mahu bebas Najib, tapi kenapa AI setuju mungkin sudah ada deal dibuat, apa pun tekanan demi tekanan sudah ampuh menghentam istana supaya pengampunan diberikan kepada seorang pencuri perompak perasuah duit rakyat, mereka tidak peduli kesalahan tetapi mahu dibebaskan atas pelbagai alasan, ini lah rosak negara kalau semua mahu ikut kehendak satu parti yang dikebalkan korupsi sejak awal zaman kah kah kah, 

rakyat boleh menonton segala drama sketsa yang dipentaskan oleh lembaga lembaga ini setiap hari tapi akhirnya akan akur juga kah kah kah yang paling seksa Mahathir Mohammad kerana kalau Bossku bebas pasti dia amat kecewa, mungkin ini cara AI kenakan kah kah kah kita tunggu lihat nanti, sekarang ini pun sudah ada cerita cerita tidak molek pasal Hakim Hakim sekelian amin


Unknown commented on

 "PENCURI ROSAKKAN 

LEMBAGA HUKUM MALAYSIA"

Nie dah mmg janji Anwar le umno.lu gaduh apa,atok dah ckp dulu. Kali nie najib lepas kerana undi Cina keling.kahkahkahk

PELARIAN PERANG RAMAI AKAN MASUK KE MALAYSIA


PELARIAN PERANG

AMIN

RAMAI AKAN MASUK

KE MALAYSIA

KHALAS

BAZAR RAMADAN BUKAN BAZIR RAMADAN


BAZAR RAMADAN

BUKAN

BAZIR RAMADAN

AMIN

NIKMATI & SYUKUR

APA YANG KITA

ADA SEKARANG

KHALAS


Unknown commented on 
"BANYAKKAN BERSEDEKAH"

Berapa umoq hat komen ni? Dah matang ka belum? Tang mana ajaq kita merasa susah orang takdak makanan? Abis orang Islam Brunei tu macam mana pulak? Sana mana ada orang susah tak makan. Membazir tu bukan pasal bulan posa pun, tu dah memang budaya melayu, posa ka tak posa ka memang dah suka membazir, tiap bulan nak beli perabot baru, hari2 makan tak abis, susun segala pasar malam, segala downtown nak melawat. Sia2 saja dok baca blog tt kalau hang boleh komen macam ni.

MINTA SEDEKAH DAN MINTA RASUAH


MINTA SEDEKAH

KERANA CACAT

AMIN

MINTA RASUAH

KERANA NAK KAYA

KHALAS


Unknown commented on
 "MINTA SEDEKAH 
SUMBER PENDAPATAN"

Orang yang suka menadah tangan lebih mulia, lebih baik dari yang salah guna jawatan, salah guna pangkat minta rasuah, ya lah bukan semua suka minta sedekah belas kasihan tapi yang guna kedudukan mereka untuk minta sedekah secara terhormat paling hina Dan kita semua sedar tahu siapa golongan ini kan? Kah kah kah paling hina minta bantuan tanpa sebarang usaha memperbaiki diri tak kira aspek kehidupan manusia, lain kalau memang cacat hilang anggota badan sampai langsung tak boleh bekerja, ini ada orang buta pakai kerusi roda jual tissue tepi market lagi kalau lah ada otak buat perbandingan, otak yang kurang oksigen tanpa guna akal memang sukar dibetulkan kah kah kah

MAKLUMAT SULIT AMERIKA BOCOR



MAKLUMAT SULIT

AMERIKA BOCOR

JENG JENG JENG

AMIN

PENCURI ROSAKKAN LEMBAGA HUKUM MALAYSIA



Hukum pihak campur tangan dalam urusan kehakiman, kata peguam


PEGUAM mendesak supaya prosiding menghina mahkamah dilakukan terhadap mana-mana pihak yang campur tangan dalam badan kehakiman, termasuk mereka yang cuba merampas kuasa untuk menyiasat hakim.

Mereka berkata demikian merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Agensi anti rasuah itu membuat kesimpulan Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Peguam berkata SPRM tidak ada bidang kuasa menyiasat tingkah laku hakim, kerana ia tertakluk kepada kod etika hakim dan memerlukan tindak balas kehakiman.

Presiden Majlis Peguam Karen Cheah berkata tindakan SPRM adalah terang-terangan campur tangan oleh eksekutif dalam pentadbiran kehakiman.

Beliau berkata ia jelas adalah cubaan untuk menghakis kebebasan dalam bidang kehakiman.

“Mungkin tindakan lebih drastik seperti prosiding menghina mahkamah perlu diambil terhadap mereka yang membangkitkan atau terus membangkitkan perkara ini, hanya untuk mencetuskan keraguan terhadap sesuatu kes yang sudah pun selesai.

“Terutama sekali apabila Mahkamah Persekutuan sudah pun memberikan keputusan akhirnya, dan semua jalan perundangan di mahkamah sudah digunakan oleh bekas perdana menteri (Najib),” katanya.

Pada Rabu, SPRM berkata Nazlan – yang mensabitkan Najib bersalah bagi beberapa pertuduhan kes rasuah menyeleweng dana SRC International – mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said mengesahkan perkara itu dalam satu surat bertarikh 20 Mac kepada peguam Najib, Shafee & Co.

Berdasarkan kepada dapatan SPRM bertarikh 20 Februari, Azalina berkata Nazlan melanggar kod etika hakim da nada konflik kepentingan.

Shafee & Co menulis surat kepada Azalina pada 15 Mac, bertanya sama ada SPRM menemui konflik kepentingan dalam siasatannya, dan jika ada, adakah ia sudah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat untuk mengesyorkan supaya Nazlan dikenakan tindakan disiplin.

Cheah berkata SPRM menjejaskan kebebasan kehakiman menerusi tindakannya itu, menambah ia hanya boleh dilihat sebagai SPRM menekan badan kehakiman walaupun ia tidak mempunyai kefahaman sebenar tentang bagaimana proses kerja pentadbiran kehakiman.

“Malah, nampaknya seperti SPRM mahu mengambil alih peranan kehakiman dan sama ada cuba secara tidak langsung membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada Ogos 2022 dan 31 Mac, 2023 berkenaan isu konflik kepentingan, atau SPRM mahu mengambil alih tugas jawatankuasa etika hakim.

“Daripada laporan media, nampaknya SPRM tidak menunjukkan pemahaman sebenar atau kecekapan berkenaan perkara berkaitan kod etika kehakiman, dan ia gagal menghargai bagaimana kerja pentadbiran kehakiman.

“Kurangnya pemahaman tentang perbezaan antara kod etika kehakiman dan rasuah sangat membimbangkan, terutama apabila ia adalah organisasi utama yang sepatutnya berusaha untuk membanteras rasuah dalam negara ini.”

Cheah berkata Majlis Peguam akan mendesak pembaharuan dilakukan kepada struktur dan pelantikan dalam SPRM.

“Proses baik pulih sepenuhnya amat diperlukan. SPRM pada masa ini dilihat gagal merealisasikan potensi sebenarnya, dan sebaliknya bukan mengurangkan indeks rasuah dalam negara, malah mereka masuk pula ke bidang kuasa yang bukan milik mereka.” – 8 April, 2023.

WOIT

PUKI LANCAU BETUL

KERANA SEORANG

PENCURI ROSAK

LEMBAGA HAKIM

MALAYSIA

AMIN

TEKAN SANA

JOLOK SINI

DAH  TERBUKTI

SALAH TAPI

 TAKNAK

MASUK JIL

CIIISSS 

AMIN

KHALAS

MUSTAHIL AGONG TAKDA KERJA LAIN



Umno mohon mengadap Agong, rayu pengampunan penuh Najib

Pimpinan tertinggi Umno akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International. 

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini. 

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan petang ini turut mengkritik keputusan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai hakim Abdul Rahman Sebli, satu-satunya hakim yang menentang penghakiman tersebut.

Abdul Rahman antara lain berpendapat adalah salah bagi Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Ogos tahun lalu, tidak membenarkan penangguhan bagi membolehkan peguam baru bekas perdana menteri itu untuk membuat persediaan dalam rayuan terakhirnya. 

Pandangan Abdul Rahman itu diulangi oleh Umno hari ini, yang berkata keputusan "tidak adil" itu membawa kepada "kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat di kalangan ahli akar umbi Umno".

Asyraf juga berkata sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara menyerahkan memorandum menggesa kepimpinan tampil membela bekas presiden parti itu "yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara".

"Justeru, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersetuju memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berserta dengan memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan Umno daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno," tambahnya.

Najib, yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14, dikenakan beberapa pertuduhan jenayah selepas berundur daripada jawatan tertinggi itu.

Kes SRC International menyaksikan dia didakwa atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta. 

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan kesemua tujuh pertuduhan itu, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021, manakala Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac turut menolak permohonan semakan kehakiman bekas presiden Umno itu.

WOIT

BARU MASUK JIL

DAH NAK DIAMPUN

AMIN

NANTI AMPUNKAN

ISA SAMAD

AMPUNKAN ZAHID

AMPUNKAN ROSMAH

BUNG MOKHTAR

AMIN

BILA NAJIB MASUK

SEKALI LAGI

KES 1MDB

AGONG AMPUN

 LAGI SEKALI

AMIN

WOIT

AGONG TAKDA

 KERJA LAIN KE ?

ASIK AMPUNKAN

  PENCURI & PERASUAH

KHALAS

DEMO SOKONG PALESTIN JUMAAT 14 APRIL



BERSETIA KAWAN

DENGAN RAKYAT

PALESTIN

  
TURUN BERAMAI RAMAI
JUMAAT 14/4/2023
JAM 2 PETANG
DEPAN  KEDUTAAN AMERIKA
JALAN AMPANG

ZIONIS YANG BAIK



Seorang maut, 5 cedera dalam serangan di Tel Aviv

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggerakkan polis dan tentera simpanan petang semalam susulan seorang lelaki terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan rempuhan kereta di tengah Tel Aviv.

Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom dalam satu kenyataan berkata seorang lelaki berusia 30 tahun maut dan lima lagi dibawa ke hospital kerana cedera dalam satu serangan.

“Semua mangsa adalah pelancong,” katanya, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan kewarganegaraan mangsa.

Tiga daripadanya, termasuk seorang remaja berusia 17 tahun, cedera parah sementara dua lagi mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis berkata pengganas terbabit ditahan dalam insiden keganasan terhadap orang awam itu.

Awal pagi semalam, dua beradik perempuan warga Britain-Israel berusia 16 dan 20 tahun terbunuh sementara ibu mereka cedera parat dalam satu serangan tembakan di Tebing Barat.

Tiada pihak setakat ini yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan berlaku beberapa jam selepas Israel mengebom Lubnan.

Keganasan semakin teruk menjelang cuti perayaan keagamaan Yahudi, Muslim dan Kristian.

Ia susulan serangan polis rusuhan Israel di masjid Al-Aqsa pada Rabu lalu. – AFP, 8 April, 2023.

ZIONIS YANG

BAIK ADALAH

ZIONIS YANG

DAH MATI

KHALAS

REJIM ARAB SENYAP MENIKUS


REJIM ZIONIS 

DI KUTUK

AMIN

REJIM ARAB SENYAP

KHALAS

RAYO DAH DOKEK


RAYO MAKIN 

DOKEK


SABTU 8/4/2023
ARI RAYO MAKIN DOKEK
HUJUNG MINGGU  MALAM NI
KODAI DI JALAN TAR
PASTI PONOH

BERASAK ASAK
NAK BOLI BAJU RAYO

KETIKA KITA BERGUMBIRA
JANGAN LUPA
ADA SEDARA MARA KITA
YANG  SUSAH

PUASA TAHUN INI
JELAS DI BANTU OLEH ALAM
HUJAN PETANG 
KEMUDIAN TEDUH
HUJAN  BERHENTI  KETIKA  TERBAIK
PELANGGAN MERAYAU 
 KE BAZAR RAMADAN
AMIN

KOREA SELATAN
SYARIKAT SAMSUNG
PENGELUAR MICRO CHIP
SUSUT UNTUNG

MICRO CHIP 
KINI MELAMBAK DI PASARAN
TAK DA SAPA NAK BELI

PALESTIN
KEADAAN MAKIN TEGANG
SOLDADU ZIONIS MENGGANAS
DALAM MASJID AL-AQSA

ISRAEL
NETANYAHU BERI ARAHAN
SEMUA TENTERA BERSEDIA
MENGHADAPAI KEADAAN
YANG SEDANG TEGANG

AMERIKA
MAKLUMAT TENTANG UKRAINE
BOCOR
PANTAGON SEDANG SIASAT
APA MAKLUMAT ITU?
JENG JENG JENG

HOKKIEN
BASAH  DAN SEJUK
BERKABUS 
TAMBAH PULA  ASAP
DARI MERCUN COLOK 
DAN ASAP
MEMBAKAR DUIT NERAKA

GUA IKUT NAIK BUKIT
KL & KL SENTRAL
DAN MID VALLEY
BERKABUS

MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA TERLINDUNG

DI JALAN BANYAK KERETA
KAUM KELUARGA DATANG
SEMBAHYANG

PAGI INI ADA RELA
ADA PENGAKAP MEMBANTU
PERJALANAN TRAFIK
TAPI TIDAK SERAMAI
SABTU LEPAS

HARI INI GUA HARAP
AKAN PANAS
GUA NAK GI PASAR
RUTIN MINGGUAN GUA
AMIN

BRO
SENYUM KITA
SAMBUT SABTU PAGI
YANG SEJUK

BRO
KITA RENDAHKAN HATI
AGAR DERAJAT KITA
TINGGI

BRO
JANGAN BERHARAP
PADA SOSOK YANG
TAK SUKA PADA LU
LU HARGAI MEREKA
YANG PEDULI SAMA LU

BRO
MISKIN BERMULA
DARI HATI BUKAN
KERANA TIDAK BERHARTA

BRO
BODOH BUKAN
KERANA TIDAK MENGERTI
TAPI KERANA TIDAK PEDULI

BRO
JIKA LU NAK JADI HAPPI
LU BERSYUKUR
DENGAN NIKMAT
APA YANG LU ADA

BRO
JANGAN TERLALU YAKIN
DENGAN HARAPAN
KERANA MASA AKAN
MENENTUKAN NYA

BRO
KREATIF BERFIKIR
JANGAN HANYA BERHARAP
PADA KOMPUTER

BRO
BILA LADANG TIDAK DI BAKAR
HUJAN TURUN RUMPUT  BERKEMBANG
BILA HUTANG TIDAK DIBAYAR
TURUN TEMURUN DISEBUT ORANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI NI

SELAMAT BERPUASA


TUMPANG KERETA KAWAN



TAK PA BOLEH

NAIK BAS LRT

TUMPANG KAWAN 

AMIN 

ASALKAN SAMPAI

KHALAS

Unknown commented on 
"CERITA DARI
 BAZAR RAMADAN"
gi la mabik lesen tt.. lesen free dah skang.. gua dengar..lesen free.. nak belajar je kena bayar.. kah kah kah
pemikir commented on
 "CERITA DARI 
BAZAR RAMADAN"

Terima kasih tuan isham, ini kali kedua komen saya diulas. Ulasan padu..

byk cerita & sosok disebalik tulisan2 yg dihasilkan. Terima kasih atas pencerahan. Pengorbanan seorang kawan.

Semoga kawan tuan & tuan diberikan kesihatan, keberkatan, kerahmatan & dipermudahkan segala urusan.

Ingin tahu tamadun sesuatu bangsa, lihatlah pasarnya..

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat hari raya..